Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, July 07, 2009

Tidak Mudah Mendidik Anak...

Oleh isma daud

Sejak dua tiga hari ini tiada isu menarik hati untuk menulis. Dalam kepala asyik memikirkan tentang PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) sahaja, Apa tidaknya semua kerja perlu siap dalam masa yang dah ditetapkan dan perlu dibuat pelaporan. Bukan sahaja mentaksir sekolah sendiri tetapi terpaksa juga melawat ke sekolah2 lain...

Tugas guru kini kian bertambah dan tidak pernah berkurangan dari sehari ke sehari. Kesedaran pelajar terhadap pelajaran perlu sentiasa ditingkatkan. Ramai pelajar yang tidak mementingkan matlamat dan objektif kenapa dia perlu belajar. Ramai pelajar menjadikan sekolah untuk mereka menghabiskan masa remaja tanpa belajar. Bila ujian atau peperiksaan ramai yang dapat habuk saja. Sebab itu sampai tingkatan lima pun masih tidak tahu menjawab kenapa dia mesti belajar? Bayangkan pembaziran masa yang telah mereka habiskan bertahun lamanya berada disekolah, akhirnya mereka keluar kekadang tanpa sijil pun.

Anak-anak ini sepatutnya tidak dibazirkan mereka dengan kebolehan akedemik sahaja tetapi perlu dididik dengan kemahiran dan skill. Namun ibubapa yang kurang pengetahuan mereka tahu menghantar anak mereka ke sekolah sahaja... Hasilnya anak-anak dapat habuk sahaja di bidang akedemik. sungguh memilikan hati saya sebagai guru kelas melihat anak2 ini memperolehi markah sehingga 5% dalam hampir semua subjek. Di tambah dengan masalah tidak tahu membaca walau sampai ke tingkatan 5. Apa sudah jadi???

Rasa sudah habis daya mencurahkan ilmu. Hanya mereka yang tahu matlamat dan sebab mereka berada di sekolah sahaja yang mahu belajar. Kekadang sekolah menjadi tempat ibubapa melepaskan tanggungjawab mereka sehingga sebahagian besar masa mereka dari jam 6.15 pagi sehingga jam 7-15 petang mereka sepenuhnya berada di sekolah. Ramai yang merungut kalau cuti panjang bahkan jika anak yang bermasalah, digantung persekolahan ibubapa datang merayu supaya anak mereka dimasukkan ke sekolah semula kerana mereka pun tidak sanggup untuk mendidik anak mereka dirumah. Itulah senario pelajar hari ini walaupun tidak dinafikan diluar sana masih ramai ibubapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka untuk berjaya dalam hidup dan mementingkan kualiti serta kecemerlangan akedemik dan sahsiah anak-anak mereka.

Namun bila ujian mereka masih gagal...

Di dalam pentaksiran Pendidikan Islam; ibubapa diberi ruang dan peluang untuk menilai anak-anak mereka dari awal tahun lagi (tahun semasa anak2 menduduki peperiksaan) ,tetapi tidak ramai ibubapa yang mengambil kesempatan ini untuk membantu dan mendidik anak mereka untuk mencapai objektif yang boleh mereka tetap dan terapkan sendiri di rumah.

Contohnya; salah satu elemen adab yang dinilaikan ialah persoalan menjaga maruah diri. Di sini sepatutnya ibubapa mendorong anak mereka supaya menjaga adab berpakaian, pergaulan dan percakapan menurut syarak. Ibubapa boleh membeli pakaian yang menutup aurat, mendidik mereka bertutur-kata dengan sopan dan menghormati diri dan orang lain. Tetapi ramai yang meletakkan markah minima kepada anak mereka. Katakan markah 20 markah... dihujungnya sepatutnya boleh ditingkatkan menjadi 30 hingga 40 markah. Namun ibubapa tetap menghukum anak mereka tanpa mendidik mereka. Secara mudah mereka kata; "mereka jujur" dan "anak mereka degil". Sepatutnya inilah masanya ibubapa memainkan peranan mereka untuk mendidik anak mereka selama beberapa bulan agar nilai-nilai baik dan murni itu terterap dalam jiwa nak mereka kemudian hari khususnya ketika mereka berada bersama ibubapa di rumah.

Banyak lagi nilai dan persoalan yang diterapkan dalam elemen ADAB dan AKHLAK ISLAMIAH seperti adab amalan bekerja, solat, mengaji al-quran, menuntut ilmu, berkawan, berjiran dan sebagainya...

Mengapa ibubapa tidak mengambil ruang dan peluang ini, di samping mendidik anak-anak; mereka dapat membantu anak-anak mereka untuk mencapai kecemerlangan sahsiah dan pelajaran anak-anak mereka.

Saya berharap kepada ibu bapa yang membaca catatan ini, mereka sedar akan kepentingan mendidik anak-anak mereka. Kita bukan penghukum dan penilai hebat tetapi pemegang amanah dan pendidik agar anak-anak kita membesar dengan agama dan akhlak yang mulia serta beriman kepada Allah SWT dan RasulNya... Marilah kita sesama bermuhasabah diri...

No comments:

Related Posts with Thumbnails