Posts

Showing posts from July, 2009

Warkah Sang Sahabat Yang Sekian Lama Terpisah...

Oleh isma daud Biar Dipisah Jarak Tempat Dan Masa, Ukhwah Islamiah Tetap Abadi Bertemu Berpisah Kerana Allah. Kasih sayang dan ingatan tidak padam biar terpisah jarak dan masa. Ya dengan izin Allah SWT kita ditemukan semula. Satu pertemuan yang penuh rahmah dan barakah insya Allah SWT. Alhamdulillah; syukur kita masih berada di landasan yang benar. Masih mengikat diri dengan jamaah dan kerja amal jamaie... Ana juga masih seperti dulu . Hanya sebagai seorang pendakwah kerdil yang berkelana di bumi Allah ini biarpun tidak mendapat perhatian besar daripada sesiapapun. Tetap tabah walau bermacam liku jalan dakwah yang sudah ana tempuh dan lalui di bumi Sarawak ini. Mutakhir ana telah digam daripada menyampaikan sebarang khutbah, kuliah dan ceramah di masjid atau surau sekitar Sibu ini. Mungkin anta ada membacanya di blog ana yang dhaif itu... Semoga kita akan terus bersahabat tanpa syarat.... Kepada Wan Rusli (penulis buku Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa ) jika terbaca warkah saudara

Lelaki Ramai Masuk Neraka?

Laman artikel dipetik : http://purnamadaily.net/?p=16 Tazkirah Isra' Dan Mikraj: Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia. Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia. Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasul

Lagi isu "Majlis Tolak Bala"...

isma daud ...menerima satu msj daripada seorang hamba Allah (seorang saudara baru) bertanya : "salam ust, apa khabar? nk tanya ttg satu berita dalam akhbar (srwk) hari ini, ttg satu artikel berkenaan 'Majlis Tolak Bala' di Sarikei brhbg penularan wabak H1N1. Penduduk kpg di situ keluar makan di tepi jalan selepas sembahyang dan makanan ditinggalkan disitu. Apakah amalan ini dibolehkan di dlm Islam? Tlg ustaz jelaskan... terima kasih" Oleh kerana saya pernah menulis tajuk yang sama sila baca tulisan saya dibawah ini, semoga bermanfaat; Amalan Ritual Bercampur Khurafat; Apa Sudahnya? Oleh isma daud Saya membuka kotak pesanan telefon tangan saya (hp) ; ada satu pesanan daripada sahabat saya; Cikgu Mohd Ibrahim, di dalamnya ada pesanan; "Salam Ustaz.. dlm pjlnn ke pasar saya jumpa satu upacara ritual di Kg Nangka (Sibu), org kampung buat majlis dpsimpgan jln kg nangka dn kg bandung. Nampak orang Islam dn bukan Islam dsana.... ini mungkin boleh jadi sumber berita

Aku Bukan Robot , Aku Ada Jiwa

Oleh isma daud Mutakhir ini saya bagaikan kehilangan kata bicara. Beberapa kali cuba menulis; tiba-tiba datang rasa kekosongan, bagaikan dipaksa-paksa. Daya fikir bagaikan kaku dan ilham bagaikan mati dek kerana kurangnya membaca dan terhadnya pergaulan dengan masyarakat sekitar. Biasanya ilham dan daya fikir menulis datang dari pembacaan dan juga pengalaman. Pengalaman itu datang daripada pemerhatian kita terhadap alam semesta serta pergaulan kita seharian dengan mereka yang kita hidup bersamanya. Apa yang berlaku mutahir ini cukup menjemukan. Saidina Ali berkata ;"Jangan biarkan hatimu mati kerana jemu". Kesibukan kerja menjadikan kehidupan seharian bagaikan robot yang sudah diatur dan disusun segala programnya. Semuanya mengikut jadual dan tiada kebebasan berfikir dan berkarya. Bermula dari bangun daripada tidur sehingga tidur semula tiada yang baru.... yang sama juga. Batas pergaulan pun tidak ada yang baru. Asyik berjumpa dengan orang yang sama juga. Pengalaman pun sama.

Bukan Senang Membina Kepercayaan dan Tidak Mudah Mempertahankannya

Oleh isma daud Apabila saya ditohmah sebagai orang yang membawa pemikiran yang boleh memecahbelahkan kepaduan masyarakat Islam Sibu; tidak mudah bagi saya mengharunginya. Bagaimana ahli masyarakat yang tidak pernah bergaul dengan saya tetapi bercakap mengenai saya mengatakan bahawa saya orang yang berbahaya; yang membawa kacau-bilau kepada masyarakat di sini. Begitu mudahnya mereka menerima tohmahan sebegitu dan buruknya tanggapan mereka kepada saya tanpa mereka menyelidik akan kebenarannya. Kesan daripada tohmahan sebegitu; kuliah agama saya lumpuh, kawan menjauhkan diri sehingga ada yang takut menghantar anak mengaji ke rumah saya. Mereka takut mendekati saya kerana bimbang akan dicop sebagai orang yang "main politik pembangkang PAS khususnya". Takut peruk nasi mereka akan terjejas. Mereka takut kena pindah tempat kerja agaknya? Begitulah ketakutan mereka. Ketakutan mereka amat ketara sehingga jadual khutbah jumaat dan pekeliling larangan berkhutbah, berceramah dan menjadi

Bertambah lagi ahli keluarga kami...

Image
Oleh isma daud Pada minggu yang lalu ( 9/7/2009 ) seorang lagi ahli keluarga sebelah isteri saya bertambah. Sepupu kepada anak-anak saya ni belum diberi nama lagi. Ini adalah cucu yang ke 8 kepada ayah dan ibu mertua saya. Semalam ibunya ada mesej nak bagi nama Nur Sakinah tp tu belum confirm lagi. Pagi ni kot bapanya akan daftarkan di Pejabat Pendaftaran supaya nama tu jadi rasmi... Baru Buka Mata Asyik tidur saje dia... Tahniah buat Che da Dan Pak Da atas kelahiran anak sulung ini. Semoga kalian akan bertambah bahagia setelah kelahiran "buah hati" ini. Tahniah daripada kami sekeluarga. Ini ada dua orang lagi sepupu anak-anak saya. Kedua-duanya berada di kampung. Yang kiri tu anak Pak Chiknya; Syawal Nur Balqis dan yang sebelah kiri tu anak Mak Ngahnya; Nan Saifira Khairina . Gambar bersama ini diambil sewaktu berada di kampung akhir tahun lepas. Inilah barisan cucu Pak Husin dan Nek Zainab. Semoga akan bertambah lagi kemakmuran ahli keluarga kami dalam meramaikan umat Na

Segalanya Ada Di Malaysia ~ Sesuai dengan slogan "Malaysia Boleh"

Image
KUALA LUMPUR - hMetro - 18 Julai 2009: Tajuk Asal : Restoran berahi Oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim mfirdaus@hmetro.com.my “Saya ingat restoran berahi sebegini hanya terdapat di luar negara, tak sangka di negara sendiri pun ada. “Mungkin ini cara restoran terbabit mahu menarik pelanggan, tapi pada saya ia tidak sesuai dengan budaya kita,” kata seorang pelanggan sebuah restoran makanan laut di sini yang menyediakan pelayan hanya bercoli dan berseluar dalam. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 30-an, mendakwa terkejut ketika berkunjung ke restoran terbabit bersama pegawai atasannya. Yang pasti, pelayan wanita seksi terbabit dijadikan umpan kepada pelanggan lelaki berpoket tebal untuk menjamu selera sambil ‘bermanja’ dengan pelayan. Kebanyakan pelayan dipercayai warga China itu boleh disentuh atau diusik asalkan menyelitkan tip ketika mereka datang ke meja pelanggan. Lebih mengejutkan, makanan turut dihidangkan di atas tubuh pelayan terbabit yang berbaring beram

Anak-anak Bapak

Image
Oleh isma daud Sejak mutakhir ni saya semacam kehabisan modal untuk berceloteh di blog ini. Bukan tidak ada isu tetapi rasa malas mengulas saja. Apatah lagi sebahagian besar masa saya dari pagi hingga lewat petang saya menghabiskan masa bersama pelajar baik dalam latihan sukan olahraga sekolah dan juga melaksanakan pentaksiran bagi pelajar Islam yang akan menduduki PMR pada tahun ini. Sebab itu bila balik rumah anak-anak akan serbu. Semuanya mahu bermanja dan setiap orang daripada mereka ada permintaan dan cerita masing-masing. Semua mahu dilayan sama rata. Semua mengaku dia anak abah. Untuk berlaku adil saya telah sedia merakam detik manis bersama mereka dan setiap orang mahu dia saja yang ada dalam gambar bersama abahnya. Bagi tidak menghampakan harapan anak-anak saya memberitahu mereka semua adalah anak-anak kesayangan saya dan kasih-sayang saya kepada mereka tiada bezanya. Semuanya sama rata. Beginilah wajah anak-anak kesayangan buat tatapan sanak-saudara di kampung yang mungkin t

Bermain Pantai dan Taman Tumbina, Bintulu

Image
Oleh isma daud Tidak ada apa yang yang ditulis; jadi sisipkan kat sini aktiviti anak-anak bermain pantai sewaktu ke Bintulu tempohari. Adim mula-mula tu takut nak main air Lepas tu siap berendam pula Melawat Taman Tumbina , Bintulu. Penunjuk arah perjalanan Berehat penat berjalan Gambar kenangan je le. Binatang adalah beberapa ekor macam ular, buaya, harimau, beruang... tak terambil pula gambar.. turut ada dalam gambar anak-anak Ustaz Roslan yang sama-sama bercuti kat sana. Nampaknya taman ini tidak dibangunkan dengan sempurna. Harap pihak berwajib mengambil serius tentang pembangunan taman ini.

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Image
Oleh isma daud Berita: Pada 11 Julai 2009 yang lepas saya dan beberapa orang guru pengakap SMK Rosli dhoby membuat kunjungan mesra ke Rumah Seri Kenangan, Sibu. Lawatan ini adalah lawatan amal sambil belajar dari pasukan pengakap sekolah dan pelajar Pendidikan Khas agar mereka turut mengharga warga emas dan tahu menyayangi mereka yang telah lanjut usia. Syukur Alhamdulillah niat yang murni ini telah dimakbulkan Allah SWT dan saya sifatkan lawatan ini adalah berjaya mencapai objektifnya. Seramai 60 orang pelajar telah menyertai lawatan sambil belajar ini. Berikut beberapa keping gambar yang sempat saya rakam sebagai kenangan sepanjang berada di rumah Seri Kenangan ini. Pendaftaran pelajar yang ingin menyertai lawatan Berhimpun jam 6:50 pagi menunggu rakan-rakan pelajar lain Menaiki bas, dua bas digunakan Pagar Masuk Rumah Seri Kenangan Sibu yang sentiasa menggamit insan prihatin berkunjung ke sini Berjalan menuju ke dewan Laporan Rombongan ini sampai ke Rumah Seri Kenangan ini sekitar j

Sebuah Rumah Di Kampung...

Image
isma daud Sebelah petang tadi berbual dengan seorang pemotong rumput yang datang memotong rumput dekat rumah sewa dekat sini; dia bertanya macamana rumah yang dah dibeli di kampung tu... Ya lah apa agaknya perkembangannya? Kata pemaju 90% dah siap. Pagar belum buat lagi. Gambar2 ni saya ambil masa balik cuti akhir tahun lepas (2008) sekitar 75% siap. Pandangan Hadapan Rumah Pandangan dari sudut kanan Pandangan dari sudut kiri

Bicara Soal Hati...

Oleh isma daud Kekadang kita suka kepada sesuatu perkara sedangkan perkara tersebut tidak baik untuk kita. Kekadang pula kita benci sesuatu tetapi ianya baik untuk kita. Tidak semua yang kita hajat maka kita akan memilikinya. Apalah daya yang ada kepada kita selain daripada apa yang telah Allah swt tentukan kepada kita. Dalam minggu-minggu yang mutakhir ini banyak perkara yang menuntut muhasabah diri yang saya secara sedar atau tidak sedar telah saya lakukan. Apa yang saya tulis ini adalah perkongsian ikhlas daripada saya agar boleh menjadi renungan bersama. Pada masa yang sama saya rasa perlu juga pandangan sesiapa saja yang mungkin sudi memberi respond terhadapnya. Saya juga memerlukan pandangan orang lain. Hidup ini bukan milik kita secara bersendirian tetapi sebuah perkongsian. Jika sesiapa yang terpanggil untuk memberi pandangan saya ucapkan jutaan terima kasih. Selama ini banyak masa saya telah berikan untuk memberi nasihat dan pandangan kepada banyak permasalahan dan persoalan h

Nasib Subjek Pendidikan Islam Di Sekolah Tertentu di Sarawak

Image
Oleh isma daud Semalam (7/7/09); bila berehat dari memberi taklimat penyelarasan skor PI kepada para asatizah, kami sempat berbual-bual pelbagai isu semasa; dalam dan luar negara, isu-isu pendidikan dan tidak terlepas persoalan dan perkembangan kerjaya di sekolah masing-masing. Antara yang menarik hati saya ialah isu ini; Pendidikan Islam Hanya Dua Masa Seminggu Bagi Setia p Tingkatan Di Sebuah Sekolah Bahagian Sibu. Dalam perbualan ringkas dengan seorang ustazah, beliau menjelaskan bahawa disekolahnya beliau tidak mendapat keadilan untuk mengajar subjek pendidikan islam (yang selepas ini disebut PI). Beliau memberitahu bahawa disekolahnya hanya membenarkan subjek PI hanya dua period(masa) bagi setiap tingkatan bagi satu minggu. Sedangkan mengikut pekeliling sebenarnya, PI mesti diajar kepada pelajar Islam sebanyak 6 kali seminggu dengan pecahan 3+1+2. 3 masa untuk P&P + 1 masa amali + dan 2 masa tambahan bagi pengukuhan quran, fardhu ain dan jawi. Dengan itu ustazah ini merasakan

Tidak Mudah Mendidik Anak...

Oleh isma daud Sejak dua tiga hari ini tiada isu menarik hati untuk menulis. Dalam kepala asyik memikirkan tentang PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) sahaja, Apa tidaknya semua kerja perlu siap dalam masa yang dah ditetapkan dan perlu dibuat pelaporan. Bukan sahaja mentaksir sekolah sendiri tetapi terpaksa juga melawat ke sekolah2 lain... Tugas guru kini kian bertambah dan tidak pernah berkurangan dari sehari ke sehari. Kesedaran pelajar terhadap pelajaran perlu sentiasa ditingkatkan. Ramai pelajar yang tidak mementingkan matlamat dan objektif kenapa dia perlu belajar. Ramai pelajar menjadikan sekolah untuk mereka menghabiskan masa remaja tanpa belajar. Bila ujian atau peperiksaan ramai yang dapat habuk saja. Sebab itu sampai tingkatan lima pun masih tidak tahu menjawab kenapa dia mesti belajar? Bayangkan pembaziran masa yang telah mereka habiskan bertahun lamanya berada disekolah, akhirnya mereka keluar kekadang tanpa sijil pun. Anak-anak ini sepatutnya tidak dibazirkan mereka deng

Jejak Kasih....

Oleh isma daud Hari ini saya bertemu dengan seorang guru yng berasal dari Pasir Puteh, Kelantan; sewaktu singgah minum di kantin SMK Kampung Nangka, Sibu. Saya ke sini adalah bertujuan membincangkan beberapa perkara bersangkutan dengan pentaksiran subjek pendidikan Islam dengan unit penilaian dan peperiksaan (UPP), Daerah Sibu. Sesampai di kantin sekolah, saya di sambut manis oleh Cikgu Bujang Wen (kini sudah bersara dan membantu isterinya mengusahakan kantin sekolah). Sewaktu minum datanglah seorang guru yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan yang baru dua tahun berkhidmat di sini bersama denganseorang rakannya yang lain, orang Sarawak. Saya sempat menyapanya dan berkenalanlah sedikit kerana mendengar lenggok dialeknya macam ore kelate... Dia beritahu berasal dari Tualang Rendah, Pasir Puteh. Lantas terpancul ingatan saya kepada arwah bapa saya yang juga berasal dari kampung tersebut. Sebenarnya ramai sedara mara saya yang ada kat situ tapi saya tidak kenal mereka... cuma yang mampu