Sunday, June 28, 2009

Terima Kasih Buat Yang Terus Menyokong...

Oleh isma daud

Sebenarnya jauh di hati saya tidak mahu membicarakan persoalan kuliah dan khutbah di masjid atau surau di bawah seliaan JAIS dan sebagainya. Tetapi sehingga hari ini nampaknya masyarakat masih mengejar bayang saya agar muncul menyampaikan kuliah dan khutbah di masjid maupun surau. Masih ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya sang ustaz dari arena yang sinonim dengannya sejak sedekat dulu.

"Yalah ustaz; kami sebenarnya sedar semacam kami baru terasa kehilangan. Yang kami tahu ustaz sudah tidak menyampaikan kuliah lagi di tempat kami; tempat kebiasaan ustaz menyampaikan kuliah maghrib dan subuh, kini terasa sepi, rasa kehilangan ustaz..".

"Ada beberapa ahli jamaah yang meminta supaya pengerusi Masjid berjumpa dengan ustaz agar ustaz kembali semula macam dulu-dulu, nampaknya tak terlaksana lagi", sambungnya.

Begitulah luahan rasa yang diungkapkan oleh seorang ahli jamaah Masjid Darul Halim yang berketemuan dengan saya di Sing Kwong Supermarket sebelah petang tadi.

Sebelum itu beberapa orang yang solat asar di Masjid an-Nuur menyapa saya dan melahirkan kekesalan atas apa yang berlaku. Nampaknya ada sebahagian ahli masyarakat yang perihatin akan ketiadaan saya dalam senarai khatib di Masjid An-Nuur, Sibu.

"Tidak benar orang benci ustaz, bahkan ramai yang tertanya-tanya kenapa ustaz yang bertubuh kecil molek tu" tidak berkhutbah lagi, yalah ustaz khutbah tak ada perkembangannya, mengantuk..." - katanya sambil tersenyum.

"Orang ramai tidak berkesempatan mengenali ustaz lebih lama, tapi ustaz sudah tidak boleh berkhutbah lagi di sini, tapi mereka suka dengan ustaz; ustaz yang kecil molek tu, suara lantang" tambahnya.

Semalam semasa saya hadir menyampaikan ceramah dalam kursus Fardhu Kifayah, seorang peserta kursus muslimah bertanyakan hal yang sama.

Seorang ahli jamaah Masjid Darul Husna, Sibu Jaya ketika bertemu dengan saya di rumah yang kematian saudaranya dekat Kg Teku tempohari bertanya kenapa ustaz tidak berkhutbah lagi. Saya pasti dia tidak tahu apa yang berlaku. Saya hanya menyatakan insya Allah jika ada jemputan dan kesempatan..

Sewaktu saya ke SESCO untuk membayar bil air dan elektrik sempat lagi orang bertanyakan persoalan yang sama.

Malam hujung minggu yang lalu pun ketika saya membawa keluarga makan di MUC, Bandung, saya tidak terlepas daripada pertanyaan yang sama.

Apa yang dapat saya ucapkan hanyalah ucapan syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih atas sokongan semua...

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson dies in LA hospital

By NEKESA MUMBI MOODY and DERRIK J. LANG, Associated Press Writers.

LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted "King of Pop" who emerged from childhood superstardom to become the entertainment world's most influential singer and dancer before his life and career deteriorated in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50.

The person said Jackson died in a Los Angeles hospital. The person was not authorized to speak publicly and requested anonymity.

The circumstances of his death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.

Baca selanjutnya di : AP Source: Michael Jackson dies in LA hospital

In New York's Times Square, a low groan went up in the crowd when a screen flashed that Jackson had died, and people began relaying the news to friends by cell phone.

"No joke. King of Pop is no more. Wow," Michael Harris, 36, of New York City, read from a text message a friend sent to his telephone. "It's like when Kennedy was assassinated. I will always remember being in Times Square when Michael Jackson died."



isma daud
: Saya dengar beliau telah memeluk Islam. Semoga Ruhnya dirahmati Allah... Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun.

Utusan Malaysia ada menulis;Jackson pernah dilapor sudah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel yang bermaksud ‘rezeki”.

Jackson dilaporkan oleh akhbar The Sun pada tahun lepas telah mengadakan majlis memeluk Islam di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Biarpun status agamanya itu masih tidak diketahui namun abangnya, Jermaine memberitahu yang adiknya itu memang telah menunjukkan kecenderungan terhadap agama suci itu sejak awal 90-an lagi.

Jackson mula tertarik dengan ajaran agama suci ini apabila Jermaine memeluk Islam pada 1989 menggunakan nama Muhammad Abdul Aziz.

“Saya menghadiahkan banyak buku tentang keindahan Islam kepadanya selepas saya kembali dari menunaikan haji.

“Beliau banyak bertanya tentang Islam dan saya menceritakan keindahan dan ketenangan yang saya lalui selepas bergelar penganut agama ini kepadanya,” kata Jermaine yang dipetik oleh akhbar Daily Telegraph tahun lepas.

Wednesday, June 24, 2009

Bertamu Di Miri...

Oleh isma daud

Alhamdulillah hari ini; kaki ini diberi kesempatan untuk berpijak ke bumi Miri. Saya berada di bumi Miri ni untuk beberapa hari untuk penyelarasan pemarkahan PBS Pendidikan Islam bertempat di Mega Hotel Miri bermula dari 24 -26 Jun.

Sesampai di Miri saya berkesempatan bertamu di Sufian Agency sementara check in ke hotel jam 1 petang.. Ustaz Sufian adalah kenalan di Sarawak ni beberapa tahun dulu, berasal dari Pahang tetapi memilih Sarawak sebagai medan dakwah dan kehidupan. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang gigih memajukan diri dalam bidang fardhu kifayah yakni meramaikan para usahawan Islam. Sekarang Ustaz Sufian sangat komited dengan takaful/insuran khususnya MAA Takaful. Rupanya MAA Takaful milik orang Islam juga. Sehingga saya menulis ni sempat mendengar sedikit sebanyak penerangan beliau tentang kebaikan takaful , pelbagai planlah....

Sesiapa yang berminat nak ambil takaful bolehlah menghubungi beliau; NORSUFIAN BIN ASMUNI (Perunding Takaful Am & Keluarga). Beliau boleh dihubungi di talian : 013-8084148 @ emelnya; norsufian@yahoo.com.

Sebenarnya saya tak keseorangan... bersama saya la ni Ustaz Amin, Ustaz Azhar, Ustaz Lokman dan ustaz Hazimin....

Cuma nak cerita sedikit perjalanan Sibu ke Miri menaiki Maswing hari ini ada kenangan manis... cuaca kurang elok; sejak pagi lagi hujan turun dan lebat pula maka macam menempuh laut bergelora rasanya perjalanan kali ni... wah mencabar juga...tapi sekejap je... Alhamdulillah kami semua selamat sampai dengan sejahtera akhirnya...

Alhamdulilah...

Monday, June 22, 2009

Surau Darul Nadwah Sibu Terus Memikat

Oleh isma daud

Sejak balik daripada gotong royong menambah baik surau Darul Nadwah; badan ni rasa kurang sihat sedikit. Sebelah paginya panas terik tetiba petangnya cuaca berubah, hujan turun. Balik rumah rasa terkena selsema pula. Harap2 selsema biasa le.

Masa sekarang ni sensitif sikit bila sebut selsema sejak merebaknya selsema babi @ influanza H1N1. Semoga wabak ni cepat berlalu dan suasana kembali seperti biasa sahaja. Bila kena selsema begini mengingatkan kita kepada Allah SWT yang mencipta segala penyakit supaya kita terus berusaha mencari jalan mengubat dan kita terus ingat kepadaNya. Kekadang manusia bila sakit baru ingat Allah SWT. Masa senang ramai yang lupa untuk bersyukur kepadaNya.

Di dalam satu mafhum hadis Rasulullah saw ada mengingatkan kita betapa peliknya perihal orang yang beriman, apabila dikurniakan kebaikan dia bersyukur dan itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah dia bersabar dan itu baik baginya. Begitulah kehidupan orang beriman; tiada sesuatu yang sia-sia dalam hidupnya. Semuanya menjadi nilai ibadah kerana mereka sentiasa bergantung harap dengan Allah SWT.

Beberapa hari ni saya bersama rakan-rakan sekerja banyak menumpukan usaha menyiapkan Surau Darul Nadwah. Teringat perihal solat Jumaat yang terakhir baru-baru ni. Para jamaah melimpah. Ruang solat setakat ini mampu menampung 350 orang ahli jemaah saja. Saya fikir lebih 400 orang mendirikan solat Jumaat yang hadir yang terdiri daripada para pelajar Muslim dan warga dari SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik Sibu. Dengan kemasukkan pelajar baru Tingkatan 6 Rendah; jumlah pelajar Islam terus bertambah.

Dengan dana surau yang terhad; kami cuba memikirkan agar ruang anjung yang telah kami usaha besarkan sejak beberapa bulan lalu sebagai projek semut agar akan cepat siap dan ini akan menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini para jemaah tidaklah seramai sekarang. Solat Jumaat didirikan dengan kehadiran para jemaah yang sederhana saja. Namun perkembangan mutakhir ini cukup memberansangkan. Surau penuh sesak sehingga melimpah keluar.

Agak-agaknya orang lebih berminat ke Surau An-Nadwah berbanding masjid agaknya. Kenapa ye? Jangan salah anggap pula. Ini kerana jadual kerja berehat sehingga jam 12:20 tengahari sementara masuk waktu Jumaat sekitar jam 12:36pm. Masa masuk kerja jam 2:00pm. Mereka yang berkhidmat di 2 sekolah ini lebih mudah menunaikan solat Jumaat di sini. Kalau mereka berkejar ke masjid An-Nur contohnya, boleh jadi mereka akan terlepas jumaat hari itu. Jumlah besar pelajar di sini tidak memungkinkan mereka untuk berjumaat di sana.

Disamping para pelajar Muslim yang kian bertambah; daya penariknya ialah khutbah Jumaat yang disampaikan oleh para ustaz yang lebih bersemangat dan menyentuh isu-isu terkini khususnya soal2 yang lebih releven dengan remaja dan pendidikan.

Sementara itu para ustaz menyampaikan ilmu dan buah fikiran mereka di sini. Yalah ; mana ada tempat lain lagi kepada para ustaz untuk menyampaikan khutbah Jumaat; kalau tidak di surau ini. Satu lagi tempat yang ada ruang di Masjid Huda, SMK Agama Sibu. Di masjid lain mana boleh kerana semuanya di bawah JAIS/MAIS. Semoga surau dan masjid ini akan menjadi medan perkaderan para ustaz dan pelajar untuk menjadi umat Islam berkualiti pada masa akan datang sebanding dengan surau dan masjid yang lain, insya Allah.

Setelah saya yang satu-satunya guru agama daripada Jabatan Pendidikan yang selama ini menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid An-Nur di"gam"; tiada orang baru yang dilantik menyampaikan khutbah di sana. Jadi selama ini para ustaz di sini sajalah tempat mereka mengasah bakat, kemahiran dan mencurah ilmu yang ada. Hairan ye orang berilmu disekat ruang dan peluangnya; akhirnya agama itu disampaikan oleh mereka yang tahu membaca teks dan membaca ayat al-Quran macam burung tiong yang memberi salam tetapi tidak tahu apa yang diucapkannya. Dunia akhir zaman...begitulah keadaannya...

Harap dua tempat ini tidak diganggu oleh JAIS, Sibu...

Friday, June 19, 2009

Aduhai Hati.... Beratnya Tanggunganmu

Oleh isma daud


Sudah berapa hari saya tidak mampu menulis diblog ini. Hanya sekadar postingkan sisipan berita dari akhbar saja. Itu sekadar renungan buat diri ini sahaja.

Malam ini saya tak dapat memejamkam mata pula... susah benar mata ini untuk dilelapkan... dah pagi ni... semacam ada beban perasaan yang ditanggung. Apakah kerana saya telah lari daripada kebiasaan yang biasa saya lakukan? Anak lelaki bungsu saya pula masih gagah matanya, masih bermain dan masih berjaga. tapi takpalah dia sudah tidur lama tadi.

Cuaca pula terasa bahang panasnya, terasa sakit pada kerongkong saya. semacam kekeringan. Memang cuaca akhir-akahir ini agak panas. Kesan al-Nino agaknya. Al-Nino tu panasnya di luar tapi hati ini mendidihnya didalam.

Semoga Allah SWT membantu saya supaya saya dapat memaafkan sesiapa sahaja yang menyebabkan hati saya merintih. Sesungguhnya hati yang luka itu sangat sukar untuk dirawat supaya ia sembuh dan pulih sediakala kerana kata orang luka diluar dapat dilihat tapi luka di dalam siapalah yang tahu...

Masuknya waktu maghrib tadi saya bersama-sama para pelajar di surau an-Nadwah. Mengenangkan surau yang dibina dengan titik peluh para guru dan pekerja sekolah menyebabkan hati saya tersentuh. Sungguh besar dan hebat pengorbanan yang telah mereka curahkan. Alhamdulillah sehingga kini surau kian luas dan insya Allah nanti akan siap sedikit demi sedikit. Cuma harapan saya agar bukan saja surau yang luas tetapi hati yang mahu memakmurkan masjid atau surau juga sentiasa luas. Membinanya sudah sukar tetapi memakmurkannya lagi sukar.

Ya Allah, ya tuhanku; sudah banyak kesilapanku terhadapmu... janganlah Engkau hisabkan aku dalam perkara yang tidak mampu aku mengawalnya. Jangan Engkau hisabkan akan persoalan hatiku... berilah aku kemampuan dan kekuatan dalam memaafkan setiap insan yang berbuat sesuatu yang melukakan hati ku...kerana aku juga banyak melakukan hal-hal yang silap kepada mereka yang aku kenal dan tidak aku kenal. Aku telah banyak berbicara dengan lidahku; mungkin jua mereka pernah terluka dengan kata bicaraku dan kini Engkau palitkan rasa pedihnya kepadaku agar aku mengerti betapi peritnya akan sakit dihati itu...

Ya Allah, ya tuhanku ampunkan daku dan dosa hamba-hambamu. Berilah hidayah kepada kami dan tautkan kembali jiwa-jiwa kami yang berpecah belah. Bantulah kami dalam melakukan ketaatan dan ketaqwaan kepada mu. Mudah-mudahan Engkau tidak meninggalkan kami dan tidak pula mensia-siakan kami, wahai tuhanku...


Teringat saya kepada perbualan saya dengan seorang hamba Allah sebelah pagi. "Ustaz, dah tak mau mengajar dekat surau kami lagi?". Tersentuh benar perasaan saya dengan persoalan itu. Semacam saya pula bersalah. Bersalah kerana tidak mahu mengajar di surau mereka. "Tuan Imam memberitahu bahawa "ustaz" tidak mahu mengajar kita lagi". Dua kali saya rasa bersalah. Bersalah kerana seolah saya membenci mereka, begitulah mafhumnya. Cukup saya rasa bersalah kerana saya mengecewakan harapan mereka. Saya dapat rasakan mereka kecewa dengan saya. Nasib baiklah ustaz "N" masih mahu mengajar kami. Kalau tidak sepilah surau. Harap ustaz tidak tutup hati ustaz untuk datang lagi ke surau kami. Tiga kali saya berasa bersalah....

Mengenangkan ini; hati saya tersentuh... aduhai hati, beratnya tanggunganmu... mata pun turut terasa sehinggakan sukarnya engkau untuk segera lena. Ya Allah bantulah hambamu kerana esok masih banyak kerja yang sedang menunggu... ampunkanlah aku....

Tuesday, June 16, 2009

Guru Yang Memalukan Dan Seks Luar Tabi'i

Malaysiakini
Polis siasat guru paksa murid lakukan seks oral


Bintulu - Jun 16, 09 : Polis hari ini mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan empat murid di sebuah sekolah rendah di Bintulu yang dipaksa melakukan oral seks selain diambil gambar lucah oleh seorang guru lelaki berusia 24 tahun di sekolah terbabit.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah merekodkan kenyataan daripada guru terbabit dan murid terbabit sudah dibawa menjalani pemeriksaan perubatan.

Polis masih menyiasat kes itu dan belum ada sebarang tangkap dibuat setakat ini, katanya, lapor Bernama

"Guru terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa...kita hanya akan melaksanakan tangkapan selepas mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya," katanya.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris setempat hari ini menyebut kejadian itu didakwa berlaku antara 14 Mei dan 15 Mei lalu, membabitkan murid Tahun Dua dan Tahun Empat.

Guru Besar dan warden sekolah terbabit difahamkan membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, semalam.

Seksual luar tabii

Sementara itu, Pegawai Siasatan Seksual/Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Suraini Hussain berkata jenayah seksual luar tabii, terus meningkat sejak 2006.

Katanya,walaupun kes yang dilaporkan tidak mencapai angka ribuan seperti kes rogol, namun ia dianggap serius kerana yang menjadi mangsa majoritinya adalah remaja bawah 18 tahun.

Dalam tempoh 2006 hingga April tahun ini, 716 kes dilaporkan dan 411 daripada mangsa adalah pelajar sekolah dan penuntut kolej.

Lebih membimbangkan, katanya, dalam tempoh yang sama, terdapat dua kes yang membabitkan jenayah seksual luar tabii terhadap binatang.

Beliau memberitahu Bernama bahawa peningkatan setiap tahun kes membabitkan jenayah seksual luar tabii adalah serius dan terdapat kes seperti itu yang tidak dilaporkan kerana mangsa merasa malu selain bimbang identiti diketahui.

"Kita takut statistik ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun jika tidak dibendung," katanya.

Pada tahun 2006, sebanyak 180 kes jenayah seksual luar tabii dilaporkan, meningkat 51 kes pada 2007 menjadikannya 231 kes, dan bertambah 12 kes lagi pada 2008 menjadikan 243 kes.

Hukuman berbeza

Jenayah seksual luar tabii dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman berbeza.

Bagi keselahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 377 CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377D iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun manakala kesalahan mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Suraini berkata bahawa dalam kebanyakan kes mangsa kenal suspek. "Contohnya, mereka keluar bersama dan kemudiannya mangsa dipaksa melakukan hubungan seksual luar tabii," katanya.

Pengalaman hitam

Prof Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, berkata gejala seksual luar tabii dilakukan untuk mendapat lebih keseronokan dan kepuasan terutama apabila perlakuan seks itu menyakitkan orang lain.

Katanya dari kajian yang dilakukan, kebanyakan pelaku seksual luar tabii
mempunyai pengalaman hitam dalam hidup seperti pernah melalui kesakitan atau diperlakukan dengan kejam sehingga menjadikannya seorang pendendam.

"Sebab lain ialah tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seks biasa seperti dalam perkahwinan, jadi apabila ada ruang dan peluang di depan mata, mereka menggunakannya untuk mencapai kepuasan tersebut," katanya.

Dr Mariani berkata beliau pernah diberitahu oleh seorang wanita yang mengakui mencapai nikmat melalui seks luar tabii dengan memasukkan sesuatu melalui duburnya.

Katanya dalam perlakuan seks luar tabii seperti liwat melibatkan sesama lelaki tidak banyak menimbulkan syak wasangka.

"Contonya jika lelaki membawa perempuan ke hotel, pastinya akan menimbulkan syak tetapi kalau lelaki dengan lelaki, siapa yang sangka?" katanya.

Dr Mariani berkata paparan melalui media selain filem dan drama mengenai kisah hubungan luar tabii turut memberi rangsangan kepada golongan berkenaan.

Sunday, June 14, 2009

Al-Fatihah ; Perginya seorang tokoh gerakan Islam

Sumber asal : (dengan edit)
dperantauan.com

Perginya seorang tokoh gerakan Islam. Tokoh yang punya saham besar dalam mendidik ahli gerakan Islam sedunia, termasuk di Malaysia.

Kitab karangannya, Apa Erti Saya Menganut Islam (popular dengan ungkapa kitab Maza ya'ni) masih terus menerus menjadi salah satu teks usrah d pelbagai peringkat - menara gading mahupun d peringkat umum dan khusus.

Al Ustaz Fathi Yakan berkelulusan Phd dalam bidang bahasa Arab dan Pengajian Islam merupakan Setiausaha Agung Al Jama'a Al Islamiya Lubnan.

Almarhum meninggalkan kita semua diusia 76 tahun. Moga rohnya di tempatkan bersama para solihin, mukhliseen dan anbiya'.

Al fatihah!

Saturday, June 13, 2009

Bala Ustat Kadir

Diciplak di blog : LifeofAku

lebai2


Wak Yatin. Siapa tak kenal dengannya. Tokei kedai runcit yang bermulut durja. Sebut saja Wak Yatin, semua penduduk Kampung Ketapang tahu dia bermusuh sangat-sangat dengan Ustat Kadir. Ustat Kadir bukanlah berasal dari kampung Ketapang. Dia berasal dari Sabak Bernam dan bertugas sebagai guru sekolah KAFA di kampung tersebut.

Ustat Kadir seorang yang hebat, bukan saja pandai mengajar, tapi dia juga pandai mengubat orang yang terkena rasuk hantu, dan macam-macam penyakit. Namun, dia masih belum dipertemukan jodoh. Keilmuannya merentasi kerjayanya sebagai guru KAFA. Ustat Kadir pernah ‘mondok’ di Kelantan, pernah juga bertalaqqi di masjid-masjid bersama ‘Masyaikh’ di Mesir dan juga India.

Alkisahnya dia dimusuhi sangat-sangat oleh Wak Yatin ialah kerana mulut Ustat Kadir yang penuh tulus itu, memberi nasihat kepada Wak Yatin agar tidak mengurangkan timbangan ketika berjual beli. Teguran Ustat Kadir sememangnya berasas. Ramai penduduk kampung dah terkena dengan perangai ‘cengkelat’ Wak Yatin itu. Kadang-kadang melebih-lebih pula. Bibik Yatimah besan kepada Wak Yatin, pernah menceritakan dekat Ustat Kadir, yang dia pernah membeli sekilo ikan tamban dan barang-barang dapur kepada di kedai Wak Yatin. Sampai di rumah, Bibik Yatimah cuba belek-belek ikan tambannya itu, dan didapati ikannya itu beratnya tak sampai sekilo. Lalu diambilnya timbang dekat dapur, nyata sungguh beratnya tak sampai sekilo. Begitu juga yang menimpa orang-orang kampung yang lain.

Jadi, disebabkan mulut durja dan hati batu yang dah terpaku dalam diri Wak Yatin itu, maka Ustat Kadir di maki-makinya.

” hei, bala ! kau tu dahlah orang luar , jangan buat pasal ! “

Selalu benar perkataan ‘bala’ di lafazkan oleh Wak Yatin. Namun, Ustat Kadir tetap sabar dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dia boleh dikatakan permata di kampung tersebut kecuali bagi Wak Yatin. Bagi Wak Yatin, Ustat Kadir tak lebih membawa bala kepada perniagaannya. Satu lagi perkara yang ramai orang tahu ialah, anak dara Wak Yatin yang macam ‘pelesit’ perangainya. Mentang-mentang kerja di KL. Balik lewat-lewat malam dengan kereta BMW 5 Series nya buat bising dekat simpang. Satu kampung di bawa geng-gengnya yang sama perangainya. Orang kampung bukan saja meluat, bahkan pelik tengok perangai anak Wak Yatin sorang tu. Apa tidaknya, senakal-nakal anak dara kat Kampung Ketapang tu taklah sampai tengah-tengah malam dok melepak. Agaknya itulah hasil didikan Wak Yatin. Apa yang Wak Yatin tahu, anaknya itu hebat sebab kerja di KL. Hari-hari, diceritanya saja pasal ‘hebatnya’ anak dara ‘pelesit’ itu dekat pelanggannya. Yang lebih teruk lagi, anaknya tu ‘menonggang’ atau bahasa bandarnya minum arak. Itulah yang buat Wak Yatin sangat-sangat benci dekat Ustat Kadir. Pernah satu malam, Ustat Kadir bagi nasihat kat anak daranya itu, tapi anak dara Wak Yatin buat tak tahu dan tak cukup dengan itu, Ustat Kadir di ludah-ludahnya.

Budak-budak rempit kat kampung pun tak tahu nak cakap apa. Anak dara Wak Yatin bukan saja bawa geng-geng perempuan, tapi ada juga geng-gengnya yang lelaki semacam ‘bonzer’ ala-ala bodyguard. Masing-masing ototnya berketul-ketul. Itu yang buat budak rempit Kampung Ketapang tak berani kacau. Jadi , masalah itu , orang kampung serahkan kepada Ustat Kadir. Lurah Kampung Ketapang tak berani nak kata apa-apa, sebab Wak Yatin tu kawan baiknya dan kenal perangai Wak Yatin tu yang ‘bodoh-bodoh’ berani. Hasilnya, penduduk kampung hanya terlopong dan tak berani nak menempik walau sepatah kata kepada Wak Yatin. Tapi di Kampung Ketapang , kedai Wak Yatin sajalah yang wujud. Nak diharap kan kedai dekat pekan tu, kena naik baslah jawabnya. Penduduk Kampung Ketapang orang-orangnya bukan kaya-kaya kecuali Wak Yatin sorang tu. Itupun kaya sebab menipu ‘time’ berniaga.

Kes Wak Yatin dan anak dara pelesitnya bukan isu kecil-kecilan di Kampung Ketapang, ia dah jadi isu ‘global’ yang buat orang kampung runsing. Macam-macam nasihat yang Ustat Kadir dah beri tapi Wak Yatin makin ‘membatu’. Lebih dahsyat lagi Wak Yatin dah buat macam-macam rancangan ‘bodoh’ untuk mengajar Ustat Kadir yang dianggapnya sebagai bala.

” Bala betullah Ustat Kadir ni ! “

Hari-hari itulah yang diucapkan oleh Wak Yatin. Suatu malam dia telah merancang nak kenakan Ustat Kadir. Apa lagi, anak dara pelesitnya di jadikan kuli pada malam itu. Bukan kuli paksaan, tapi kuli yang ikhlas. Masing-masing berpakat dengan penuh riang. Wak Yatin menyuruh anak daranya supaya dijerat Ustat Kadir biar sampai orang kampung tahu yang Ustat Kadir buat benda yang tak elok dekat anak daranya. Macam biasa, setiap kali lepas Isya’, Ustat Kadir akan berjalan kaki dari masjid menuju ke rumahnya. Sampai saja Ustat Kadir di jalan yang telah dirancang oleh dua beranak durja itu, maka

” tolong ! tolong ! ” anak dara Wak Yatin mulakan episod menjerat dengan suara meminta tolong

Maka apa lagi, Ustat Kadir tercari-cari suara itu dan dilihatnya suara itu berada di sebelah parit dekat kebun kopi. Ustat Kadir apa lagi, terus melompat dan melihat yang menjerit itu rupanya anak dara Wak Yatin. Dengan cemasnya, Ustat Kadir minta penjelasan kepada anak dara Wak Yatin itu tentang apa yang berlaku. Tak semena-mena, badan Ustat Kadir di rangkul-rangkul erat di selang seli dengan jeritan meminta tolong oleh anak dara Wak Yatin.

” astaghfirullah ” hanya itulah yang dapat dilafazkan oleh Ustat Kadir sambil badannya kaku seketika.

Dalam sibuk-sibuk Ustat Kadir melawan rangkulan anak dara Wak Yatin, tak sampai seminit pun, muncul beberapa orang berserban dan berketayap putih di tempat itu. Antara yang ada ialah Wak Yatin sendiri. Budak-budak rempit kampung juga tak ketinggalan. Lalu, Ustat Kadir diheret , dan ada juga budak-budak rempit yang mengambil kesempatan untuk ‘merembatnya’. Ustat Kadir seakan merelakan dan dia hanya mampu berdoa pada waktu itu. Ustat Kadir tahu, ini adalah perancangan jahat Wak Yatin dan anak daranya. Waktu itu, macam-macamlah mulut-mulut jahat yang melemparkan kata-kata cacian dan tak ada seorang pun yang cuba nak mempertahankan Ustat Kadir melainkan mereka semua percaya bulat-bulat. Ustat Kadir di bawa ke rumah Pak Lurah. Di sana, masing-masing mencadangkan supaya Ustat Kadir di bawa ke balai polis. Cadangan itu diterima bulat-bulat oleh Wak Lurah lantas dengan berikat tali guni, Ustat Kadir pun di bawa ke balai polis. Atas sebab saksi-saksi yang di bawa semuanya berpakat menuduh Ustat Kadir , maka Ustat Kadir di sahkan bersalah dengan menerima hukuman dua bulan penjara, kemudian di buang daerah. Ustat Kadir lansung tak buat rayuan atau minta siapa-siapa mempertahankannya. Itulah sifat mulia yang ada pada diri Ustat Kadir yang tak ada pada penduduk Kampung Ketapang.

Apalagi, orang yang paling gembira ialah Wak Yatin, sebab Ustat Kadir bala dah tak bawa bala lagi. Ustat Kadir telah banyak buat Wak Yatin tersentak dengan ceramah-ceramahnya yang pedas-pedas menyindir perbuatan menipu di dalam jual beli, hukum minum arak dan menyakiti hati orang lain. Semua sifat itu ada pada diri Wak Yatin sorang, termasuklah anak dara pelesitnya. Itu yang buat Wak Yatin gila dan sungguh-sungguh nak buat Ustat Kadir merana.

Namun, kegembiraan Wak Yatin hanya seketika. Bala Ustat Kadir benar-benar belum hilang. Malam selepas Ustat Kadir merengkok di penjara, kedai Wak Yatin di rompak. Duitnya habis dirampok oleh penyangak mana pun tak diketahui. Waktu itu, Wak Yatin separuh gila sehinggan sekeliling kampung di bawanya parang guna untuk menetak kepala perompak tersebut. Namun, usaha gilanya itu sia-sia, sehinggalah satu ketika itu, sedang marahnya tidak habis-habis, sewaktu di jalan , dia terjatuh dari motosikal. Apa lagi, kakinya terseliuh dan membengkak. Rupanya , kejadian malang itu adalah permulaan episod bala Ustat Kadir yang tak hilang. Kakinya terus membusuk dan bernanah. Entah apa sebabnya, walhal kakikanya itu hanya bengkak. Wak Yatin tak habis-habis melolong kesakitan sambil disebut-sebutnya nama Ustat Kadir.

” ini semua bala Ustat Kadirlah ni ! “

Setelah beberapa hari, keadaannya semakin teruk. Wak Yatin mula perasaan keadaannya yang semakin pelik ditimpa macam-macam bala. Kakinya yang bernanah terus melarat hingga ke bahagian perut. Wak Yatin dah tak tahu buat apa lagi melainkan menangis seperti bayi baru lahir. Namun, semua itu lansung tidak menginsafkan Wak Yatin. Hati batunya terus keras dan semakin keras. Mencarut-carut sudah menjadi perkara biasa. Dia tiada siapa melainkan jirannya yang baik itu selalu menjaganya. Isterinya mati 10 tahun yang lalu akibat di serang sakit jantung . Anak daranya pula dikatakan, terlantar di hospital akibat HIV positif yang baru dikesan. Wak Yatin memang sudah tertutup hatinya. Rasa taubat tak pernah terpikir dan tak terjangkau oleh akalnya. Sebulan dia terus begitu. Nasihat jirannya yang menyuruh supaya banyak-banyak beristighfar lansung tak dihiraunya. Yang dia tahu, hanya terpekik terlolong. Waktu yang dahsyat dirasai bila mukanya pula bernanah-nanah. Waktu itu, wak yatin terus-terus menangis kesakitan. Dia tak terpikir lansung pasal dosa-dosanya yang telah dilakukan apatah lagi dosanya terhadap Ustat Kadir. Akhirnya, hidup wak yatin berkahir dengan penuh laknat. Bala Ustat Kadir mengena kepadanya. Sampai sekarang, tiada seorang pun tahu yang Ustat Kadir difitnah, melainkan sekiranya anak dara Wak Yatin membongkarkannya. Ustat Kadir dianggap bala di sisi manusia , tapi penuh dengan kasih sayangNya. Penduduk kampung dan Wak Yatin teruslah hidup bergelumang dengan dosa.

Tammat

Moral :

1- Fitnah adalah dosa besar

2- Sabar menjadikan kita mulia

3- Jangan mudah terpedaya dengan tuduhan-tuduhan, apatah lagi bila ia ditujukan kepada seorang yang dekat dengan Allah dan dipandang mulia

4- Jangan menipu dalam setiap perkara. Begitu juga dalam jual beli

5- Bertaubatlah sebelum ajal sampai. Jangan bila sampainya ajal kita, baru kita nak kata

” sesungguhnya aku telah bertaubat sekarang ” ketahuilah orang seperti itu tidak mati melainkan matinya di dalam keadaan kafir

6- Berkatalah dengan perkataan baik-baik apatah lagi bila berkata-kata dengan orang yang muli aseperti ibu bapa, ulama, guru-guru dan orang tua.

7- Laksanakanlah amar ma’ruf nahi mungkar dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab

Wallahua’lam

* kisah ini adalah rekaan semata-mata tapi ianya adaptasi dari sesetengah realiti kehidupan kita. Cerpen ini di nukil sebagai pengajaran dan muhasabah bersama. Sekian ….

Friday, June 12, 2009

Apa Tajuk Khutbah Jumaat Supaya Khatib Tidak Kena "Gam"?

isma daud : Khutbah saya mengenai "...'Ubudiyyah Kepada Allah Memadamkan Api Sekularisme " terus menjadikan saya sebagai seorang khatib yang di"gam" daripada menyampaikan Khutbah di Masjid An-Nuur, Sibu pada 10 April 2009 lalu.

Berikut satu posting di FB sahabat saya mengenai cadangan tajuk khutbah jumaat, sama-sama fikirkan.....

Zawawi Ismail : Khutbah Jumaat... ade sesiapa yang nak mencadangkan tajuknya... (12 JUN 2009)

Kamarul Ariffin NoordinKamarul Ariffin Noordin
makanlah buah-buahan tempatan...kut la tajuk lain kena gam lak nanti..
Osmanullrazi Bin Abdullah
Osmanullrazi Bin Abdullah
masjid mana ustaz?
Azman Zakaria
Azman Zakaria
"Satu Ummah.. iman didahulukan ketakwaan diutamakan"
Khir Ariffin
Khir Ariffin
Berdakwah era generasi Y.
Zikri Fuad
Zikri Fuad
proposal saya " Islam tidak tersebar sendiri"
Wan Hanif Wan Muhammad
Wan Hanif Wan Muhammad
Peri-pentingnya ekonomi, kewangan & perbankan Islam demi untuk menegakkan keadilan sosio-ekonomi ummah.
Mashkurr Hamid
Mashkurr Hamid
BIAR RUNTUH BANGUNAN..JANGAN RUNTUH AKHLAK..heheh
Ubai Jamil
Ubai Jamil
rasanya khutbah kena ikut teks. even kat masjid jamek KL pun skrg dah ikut teks. tak best betul. skema sangat. takut-takut jumaat khutbah pasal 1malaysia pulak. aiyah!
Mashkurr Hamid
Mashkurr Hamid
Rasa tak kluar lg tajuk tu..humm yg jaga bhgian khutbah mmg poning
Ghazali Yusri Ar
Ghazali Yusri Ar
topik: jaga tahap kolestrol dalam badan...
Khairulnizam Mohd Kasim
Khairulnizam Mohd Kasim
Topik: Berhati-hati waktu Jerebu, minumlah banyak air.
Zawawi Ismail
Zawawi Ismail
nampaknya tajuk2 yang dicadangkan memeningkan khatib... hehhee...apa2 pun terima kasih atas respon tuan2.
Khairulnizam Mohd Kasim
Khairulnizam Mohd Kasim
Takdelah bang, gurau aje.. memang kalau dilihat memang skg ni khutbah dah lesu.. begitulah kebiasaannya tajuk2 yg kita lihat selama ni.
Zawawi Ismail
Zawawi Ismail
takpee biasejee... perlu ada anjakan pradigma para khatib nie..bukan tajuk yg penting tetapi jiwa dan kekuatan dalaman khatib adalah lebih penting.
Khairulnizam Mohd Kasim
Khairulnizam Mohd Kasim
Kalau dgr khatib skg ni.. rasanya tertido.. sedar2 dah iqamah.. hehehe
Rahimi Saad
Rahimi Saad
tajuk selsema babi pun ok jugak...
Osmanullrazi Bin Abdullah
Osmanullrazi Bin Abdullah
memang kena tengok kawasan para jemaah ustaz,kekadang gi masjid kampong pon khatib baca istilah yg agak advance,pak andak ngan pak long ternganga..

Thursday, June 11, 2009

Kemurahan Seorang Yang Berilmu Bagaikan Angin Segar Yang Berhembus

Oleh isma daud


Sejak saya mengambil keputusan menarik diri untuk bergerak secara aktif dari dunia ceramah dan kuliah; saya dapat rasakan diri saya bagaikan angin yang sedang berhenti daripada berhembus. Kenyamanan udara bagaikan sedang dicemari oleh bermacam kekotoran yang menyesakkan nafas. Berkumpul segala pencemaran kerana angin yang menggerakkannya sudah terhenti. Dapat saya bayangkan jika angin itu terus berhenti; betapa banyak lagi kekotoran itu akan berkumpul dan berhimpun dan berapa banyak pula wabak dan penyakit bersatu di situ untuk merosakkan persekitarannya.

Menyampaikan ilmu kepada manusia bagaikan memberi angin yang hidup dan bertiup nyaman. Setiap hari udara baru akan masuk dan udara yang menyesakkan akan pergi ditiup angin. Apa yang dapat dihirup oleh sesiapa sahaja di situ ialah udara baru; udara yang segar. Udara yang menghidupkan ruh serta menyihatkan badan serta mencerdaskan otak dan minda.

Berkongsi ilmu adalah sebuah kemurahan yang paling agung. Lebih agung daripada seorang hartawan yang sangat dermawan yang sanggup berkonsi hartanya kepada orang lain. Ini kerana berkongsi ilmu bagaikan berkongsi angin atau udara yang segar dan bugar. Manfaatnya sudah tentu sangat besar. Betapapun banyak harta yang dimiliki; jika persekitarannya kotor dan nafasnya sesak dan boleh mematikannya bila-bila masa; oksigen pula akan habis; pada masa itu tiada apa-apa manfaat daripada banyaknya harta yang sedang dia miliki. Kerana hartanya tidak dapat membela dirinya sedikitpun dan bila dia mati, dia akan kehilangan segala-galanya yang telah dia miliki kecuali daripada apa-apa yang dibelanjakan pada jalan mencari ilmu dan kurnia Allah SWT.

Sementara orang yang memiliki ilmu bagaikan memiliki oksigen yang mampu memberi kehidupan dan jika dia berada di kawasan hampa gas sekalipun dia dapat hidup dengan adanya bekalan gas dan oksigen itu sebagaimana seorang penyelam atau seorang angkasawan yang berada di atmosfera. Bahkan jika dia mati sekalipun dia akan terus dapat bernafas dengan kemuliaan ilmu yang pergi bersama-samanya tanpa meninggalkannya walau sedetikpun. dan apa yang ditinggalkan pun kepada orang hidup sudah pasti manfaatnya terus dapat dinikmati oleh orang yang hidup. Kerana hembusan udara segar itu sangat menyenangkan siapa saja yang dapat menghidu dan menghirupnya.

Di dalam al-Quran ; Allah SWT ada menyatakan bahawa ada di kalangan hambanya yang berilmu tetapi bersikap bakhil dan kedekut dengan ilmunya sedangkan dia diperintahkan supaya menyampaikan ilmu itu kepada orang ramai selari dengan gesaan Rasulullah SAW agar orang yang berilmu itu menyampaikannya walau satu ayat kepada orang lain. Firman Allah SWT;

الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا. (37) سورة النساء

maksudnya; "Orang-orang yang bersikap bakhil (kedekut) dan menyuruh orang lain bersikap kedekut serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah SWT berikan kepada mereka dari limpah kurniaNya;Allah SWT sediakan bagi mereka yang kafir ingkar itu dengan azab yang sangat pedih" - Surah an-Nisaa'; ayat 37.

Menurut para ulama, yang dimaksudkan dengan anugerah Allah SWT pada ayat ini ialah berupa harta dan ilmu. Tapi dalam konteks yang tepat bagi ayat ini ialah ilmu kerana perkataan menyembunyikan itu lebih kuat pada ilmu kerana ilmu itu tidak mudah nampak pada pemiliknya. Sedangkan harta jarang orang menyembunyikan kekayaannya; bahkan manusia suka bermegah-megah dengan hartanya.

Sesetengah orang yang mendapat anugerah Allah SWT dengan ilmu dan pemahaman agama daripada Allah SWT; dia mengambil sikap untuk ber"bakhil-bakhil"an dengan ilmunya hingga orang lain tidak mendapat manfaat daripada ilmu yang dimilkinya. Padahal dia diamanahkan Allah SWT supaya memanfaatkan ilmu itu unuk diri dam masyarakat seluruhnya. Dan berkewajiban pula untuk berkongsi nikmat itu kepada orang lain. Dan Allah SWT tersangatlah murka kepada orang yang dengan sengaja menyimpan ilmunya dengan janji azab yang sangat pedih di hari akhirat nanti.

Sesungguhnya jika orang yang berilmu itu bermuafakat pada jalan berkongsi ilmu seolah-olah mereka sedang memberi nafas oksigen yang segar kepada orang ramai. Berhenti daripadanya bagaikan memberhentikan atau menutup ruang udara sehinggga orang berasa sesak dan sukar bernafas pula.

Saya bukanlah orang yang berhenti menyampaikan ilmu tetapi saya disekat daripada menyampaikannya secara bebas dan ianya boleh sampai kepada sesiapa sahaja dengan mudah. Kepada mereka yang menjalankan kerja menyekat orang ramai daripada mendapat ilmu sebenarnya kamu seolah-olah sedang menyekat udara sampai kepada manusia. Sangat besarlah bencana yang sedang kamu bawakan itu kepada orang ramai.

Sebagai orang yang memiliki udara segar; pastinya udara segar itu sentiasa dicari orang kerana orang sepanjang masa mahukan sudut ruang pernafasan yang baik dan segar. Insya Allah akan ada mereka yang berupaya mencarinya dan mereka yang terperangkap dengan karbon dioksida sudah tentulah kebusukkan itu akan melemas dan mematikan kamu di akhirnya. Cepat-cepatlah mencari bekalan oksigen dan tukarkan suasana buruk dan membusukkan itu dengan ruang udara dan oksigen yang pasti mengembalikan peluang untuk kamu bernafas dan meneruskan kehidupan yang baik sepertimana biasa...

Saya yakin kemurahan orang yang berilmu itu sebagaimana murahnya Allah SWT memberi ruang udara kepada manusia; tanpa batasnya.....

Wednesday, June 10, 2009

Saiz Bukan Ukuran, Usia Bukan Sempadan

Oleh isma daud

Perkara 1;

Jangan salah sangkaan dan tekaan pada entry kali ini. Saya serba salah juga nak tulis pasal keluhan hati seorang hamba Allah yang mengadu pasal "anu"nya yang kecil tapi saya berpendapat semua itu adalah kesalah-fahaman semata-mata.

Setengah orang yang biasa menonton filem atau video lucah akan terperangkap dengan persoalan saiz ini. Ini kerana yang dipertontonkan mesti yang "baik" punya. Akhirnya timbullah persoalan perbandingan kecil atau besar itu.

Sebenarnya saiz bukan ukuran. Yang penting bertenaga dan bersemangat ketika bertempur. Kalau besar pun tak bermaya, panjang pun tak berguna kalau lemah dalam gelanggang dan arena. Jadi janganlah anda terpedaya dengan apa yang anda lihat itu.

Hamba Allah ini merungut isterinya dah pandai komplen. Saya berpendapat ramai suami-isteri tidak mendalami ilmu untuk mengharungi kehidupan berumah-tangga. Ramai yang malu untuk bertanya dan belajar daripada orang yang bestari dan bijaksana. Bergantung dengan buku semata-mata adalah tidak mencukupi. Bertanya kepada orang yang tepat lebih beerti sebenarnya. Ini kerana orang yang berpengetahuan, berpengalaman dan orang yang tepat itu akan mudah dan mampu membantu.

Jangan tunggu dan bertangguh dalam persoalan ini ; kelak jika sampai tahap rumah-tangga bergolak atau ada yang main kayu tiga pasti akan mengundang padah kepada kebahagiaan rumah-tangga yang telah dibina itu.

Berubahlah dan bertindaklah sebelum terlambat. Rasulullah saw telah berpesan dengan sabdanya yang bermaksud: "apabila telah sampai hajat kamu; maka sempurnakanlah hajat isterimu pula". Jangan biarkan dia terkapai-kapai bagaikan lemas di lautan yang tidak berketepian. Maka berusahalah ke arah kesempurnaan itu kerana itupun satu amanah dan ibadah anda kepada Allah SWT demi kebahagiaaan anda dan pasangan anda juga...


Perkara 2


Selesai saya iktikaf dalam masjid; saya turun menuju ke kereta. Seorang hamba Allah menuju kepada saya. Ustaz nak cepat ke? Sapa hamba Allah ini. Saya ada persoalan kepada ustaz tapi tidak berapa manis rasanya untuk bertanya. Sensitif sedikit. saya memberi isyarat supaya dia tidak malu menyatakan apa yang berbuku di hatinya.

Ustaz, saya ni dah kira pengantin lama sangat. Kalau isteri masih mahu pegang-pegang salah ke ustaz. Dah lama begini rasa malu pula dengan anak-anak, maklumlah semuanya dah besar panjang belaka. Lain macamlah ustaz bila isteri pegang-pegang kawasan sulit begitu.

Saya hanya tersenyum sambil membalas; "apa salahnya?". Lagi lama lagi kena banyak sentuhan. Lagipun dia isteri kita, dia masih berhak mendapat belaian dan sentuhan daripada suaminya. Tuakah, lamakah, barukah atau mudakah bukan batas sempadannya?

Yalah mungkin tempat yang dirasakan kurang sesuai... pandai-pandailah perbetulkan keadaan asalkan kasih-sayang terus bersemarak dan berpanjangan.

Tuesday, June 09, 2009

Maafkan Saya Tuan Imam; Saya Hanya Bertegas dengan Pendirian Saya

Oleh isma daud

Malam tadi saya menerima panggilan telifon daripada seorang yang saya hormati kerana kesungguhannya mencari ilmu dan mengajak orang lain untuk sama berilmu. Tujuannya menelifon saya adalah untuk mengajak kembali menyampaikan kuliah di surau kendaliannya. Beliau telah merujuk kepada JAIS supaya mendapat penjelasan mengenai pekeliling itu. Beliau menjelaskan seorang pegawai JAIS menjelaskan bahawa "Ustaz Rosli Dhoby" hanya tidak dibenarkan menyampaikan khutbah di Masjid An-Nuur sahaja tetapi dibenarkan menyampaikan kuliah di tempat yang lain. Dengan itu Tuan Imam tadi merasa begitu gembira kerana beliau berpendapat bahawa pihak surau akan dapat menjemput "Ustaz Rosli Dhoby" kembali ke surau mereka sepertimana kebiasaan dulu-dulu.

Maka Tuan Imam dengan berbesar hati menjemput saya supaya kembali menyampaikan kuliah di surau tempat beliau bertugas.

Tetapi apa yang saya pegang berbeza. Saya sudah membuat keputusan bahawa selagi JAIS tidak menarik balik surat pekeliling melarang sesiapa saja menyampaikan doktrin agama Islam di surau dan masjid secara bertulis; selagi itulah saya terus dengan pendirian saya bahawa saya tidak ada sebarang kerjasama dengan pihak JAIS dan tidak akan menyampaikan kuliah di masjid atau surau dibawah naungan JAIS/MAIS...

Pada saya merekalah yang perlu turun menyampaikan kuliah yang telah dikosongkan atas arahan surat pekeliling tersebut yang telah dikeluarkan oleh mereka sendiri. Kata-kata mulut tak mainlah... Jika sudah keluarkan secara rasmi; tarik secara rasmi.. Berani ke???

Keengganan saya menyampaikan kuliah bukan kerana saya keras kepala tetapi sebagai tanda protes terhadap sikap dolak-dalik pihak JAIS Sibu dalam perkara ini.

Dan keputusan saya ini adalah muktamad. Maafkan saya Tuan Imam. Saya hanya bertegas dengan pendirian dan keputusan saya yang telah saya nyatakan dari awal lagi. Walaubagaimana pun saya akan hadir mana-mana kuliah yang tiada kaitan dengan pihak JAIS dan tidak terikat dengan surat pekeliling itu.

Saya ni warga yang baik dan taat. Tuan rumah kata jangan maka saya tidak akan mengatasi kehendak tuan rumah. Saya tidak mahu jadi macam pegawai JAIS tu yang pandai mentafsir sendiri surat pekelilingnya. Masjid An-NUUR saja tidak boleh, lain tempat boleh padahal surau pekeliling yang JAIS keluarkan diedarkan untuk seluruh masjid di Sibu dan saya dipanggil oleh JAIS sebagai orang yang salah. Orang yang buat komplen pula berada di pihak yang benar. Kalau saya "berbahaya" di masjid An-Nuur kenapa tidak "berbahaya" di tempat lain. Kerana pihak JAIS tidak mampu nak buatkan???

Maafkanlah saya; Saya pernah kata tak mahu tulis pasal JAIS lagi tetapi sekali lagi saya kena tulis juga pasal ni. Entahlah jika ada imam lain yang telefon saya ; JAIS lagi yang saya jadikan sasaran kerana mereka sanggup tunduk kepada orang tertentu yang ada kepentingan peribadi...

Untuk makluman saya telah merubah jadual kuliah saya dan saya tiada sebarang ikatan dengan jadual kuliah saya yang ada sebelumnya. Saya akan lebih masa saya dalam mendidik anak didik saya di sekolah. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami ilmu agama saya jemput ke tempat saya menyampaikan kuliah saya di Surau An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby dan mungkin beberapa rumah yang sudah menawarkan diri untuk dijadikan lokasi kuliah yang dibentuk semacam USRAH begitu.

Surau dan Masjid ada penjaganya; mereka ada tuan rumah. Pergilah jemput mereka untuk menyampaikan kuliah dan kelas agama di rumah mereka sendiri... PELIK? PELIK!!! Bila lagi para asatizah JAIS nak turun padang? Sekaranglah.... Takkan nak datang rumah sendiri kena jemput kot??? Orang kampung sudah rindu tu... Datanglah!!!

Kisah Teladan : Salih Yaacob Kongsi Cerita Hidup Bermadu

Sumber asal ; myMetro
Tajuk asal : Beristeri 3 kerana Allah - Salih Yaacob
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


BERBICARA saja soal perkahwinan, pastinya cerita membabitkan artis menjadi perhatian. Ditambah lagi, dengan kemelut 'peribadi' yang melanda. Isu ditangkap khalwat, bersantai di tepi pantai dan keluar makan bersama adalah perkara biasa.

Namun, 'biasa' juga jawapan yang didengar ialah 'no komen'. Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan pelakon dan pelawak, Salih Yaacob. Tanpa berselindung, satu negara tahu dia (Salih) mempunyai keluarga besar kerana memiliki tiga isteri.


Kerana Allah

Hanya bersandarkan satu niat 'kerana Allah', rumah tangga dibina Salih bersama tiga isterinya kekal aman dan bahagia hingga kini. Malah, isteri pertamanya Noriza Mamat, 46, dan Noraha Hamad, 41 (kedua) hidup berjiran walaupun bermadu.

Ketika menghadiri Seminar Kefahaman Poligami di Auditorium Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor, Khamis lalu, Salih dalam sesi perkongsian pengalamannya turut bercerita kedua-dua isterinya pernah mengerjakan umrah bersama.

"Saya sendiri pun tidak tahu bila mereka sepakat membuat keputusan pergi umrah bersama. Cuma, bila kedua-duanya meminta izin maka saya benarkan saja. Dalam hati, saya amat bersyukur kepada Allah dengan rahmat diberikan.

"Namun, saya faham bukan mudah mereka menerima situasi masing-masing. Hendak mengamankan poligami ini bukan boleh ambil masa sehari, sebulan atau setahun. Tetapi, ia makan masa bertahun dan bergantung dengan cara mengendalikannya.

"Apapun, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana hingga kini hubungan rumah tangga yang dibina berjalan dengan lancar walaupun sudah tiga. Tidak dinafikan bebanan tanggungjawab itu, namun saya percaya pada keberkatan Tuhan," katanya.

Pengukuhan Akidah

Kata Salih lagi, paling penting padanya adalah pengukuhan akidah. Apabila akidah diri sudah benar-benar utuh, pasti dapat membimbing dengan baik. Ia (akidah) boleh diumpamakan 'tapak' dalam hubungan. Macam hendak membina rumah juga.

"Kalau tiada tapak yang teguh, cacak tiang macam mana pun akan rebah. Apa yang dikatakan, bukan hendak menunjuk bagus tetapi itulah tunjangnya (akidah). Hati wanita mudah tersentuh apatah lagi bila suami hendak berkahwin lagi.

"Justeru, saya sangat menerapkan pengetahuan agama dalam diri. Bagi memperolehinya, memang kena banyak belajar dan ilmu itu perlu dicari. Malah, saya juga banyak bergaul dengan orang untuk berkongsi pengalaman hidup berkeluarga.

"Jadi, dalam soal ini apa yang kurang itu diperbaiki. Ditambah lagi, sejak kecil saya sudah didedahkan dengan ilmu agama yang cukup. Sebab itu, saya yakin dengan keputusan diambil kerana inilah jodoh yang ditakdirkan Tuhan," katanya tenang.

Berkat Wanita Kerana Redha Suami

Salih yang juga penyampai radio SinarFM berkata wanita yang berkahwin, 'berkatnya' datang daripada suami. Jelasnya, apabila suami reda terhadap isteri maka Tuhan pun memberi berkat juga pada si wanita. Oleh itu, keluarga jadi aman.

Ditanya pula mengenai gosip anak saudaranya, Johan Raja Lawak yang dikhabarkan akan mengahwini pelakon Ozlyn Wati, katanya dia tidak kisah siapa pilihan Johan. Mungkin sudah jodoh pengacara program Jozan itu dengan wanita berstatus janda.

Berkahwin Perkara Baik

"Dalam soal ini, terpulang pada dia (Johan) untuk membuat keputusannya. Pada saya, asalkan dia seronok sudahlah. Buat apa hendak susah hati pula. Berkahwin itu perkara baik, jadi saya tidak akan menghalangnya. Biarlah Johan melaluinya.

"Bila sudah rasa, baru dia akan tahu. Dari situ, dia boleh belajar mengenai hidup. Lagipun, soal hati dan kasih sayang tidak boleh dipaksa. Oleh itu, tengok sajalah dulu. Pada diri saya, memang tiada masalah untuk menerima sesiapa yang dipilih Johan," katanya.

Monday, June 08, 2009

Perkembangan Terkini Saudara Mohd Fauzi Mahmud; Kian Pulih...

Di sini saya siarkan berita perkembangan sahabat saya yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kedah baru-baru ini. Berikut berita yang di sampaikan oleh adik beliau di ruang komentar blog saya. Saya "post"kan kembali buat pengetahuan sahabat-sahabat saya dan teman-teman yang mengenali saudara Mohd Fauzi ini... Saya sentiasa berdoa agar beliau sentiasa beroleh rahmat Allah SWT dan cepat sembuh, insya Allah.

- isma daud.

Berikut berita yang disampaikan oleh adik beliau;

"Assalamualaikum..

Saya adik en. Fauzi.. Saya terbaca blog yg saudara post kan.. Terima kasih di atas doa2 yg saudara hulurkan buat abg saya..

Sekarang beliau dah ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) , Kuala Terengganu.. keadaan beliau skrg beransur pulih.. Alhamdulillah.. cakap tak boleh lagi..

Keadaan dia pun kadang2 sedar sepenuhnya, kdang2 separuh sedar..semalam doc dah suh dia cuba2 makan bubur..alhmdulillah, dia makan jugak wlaupun tak byk..

Alhmdulillah keadaan amat stabil skrg..

Terima kasih di atas sokongan semua..jika ada kelapangan, dtg la lawat beliau di wad 7B bilik no.5 HSNZ Kuala Trganu.."


Artikel berkaitan :
Sila klik untuk baca kisahnya :
- Malang Tidak Berbau; Mohd Fauzi Bin Mahmud Kemalangan Masih Koma.
- Perkembangan Terbaru Sahabatku; Mohd. Fauzi Mahmud

Saturday, June 06, 2009

Segar...

"Berada di Bintulu selama tiga hari dua malam memberi kesegaran kepada jiwa saya. Saya mengambil kesempatan mandi di tepian pantai Bintulu. Satu aktiviti yang menyenangkan. Sudah lama saya tidak berenang, menyelam dan "Hanyut Abu". Semua aktiviti itu sesuatu yang saya suka lakukan semasa berada di kampung dulu-dulu.

Saya menghabiskan "masa emas" ini dengan aktiviti rakreasi, berziarah dan santai di pantai; berkelah bersama keluarga untuk merehatkan fikiran serta merapatkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga dan alam sekitar."
-isma daud

Wednesday, June 03, 2009

Kembali...

Oleh isma daud

Beberapa ahli jamaah surau dan masjid mahu saya kembali. Kembali macam dulu-dulu. Sudah banyak kerugian kerana aktiviti surau rasa hambar tanpa kuliah. Itulah ruginya jika hanya beberapa orang saja kerja berdakwah sedang yang lain menjadi penonton saja. Kebodohan JAIS juga yang tidak menyelami keperluan masyarakat dan tunduk kepada mereka yang tidak berminat berkembangnya agama Islam dan syiarnya di bumi Sibu menambahkan lagi kehinaan umat Islam Sibu.

Jadilah Seorang Profesional

Ustaz, jadilah seorang yang profesional. Ya, saya perlu profesional biar pun orang bertindak kepada saya tanpa sikap profesional. Saya akur saya tidak perlu bodoh macam mereka...

Bila saya berhenti; suara dakwah macam mati langkahnya, bagai tiada kedengaran lagi suara mengajak kepada kebenaran.. Bunyi macam angkuh dan angkat diri sendiri tapi itulah realiti.... pergilah ke mesjid, surau tempat anda, buatlah pemerhatian anda sendiri.


Senario Yang Ada Di sibu


Kalau anda pergi Solat Jumaat di Masjid An-Nuur, Sibu apa yang anda rasa pelik? Bagi saya ialah betapa sunyinya masjid itu walaupun khatib sedang membaca khutbah. Suara mimbar atau Khutbah Jumaat tidak keluar masjid. Jangan salah faham.

Kalau kita datang tengah imam baca khutbah, suara mimbar hanya kedengaran sekadar dalam ruang solat sahaja. Di luar masjid huh jangan harap nak dengar le... begitulah surau-surau lain. Satu surau tu terpaksa sorotkan corong speaker ke dalam surau supaya azan pun tidak keluar daripada surau. Semuanya takut ada gangguan bunyi...

Tidak dapat disangkalkan lagi senario seperti ini di Sibu; Azan pun tak berapa kedengaran. Kalau ada kuliah ditutupkan bunyi speaker supaya suara tidak keluar dari ruang solat. Berada di halaman surau atau masjid pun tiada orang dapat mendengarnya. Begitulah nasib suara dakwah. Bukan melampau pendedahan saya ini. Pergi sendiri ke surau dan masjid dan buat pemerhatian anda sendiri...

Tidak Cukup Dengan Itu

Dalam keadaan itu, satu dua kuliah agama bagai cuba dimatikan... Hati mana tidak sedih, jiwa mana tidak beremosi, merintih dan menangis... Jiwa yang mati saja menjadi kaku dan beku seperti batu. Jika ditanya kepada batu pun saya pasti batu akan menangis.

Semuanya kerana takut komplen dan kritikan masyarakat. Begitulah naifnya suara Islam di Sibu. Walaubagaimanapun itu jalan berhikmah yang diambil daripada tidak ada langsung suara azan dan kuliah itu. Itulah sangka baik yang ada.

Menurut beberapa ahli jamaah surau; mereka tidak dapat buat apa-apa bila ada arahan JAIS supaya menguatkuasakan pekeliling dan larangan berkhutbah, ceramah, kuliah dan menjadi imam di masjid dan surau dalam negeri Sarawak tanpa tauliah...melainkan terpaksa akur dengan arahan itu.

Lagi pun mereka sekadar ahli jamaah saja, manakala pengerusi dan ajk mungkin ada yang tak tau larangan ini kerana mereka sudah lama tidak jenguk masjid dan surau yang mereka pengerusikan. (Bukan semua; tapi adalah beberapa masjid surau tu...) Fitnah ke ni??? Cuba jenguklah surau dan masjid terdekat anda... buat pemerhatian sendiri...

Ini Lagi Teruk

Bila ditanya kepada beberapa pegawai JAIS mereka secara berdolak-dalih seolah tidak tahu dengan arahan itu. Entah datang dari mana arahan dan pekeliling itu. Memang puak ni jenis nak jaga "periuk nasi" lebih daripada nak jaga agama. Memang patut saya sifatkan mereka ini begitu. Ada lagi bahasa yang saya nak guna tapi biarlah saya simpan saja.

Saya tidak mahu berbalah Lagi

Ini artikel terakhir saya menyentuh isu JAIS ni. Selepas cuti sekolah nanti saya akan kembali kepada kuliah macam biasa. Tapi bukan di tempat biasa... Insya Allah beberapa jadual baru kuliah saya akan diumumkan.

Kepada pengerusi surau dan masjid harap hubungi saya untuk perbincangan seterusnya... Anda Diam Saya Diam...OK, Adil begitukan!!!


Insya Allah, akan Kembali...


Sementara itu saya ingin bercuti ke Bintulu sehari dua. Harap masa bersama keluarga ini dalam memulihkan semangat saya dan memulihkan jiwa saya yang dikatakan orang "beremosi". Ya Allah Berikanlah Kami Kekuatan.

Memalukan...!!! Bumbung Stadium Runtuh.

Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam.

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter.

Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu.

Sumber - Utusan Malaysia Online


Komen isma daud (anak Terengganu) :

1. Stadium runtuh tanda atau signal BN akan runtuh di Terengganu.... sebab apa? Rasuah!

2. SPRM siasatlah dengan telus dan jangan lepaskan mereka yang bertanggungjawab memalukan negeri dan negara sehingga seluruh dunia kaget dengan isu ini.

3. Orang Terengganu seronoklah dapat kepingan bumbung Stadium runtuh yang baru beroperasi sekitar setahun dan bertuah kerana dapat simpan buat kenangan sepanjang zaman. Sejarah sudah tercipta.

4. Orang Terengganu nak berhutang lagi sebab nak baiki stadium yang runtuh.

5. Maruah Terengganu juga runtuh sebab ada pemimpin yang dah runtuh macam bumbung stadium yang runtuh. Apatah lagi nama stadium pun menggunakan nama baik Tuanku Sultan. Tuanku Sultan juga dapat malu kerana stadiumnya bumbungnya runtuh...

6. Bumbung stadium runtuh ni nak buka pekung di dada pemimpin BN yang bergolak sesama sendiri di Terengganu...

7. Malu..!! Malu..!! Mana nak letak muka...

Monday, June 01, 2009

Apa Orang Lain Kata....

Masdarwahid

1. Gempar!!! Ustaz Rosli Dhoby di Gam?

Dalam Keghairahan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud berbangga dengan kejayaan Penyanyi Pentas Sia (AF7 Hafiz,) dan kesungguhan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari nekad mencontohi Hawaii sebagai contoh Pelancongan Sarawak, Rakyat Sarawak beberapa hari sebelum itu dinafikan hak untuk mendapatkan ilmu seterusnya membantutkan pengembangan Islam di Bumi Kenyalang apabila pendakwah bernama Ustaz Rosli dhoby digam dari menyampaikan kuliah beliau berkuat kuasa serta merta.

Saya tidak pasti URD parti mana, tetapi yang pasti, tindakan JAIS dan MAIS mengekang pengembangan Islam di bumi Sarawak bermakna MEMBANTU pengembangan agama bukan Islam seterususnya MEMBANTUTKAN dakwah dinegeri itu.

Masih segar diminda saya apabila Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ulama terkenal Haron Din diharamkan. akibatnya, tidak lama selepas itu, jenayah di Malaysia semakin meningkat khususnya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Budaya seperti Gay, Pengkid, Samseng Jalanan (Mat Rempit), artis menghina isteri nabi, Islam Liberal,sister in Islam dan banyak lagi penyakit aneh dalam masyarakat yang semakin aneh2.

Ajaibnya, ada di antara golongan itu mendapat pengiktirafan di media arus perdana malah diluluskan dalam filem dan drama tertentu.

Pihak JAIS dan MAIS sewajarnya mengambil iktibar daripada sejarah lalu dan bukannya mencipta sejarah. bukankah sejarah sentiasa berulang? Jika seorang URD digam, saya yakin akan lahir ribuan lagi URD di Bumi Sarawak.


Destinasiku

2. Sedih, bila orang mula berbicara.

Hari ini teman ke rumah Tn Haji Hasbi di Kg Bahagia Jaya menghadiri majlis kenduri kahwin anak beliau. Di situ teman bertemu dengan beberapa kenalan iaiitu ahli jamaah Masjid Darul Halim. Macam-macam yang diceritakan termasuklah program kuliah yang terhenti angkara surat pekeliling JAIS, Sibu.

Di antara dialog perbualan kami;

Jamaah A: Lama tak datang ke masjid
Teman: Kat surau aje,
Jamaah A: Macamana program kuliah di Surau Apollo
Teman: Semua stop, macamana masjid
Jamaah A: Kat masjid pun sama, ustaz yang mengajar stop semua kelas dia
Jamaah B: Ustaz tu emo sangat.. patutnya jalan aje,
Teman: Habis tu JAIS dah keluarkan surat..
Jamaah B: Ustaz M kata dia tak ada pun keluarkan apa-apa arahan,
Teman: Jadi kenapa keluarkan surat pekeliling,
Jamaah B: Haa, itu pegawai bawah dia yang keluarkan dan itukan cuma pekeliling biasa,
Teman: Yalah, sepatutnya JAIS adakan muzakarah dahulu dengan GPI baru keluarkan apa-apa arahan.
Jamaah A: Itulah, bila ustaz-ustaz ni dah tak mahu mengajar siapa yang rugi..yang ruginya kita.
Teman: Harap-harap nanti oklah balik
Jamaah A: Mudah-mudahan..

Beberapa orang tetamu yang mendengar perbualan kami (orang kampung) terpinga-pinga kerana tidak mengetahui duduk sebenar tajuk perkara yang kami bualkan..Kenapa??

Sebelum balik apabila majlis selesai
Jamaah A: Sabarlah cikgu..
Teman: InsyaAllah..

Lihatlah ada diantara kita yang tidak tahu menahu apa yang berlaku di sekitarnya. Satu kerugian yang amat besar bilamana kampung ini yang penduduk Islamnya melebihi 500 keluarga diabaikan. Solat jamaah maghrib dan isyak yang tidak sampaipun 30 orang itu majlis-majlis ilmunya dimatikan. Ini baru satu kampung, bayangkan apakah impaknya kepada masyarakat Islam di kampung-kampung yang ada di sekitar Sibu ini.

Apa yang teman kesalkan kenapa perkara-perkara kebaikan selalunya tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Apatah lagi kesedaran beragama dalam masyarakat kita masih kurang. Seharusnya semua pihak dapat mengembeling tenaga membina satu kekuatan dalam meninggikan syiar Islam di bumi Sibu ini..

Apakah Subjek Yang DiMuliakan Dan Subjek Yang DiMangsakan....

Oleh isma daud
[Edit]

Ini Kenyataan Menteri Pelajaran di Muar, Johor; 31 Mei 2009. Kenyataan penuh sila klik;
4 subjek teras SPM?
‘‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras.

‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,”

‘‘Saya tak bimbang tentang perkara itu tapi penjelasan muktamad akan dibuat dalam terdekat ini untuk beritahu kedudukan yang terakhir sekali,’’

– Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Berikut Kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

" Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral." Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu. "

Datok Alimuddin Berita Harian. 30 May 2009

Jadi;

Apakah subjek yang akan dikeluarkan daripada subjek teras? Dalam senario hari ini apakah subjek yang tidak dipandang serius dan mendapat tempat dalam hati masyarakat? Jelas Nasib subjek-subjek tertentu khususnya Pendidikan Islam hanya menjadi subjek elektif sahaja.

Apa pula nasib subjek Sejarah dan mana-mana subjek yang rendah value materialnya . Apakah ini subjek-subjek yang akan dimangsakan nanti? Wal'iyazabillah!!!

Pada saya subjek Pendidikan Islam sememangnya sudah tiada tempat wajar - itulah hakikatnya pada hari ini - dalam sistem pembelajaran. Persepsi masyarakat kepada subjek pendidikan Islam jauh daripada membanggakan. Ibubapa sanggup berhabis-habisan menghantar tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains; siapa pula sesungguh itu menghantar tuisyen anak untuk Pendidikan Islam?

Harapan saya KPM tidak mengabaikan subjek yang mampu membina harga dan nilai diri bukan melihat kepada tuntutan duniawi semata-mata. Kegagalan KPM meletakkan satu batu asas kukuh dalam sistem pelajaran kita, akan menghancurkan lagi agama dan bangsa kita sendiri. Harap KPM dapat melihat persoalan ini dengan penuh tanggungjawab.

Sama-sama kita fikirkah setelah keputusan kerajaan menghadkan matapelajaran dalam peperiksaan SPM maksimumnya kepada 10 Subjek dan minimumnya 6 subjek. Apakah subjek yang dimuliakan dan apakah pula subjek yang dimangsakan?

Apakah yang akan berlaku..... ??? Kita sama-sama dapat lihat nanti....

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)

KPM sebenarnya akan mempertahankan keputusan mereka berdasarkan kaedah pembelajaran berasaskan Sekolah. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) akan diperkenalkan yang memasukkan kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam.

SPPK akan menyebabkan penumpuan terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.

SPPK akan meletakkan penekanan terhadap proses pembelajaran secara menyeluruh dan bukan setakat menjawab soalan peperiksaan sahaja.

Harapannya; langkah ini secara keseluruhannya akan menyediakan modal insan yang holistik dan menyeluruh. Seseorang tidak dinilai hanya melalui keputusan peperiksaan awam sahaja.

Walau apa pun saya tetap berharap subjek Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral tidak diabaikan bahkan lebih diperkukuhkan lagi, insya Allah!!!. Dan pada masa yang sama ia mesti kekal sebagai subjek teras dalam SPM nanti. Jika tidak biarpun cantik bunyi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK); yang timbul ialah keciciran dan pengabaian kerana ia tidak dilihat sebagai subjek yang penting. Ini kerana ruh subjek itu telah dicabut daripada badannya.

Mudah-mudahan KPM tidak terlepas pandang dalam keputusan yang diambil ini.....

Sembang Bersembang

Lebih Interaktif ^O^Ukhuwwah . Sila Klik Untuk Ke Laman Ini , Terima Kasih.
[ Copy this | Start New | Full Size ]

Sepanjang Jalan Di Sibu

Related Posts with Thumbnails

@Facebook ~ "Ustaz Rosli Dhoby"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.