Malang Tidak Berbau; Mohd Fauzi Bin Mahmud Kemalangan Masih Koma

Oleh isma daud

Alor Star
; Sekitar jam 1.30am saya menerima mesej daripada sahabat saya Dr. Asyraf Bin Abdul Rahman,(KUSTEM)Trg; bahawa sahabat saya Mohd Fauzi Mahmud, Anak kepada guru bahasa Arab saya sewaktu belajar di SMA'A'SZA, Baru Buruk ditimpa kemalangan jalan raya dan kini berada di hospital Alor Star, Kedah. Butiran terperinci kemalangan tidak dapat saya pastikan tetapi saya diberitahu bahawa keadaannya parah dan masih dirawat di bilik rawatan rapi (ICU) hospital tersebut.

Menurut sahabat saya Ustaz Wan Mohd Hamdi; UITM Melaka dia juga sudah mendapat maklumat itu. Kemalangan itu terjadi sewaktu saudara Fauzi mahu ke pejabatnya. Beliau menunggang motosikal tetiba tayar yang dibawa sebuah lori jatuh lalu mengenainya. Harap Ustaz Wan Mohd Hamdi sahkan laporan ini.

Berikut mesej yang saya terima daripada Dr. Asyraf;

"Pozi Mahmod xcden dan masih koma di hspital Alor Star. Mohon sama2 doa untuk kesihatan sahabat kita ini. Dapat maklumat tengahari tadi. amat parah keadaannya."


Kepada sahabat dan teman-teman khususnya yang mengenali Saudara Mohd Fauzi; harap kita dapat mendoakannya dan saya mengharapkan isterinya, anak-anak dan ahli keluarganya dapat bersabar dalam menerima musibah yang tidak terduga ini.

Biar jauh beribu batu. Kasih sayang seorang sahabat kepada sahabatnya tetap abadi. Kesusahannya menjadi kesusahan bersama. Hanya doa saja yang saya panjatkan kehadrat Allah SWT agar memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada sahabatku Mohd Fauzi Mahmud.

Kali terakhir saya bertemu dengannya di Terminal LCCT sewaktu dia menunggu bapa mertuanya pulang dari Mekkah tahun 2007.

Comments

Sabri Mahmud said…
Perkataan lori selepas tayar itu hanyalah spekulasi. Khabarnya tayar tersebut bersaiz kecil kemungkinan drp sebuah van. Tayar tersebut baru jatuh sebaik sahaja abg saya mahu lalu ke situ. Rakan pejabatnya memaklumkan tayar itu belum lagi kelihatan ketika mereka lalu sebelum itu.

Adik beliau yg berada di Sydney.
My said…
Terima kasih kpd Ustaz Rosli Dhoby. Alhamdulillah suami saya sudah beransur pulih. Sudah boleh berjalan slow2 dan bercakap walaupun kurang jelas. Sekarang sudah berada di rumah (sudah 2 minggu) Semoga suami saya cepat pulih, InsyaAllah.

Salina Musa (Isteri Fauzi)
//najaahifauzi.fotopages.com

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?