Tinggalkan Perkara Syubuhat

Jawapan lanjutan; kepada persoalan..

Penggunaan Produk Syubuhat.

Sebagaimana najis hukmi yang lain; jika kita yakin akan ada zatnya, sifatnya; bau dan rasa... wajib basuh. Tapi Kalau kita buat andaian saja kewujudannya sedangkan kita ragu tidaklah wajib basuh. Sesuatu yang asal tiada ; dikira tiada. Basuh di sini ialah basuhan 1 kali air tanah, 6 kali air mutlak. Jika kita "ragu saja akan adanya bahan asas babi" kerana kita tidak pasti adanya. tidak payahlah kita basuh sebagaimana basuh najis mughallazah.

Biasanya dalam minyak wangi tertentu ada alkohol yang najis. Di sini memadai basuh dengan air mutlak sahaja.

Sementara itu perkara syubuhat itu mesti ditinggalkan terus agar kita tidak terus berada dalam keadaan was-was. Kaedah usul fiqh : "Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu".

Wallahu a'lam!!!


Yang ikhlas;

ustaz rosli dhoby ( isma daud )




2009/4/6 mohammad hafeez akmal

wsalam ustaz. jadi, stelah mbaca penerangan drpd ustaz tersebut, yg ana fhm - klu btul pun bnde2 yg dgunakan dulu tu ada bnde2 mmg mngandungi zat2 babi, ana tidak wajib basuh. cuma cukup wjib dtinggalkn je krn tercmpur zat babi tersebut. adakah seperti itu?

maaf krn mmperpanjangkn soalan.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?