Semua Kuliah Diteruskan macam Biasa

Oleh isma daud

Tiada apa yang dapat menghalang kerja-kerja dakwah. Beberapa imam dan JK surau dan masjid terus memberi keyakinan kepada saya bahawa saya akan terus diberi peluang berkhutbah dan memyampaikan kuliah. "Sabar Ustaz, kami sentiasa menanti-nanti kedatangan ustaz".

Saya teringat semasa saya selesai mengimamkan solat jumaat beberapa orang penting terus berkumpul disaf pertama tanpa bersalaman dengan saya dan ada ditengah mereka orang JAIS dan dia saya fikir pencetus sebenar yang membakar rasa marah ahli jamaah yang konon-konon khutbah saya mencetus rasa tidak aman kepada ahli masyarakat kerana menyentuh persoalan "sekularisme" semasa berkhutbah.

Mungkin JAIS, Sibu mahu jadi juara kerja maksiat kerana terpaksa tunduk kepada golongan arahan supaya saya direhatkan daripada terus dijemput berkhutbah di Masjid An-Nur, Sibu.

Kesalahan saya hanyalah kerana berani menegur maksiat dan membuka daya fikir masyarakat akan bahayanya sekularisme dan membiarkan maksiat terus berlaku dalam masyarakat. Apa yang dibangkitkan tentang memakai seluar pendek kerana ramai pak haji dan ahli masjid suka berseluar "potong" ni.

Kata-kata bahawa suara majoriti orang Sibu tidak suka khutbah saya adalah alasan yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan me"rehat"kan saya daripada berkhutbah. Orang ramai ada yang komplin jika ustaz membaca khutbah; ada yang mengatakan mahu balik dan tidak mahu menunaikan solat jumaat. Panjang Gilak!!!

Dalam tindakan terdahulu diceritakan kepada saya akan nasib seorang pendakwah sekitar tahun 80an yang ikhlas berdakwah di bumi Sibu ini kerana isu marhaban beliau di pindahkan selepas dua bulan aduan dikemukakan. Tanpa memberi peluang kepada pihak yang benar untuk meneruskan kerjanya bahkan diletakkan sebagai orang salah dan bersalah.

Tindakan-tindakan tidak selari pihak tertentu ini menunjukkan sikap sebenar pihak-pihak ini dalam usaha mereka untuk membangunkan umat Islam Sibu. Jika orang semakin tahu susahlah!!! Orang bodoh akan terus jadi makanan orang cerdik. Biarkanlah masyarakat tidak bermaklumat supaya kita lepas laku... begitulah hasrat sebenar pihak-pihak ini yang sebenarnya; agaknyalah.

Mari kita berfikir secara rasional agar kita tidak dikatakan "bodoh sombong"; perkataan yang diberikan oleh seorang ahli jamaah yang mengikuti isu ini.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?