Sebuah Tin Biskut Yang saya namakan "Tabung DERMA Surau SMK Rosli dhoby, Sibu".

Oleh isma daud

Hari ini saya bertugas di tapak berlangsungnya Majlis Tilawah A-Quran Bahagian sibu. Saya ada tugas utama dan tugasan kebajikan yang mahu saya lakukan. saya telah memikirkan bahawa hari ini saya ingin mencari dana tambahan kepada Surau SMK Rosli Dhoby yang sedang dalam proses pembinaan.

Kami bina surau ini tanpa meminta sebarang bantuan kerajaan. Dan cara bina bangunan surau sekolah ini adalah dalam bentuk sumbangan dan derma para guru, pelajar, ahli jamaah dan bantuan ahli masyarakat. Kami bina secara dalaman dan gotong-royong. Inilah surau yang kami bina dengan suara iman yang cintakan Allah dan rasul. Surau yang lahir daripada kemanisan Iman dan taqwa.

Di antara kerja kebajikan yang saya lakukan hari ini ialah membawa tin biskut yang saya balut dengan seruan "Derma Surau SMK Rosli Dhoby". Tujuan saya menjaja tin ini adalah untuk menambahkan dana untuk menambah anjung surau agar menjadi lebih luas dan menampung jumlah ahli jamaah khususnya untuk kegunaan para pelajar Islam yang semakin hari tidak tertampung oleh keluasan surau yang ada.

Bukan semua orang mahu buat kerja ni. Saya pada mulanya meletakkan tin ini di satu sudut yang mudah dipandang oleh orang ramai; kalau-kalau ada yang bermurah hati untuk menderma. Tapi selepas dua jam nampaknya tin itu tidak mendapat sambutan dan perhatian. Oleh kerana saya berada dalam tugasan tertentu saya tidak dapat berada di kawasan yang saya menempatkan tin itu. Saya mengharapkan ehsan kawan yang kebetulan bertugas di bahagian urusetia. Untuk jaga keselamatannya. Tapi isinya tidak memberangsangkan.

Apabila ada masa rehat pertandingan; saya segera ke tempat tin itu ditempatkan pagi tadi. Tidak memberangsangkan....

Saya tetap mahu mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan sebarang sumbangan. Dengan semangat ini saya bergerak dari seorang dan seorang dan melaungkan " Derma Ikhlas Untuk Surau SMK Rosli Dhoby Untuk Bangunan Tambahan; Tambahkan saham akhirat Tuan-tuan dan Puan-puan". Alhamdulillah baru ada tangan-tangan yang menghulur sumbangan. Alhamdulillah untuk 15 minit pagi ni saya dapat meningkatkan dana surau ini. Hari ini cukuplah kami dapat kumpul daripada guru-guru Islam yang datang ke tapak MTQ ini. Sebanyak RM300.25 dapat saya kumpul. Terima Kasih dan Syukran saya ucapkan kepada semua penderma.

Sebelum tu sebuah surau dan masjid lain turut membuat kutipan. Di mana kuliah yang saya hadir, saya cuba lancarkan tabung ini. Esok dan lain tempat saya akan usaha lagi. Setakat ini sudah RM4000.00 lebih kurang telah terkumpul. Dan dari dana itu sudah kami mulakan sedikit kerja tambahan anjung surau ni.

Sekalung penghargaan juga kepada tuan blog "Destinasiku" yang saya ambil beberapa keping gambar binaan bangunan surau tersebut dari blognya untuk disisipkan dalam blog ini. Terima kasih atas keizinan tuan.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?