Saya Sedikit Kepenatan....

Oleh isma daud

Dua minggu mutakhir ini saya sedikit kepenatan dengan tanggungjawab yang bertambah. Semuanya berjalan dan berlaku serentak dan bertimpa-timpa....

Pertama ; Amanah kerja!!! Amanah yang diberikan oleh jabatan kepada saya dalam beberapa tugasan baik di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Ini menyebabkan saya rasa sedikit tertekan kerana ianya ada "dateline" yang perlu saya siapkan. Syukurlah saya ada rakan-rakan sekerja yang komited dengan kerja dan sanggup bekorban masa dan tenaga membantu saya. Saya bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah SWT dengan kehadiran teman-teman seperjuangan mengharungi detik mencabar ini.

Kedua : Pembinaan surau An-Nadwah terus berjalan walaupun agak perlahan kerana terlalu banyak komitmen yang ditagihkan. Sehingga kini ada beberapa pihak yang menghantar emel untuk memasukkan derma dan sumbangan ikhlas tetapi belum nampak hasilnya. Saya berharap mereka ini bertanggungjawab atas apa yang mereka janjikan.

Bebarapa orang ada meminta no ic saya kerana mahu transfer secara online. Saya ada was-was nak bagi. Ada yang saya bagi kerana ada keyakinan saya kepada mereka; atas sebab-sebab mereka pernah memohon bantuan kepada saya dialam maya ini. saya harap mereka tidak salah guna dan bersikap jujur. Keikhlasan saya jangan disalah ertikan... Sehingga kini belum ada hasilnya...

Kepada para penderma dan mewakafkan sebahagian harta mereka kepada pembinaan anjung surau ini saya ucapkan jazakumullahu khairan jazaa'. atas sumbangan itu kerja pembaikan surau terus dapat dijalankan.

Ketiga; Berhadapan dengan JAIS, Sibu yang bertindak pantas kepada saya setelah pihak Masjid An-Nur menjemput saya menyampaikan khutbah di masjid itu. Saya hadir kerana saya dijemput bukan saya merampas hak sesiapa untuk berkhutbah. Kejujuran dan keikhlasan saya menyampaikan kebenaran menyebabkan ada pihak tidak senang hati dengan perkembangan ini.

Ramai para ustaz dan ahli masyarakat mengucapkan tahniah kepada saya kerana memberi nafas segar dan bertenaga dalam berkhutbah sehingga mereka rasa setiap satu yang saya sampaikan menjadi "tazkirah kemasyarakatan" dan ianya benar-benar berkesan dihati mereka. Khutbah itu hampir kepada mereka dan mereka cepat memahaminya... Tapi apa pula tanggapan JAIS, Sibu? Meraka ini tidak jujur kepada agama kerana kononnya ada pihak tidak senang dengan kebenaran yang saya lontarkan lalu mereka terpaksa memanggil saya dan me"rehat"kan saya.... semua jadual saya berkhutbah di masjid ini ditamatkan... Siapa yang tidak senang kepada saya??? Pembuat maksiat..pencinta sekularisme.. orang politik yang sudah kehabisan modal untuk menipu rakyat?... who else??? Mereka inikah agaknya yang ditakuti JAIS, Sibu.

Mereka ini pembela apa? Agama? Bangsa? atau kepentingan diri sendiri? Anda boleh berfikir sendiri kerana banyak bentuk maksiat dan salah laku sosial di sini tidak diambil tindakan tegas. Bila hamba Allah SWT seperti saya secara individu menegur kemungkaran ini dari mimbar yang mulia, saya terus dianggap bersalah dan mengancam ketenteraman awam...

Keempat: Masa yang kian memburu: Beberapa kuliah saya di sekitar bandar Sibu ini terpaksa saya tangguhkan seketika kerana masa yang ada tidak mengizinkan saya meneruskan kuliah itu. Bukan kerana ada tekanan pihak lain yang menghalang saya untuk terus menyampaikan kuliah saya sejak akhir-akhir ini. Insya Allah SWT saya akan terus menyampaikan kuliah saya yang telah disusun oleh beberapa surau dan masjid. Saya tidak akan berhenti begitu saja melainkan pihak tuan yang mahu saya berhenti kerana tunduk kepada pihak yang tidak mahu saya di sini. Hanya beberapa surau saja yang kebetulan jadualnya saya agak kepenatan dan ada tugasan yang memerlukan kesegeraan saya di situ. saya berdoa sehingga habisnya tugasan saya dalam minggu ini; semuanya itu akan berjalan seperti sedia kala. Penangguhan ini tiada langsung dengan tekanan pihak lain... hanya kesibukan saya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?