Rakyat Di"Dahulukan!!!"?

Oleh isma daud

Saya benar-benar teruja mendengar slogan baru Kabinet Datuk Seri Najib ialah; "satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!"

Berdiri juga bulu roma ketika mendengar Najib memberi huraian mengenai harapannya kepada barisan Kabinetnya itu. Nampak kesungguhan dan ketulusan Najib yang mengharapkan menteri berkerja untuk rakyat dan mendahului rakyat dari segala-gala kepentingan lain.

Sepatutnya slogan Datuk Seri Najib yang baru diutarakan ini mestilah memperlihatkan contohnya daripada penampilan isterinya pada hari beliau mengumumkan slogan itu. Jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan betul. Nanti slogan itu entah ke mana-mana perginya. Akhirnya sejarah kerosakan dalam barisan kerajaan terdahulu akan berulang lagi dan jadi lebih buruk lagi. Gambaran awal ini sudah menunjukkan kepada rakyat PM gagal pada hari pertama untuk menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat untuk hidup besederhana dan isterinya benar-benar ingin mendokong inspirasi suami yang mahukan rakyat diutamakan.

Menonjolkan kekayaan dan kemewahan kepada rakyat pada hari kita dilantik menjadi orang pertama dalam negara yang sedang mengharungi detik sukar dengan keadaan ekonomi rakyat yang masih merudum dan politik negara yang belum stabil; adalah satu kesilapan yang seolah-olah terlepas pandang oleh PM sendiri sedang mulutnya melafazkan slogan perubahan dan rakyat didahulukan... Saya teringat slogan Tun Mahadthir dulu yang telah tinggal dalam lipatan sejarah apabila kerajaan diselaputi rasuah wang dalam parti dan negara dan amalan kronisme menjadi-jadi; Kepimpinan Melalui Teladan. Pemimpin kencing berdiri; rakyat kencing berlari. Rakyat itu mengikut agama pemerintah dan rajanya...

Harapan saya Pm dan barisan kabinetnya sempat sedar dan betul-betul memandu negara ini ke arah kesejahteraan rakyat malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?