Puak Ulama Suu' Sentiasa Diam Kepada Isu Songsang; Cepat-cepat bertindak kepada Yang Jujur dan Benar

isma daud.... Malam ni malas nak cerita pasal diri sendiri. Cukuplah layar blog lain sana sini... Saya malas nak ulas tindakan buat sekatan kepada saya untuk terus menyampaikan mesej Islam melalui mimbar khutbah; lalu dibina fitnah dan saya difatwakan membaca khutbah yang boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana tidak tenteram dalam masyarakat. Tapi apa ulsan puak-puak ni jika isu yang ditulis dalam blog al-banjari online ni...

Wa caya lu laa..AlFadil Sahibus Samahaha..Ostad Awie, wa pon rock beb !

Kah kah kah !! malam tadi aku nengok program mentor ni terbitan TV3 (dah takde citer nak tengok). Ada simamat Awie ni cakap dekat remaja yang tengah ujibakat kununnya saper penyanyi rock boleh masuk syurga. Fatwa baru dari Ustaz Rock Awie dan Mufti-mufti brand @#$! tolong nasihatkan kat Ustaz Awie ni jangan babitkan agama kalau anjur program maksiat sebegitu. Terpekik terlolong tiba2 pandai keluar fatwa agama. Geleng kepala aku dan isteri dengar Awie cakap macam tu.

Ustaz Awie cakap lebih kurang camni Seorang penyanyi rock seorang yang jujur, kebanyakkan penyanyi rock senang masuk syurga” .


Kenyataannya, kebanyakkan artis-artis sekarang ini hanyut terlalu jauh dan menyimpang dari agama namun mereka masih jadi idola masyarakat. Kenapa lah kurang sangat orang kita menyanjung ustaz serta para ilmuan. Adakah ini didorong oleh kuasa yang ada pada pihak pemimpin. Cara mereka mencorak masyarakat agar terus leka dan dibuai oleh kemaksiatan.



Nak harapkan para ustaz dan mufti-mufti jenama @#$! ni memang tak boleh nak harap. Tapi kalau politik mereka yang terkedepan. Pantang Ngeh baca ayat Quran berkokok sana berkokok sini, pantang Tok Guru keluar kenyataan sikit berciritbirit la puak-puak ni berdengung.. pantang Ayah Chik bagi statement sikit berminggu ulasan dikeluarkan, terus adakan mesyuarat keluar fatwa. Hebat sungguh para juak-juak ni.

Lagi satu ni, Rais Yatim tolonglah paling kurang pun hentikanlah program-program yang tak berfaedah seperti Akedemi Fantasi, Bintang RTM, Mentor, 1 in the million, cuba lihat yang joinnya orang melayu, habis rosak orang melayu dibuatnya. Buat dosa je. Kenapa tak diperbanyakkan program yang mencambah minda seperti Tanya Ustaz, Bicara Agama, lain-lain program yang membina bukan melalaikan serta membuang masa itu. Takut rakyat berpihak pada PAS ke! Alhamdullilah apa salahnya..(copy paste dari blog Nekad Islam)

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?