Penggunaan Produk Syubuhat

Salam Mohammad Hafeez Akmal; Assalamu alaikum w.m.t.!!!

Zaman sekarang ini terlalu banyak perkara yang syubuhat baik dalam makanan dan alat-alat atau bahan-bahan kegunaan harian.

Perkara pertama yang mesti kita faham bahawa adakah sesuatu najis itu 'aini ( zat asal) atau hukmi ( sudah hilang sifat asal tetapi dapat dikesan melalui zat, bau dan rasa) . Jika kita tidak dapat mengesan "zat, bau dan rasa" ; kita tidak wajib membasuhnya. Sebagai contoh ; "A" makan daging babi, memegangnya, memasakkanya atau menyuapkan dengan tangan. Tangan "A" nyata najis mungallazah. Dia mesti membasuhnya dengan sekali air tanah dan 6 kali air mutlak. Tapi "A" tidak bersuci tiba-tiba dia bertemu dengan anda lalu bersalaman dengan anda; apakah anda kena membasuhnya juga? Jawabnya tidak bukan? Tapi tangan "A" tetaplah najis kerana dia terkena "babi'. Sementara anda tidak terkena babi tapi kena tangan "A". Jadi anda tidak perlu basuh. Dan anda tidaklah pula dituntut bertanya kepada "A" adakah dia memegang babi sebelum ini.

Kecuali jika pada masa "A" makan babi, tangannya jelas pegang babi ; anda bersalam dengannya maka najis mughallazahlah tangan anda pada masa itu.

Namun jika kita tidak nampak zat, bau dan rasa pada tangannya dan kita tahu dia seorang makan babi. Maka kita masih boleh bersalam dengannya. Kedudukan najis "A" itu berterusan tapi tidak mewajibkan orang lain basuh kerana bersentuh dengannya.

Berbalik kepada barangan yang diragui atau diyakini ada asas campuran babi. Adakah ia najisnya pada zatnya dan penggunaannya? Jawapannya ialah ia seperti najis hukmi kerana kita tidak dapat mengesahkan zat atau sifatnya. Cuma kita ada keraguan samada ianya mengandungi campuran babi atau tidak? Jika kita yakin ada asas babi wajiblah kita meninggalkannya cuma keadaan zatnya dan sifatnya tidak dapat kita buktikan; kita tidak perlu membasuhnya. Cukuplah kita meninggalkannya.

Oleh kerana ia adalah najis yang kita ragu maka elakkanlah daripada menggunakannya bimbang ibadat kita tidak sah dan ditolak oleh Allah SWT.

Macam ustaz yang saudara tanya itu kata ibadatnya sah tapi kita bimbang ibadat itu tidak diterima oleh Allah SWT kerana Allah SWT akan menerima ibadat yang benar-benar suci baik suci zahir ataupun batin. Perkara syubuhat ini kita perlu kita tinggalkan kerana ia merosakkan kesucian ibadat dan merosakkan hati kita walaupun pada zahirnya kita boleh hukumkan bahawa ibadat itu sah.

Soalan 1;
1. ana pnah dngar org kata minyak wangi mahal yg thn lama ada lard (sejenis enzim babi). nk dijadikn crita, ana pnah bbrp kali menggunakan minyak wangi mahal ni (ayah bagi), dan ana tertanya2 - perlukah ana selidik balik dan cari mklumat mgenai minyak wangi yg ana pnah pakai tu samada ianya mngandungi babi ataupun tidak? adakah ana dtuntut utk mlakukan perkara tersebut? klu btullah hakikatnya mmg ada lard dlm minyak wangi tu, perlukah ana bersuci dgn cara basuhan naji mughallazah di anggota tempat ana ltak minyak wangi tu?


Dalam dunia bermaklumat sekarang ini wajib kita mencari maklumat kepada sesuatu barang yang kita gunakan. Lagipun maklumat itu semakin mudah untuk dicapai. Setelah kita selidik dan kenal pasti sifatnya maka wajiblah kita meninggalkannya. Tidak wajib membasuhnya.

Soalan 2;
2. ana juga pnah dngar dlm satu kuliah yg menyebut hati-hati dgn brg2 yg dperbuat drpd kulit, cthny sarung tgn besbol (utk tngkap bola besbol tu) mengandungi 95% kulit babi. dan ana jugak pnah gunakan bnde tu time sekolah dulu, sekali dua gitu. ana fikir, "ah sudah. nak kena cuci jugak ke ni?" . soalan ana sama jugak, adakah ana dtuntut utk selidik balik samada tersebut bnde tu mmg ada kulit babi? ataupun tinggalkan shj perasaan was2 dan bertanya2 ni, abaikan mklumat tersebut dan lain kali lebih berhati2 dlm soal ini?


Jika kita pada masa menggunakannya dapat kita sahkan bahawa ada tiga sifat tadi; maka wajiblah kita basuh. Namun jika pada andaian sahaja; maka ia juga jatuh dalam perkara syubuhat.

Namun apa yang saudara sebut bahawa saudara baru dengar kuliah agama; maka kejadian ini sudah lama berlalu masanya. Maka sikap saudara hanyalah abaikan saja macam saudara bersalam dengan "A" yang makan babi tadi.... Betullah kata saudara kita mesti berhati-hati agar kita tidak menggunakan sesuatu bahan atau barang melainkan kita yakin suci dan bersih.

Wajiblah kita bertaubat dan berdoa agar Allah SWT tidak menghukum kita atas perkara yang kita tidak ketahui. Mudah-mudahan Allah SWT memaafkan dan mengampukan kita atas perkara yang kita tidak mampu mengawalnya.

Soalan 3;
3. ana pnah tny sorg ustaz, adakah sah mandi wajib kita klu kita ada menanggung najis mughalllazah, mungkin krn memakai produk2 yg dikatakan mngandungi lard ataupun kulit babi td. dia kata mandi wajib tu sah, krn rukun menghilangkan najis drpd bdn time mandi wajib tu sbenarnya utk memastikan air rata ke seluruh badan, agar najis tersebut tidak menghalang air drpd sampai ke kulit. maka mandi wajib tetap sah. spjg pengetahuan ustaz pula, bagaimana mengenai perkara ni?

Saya bersetuju dengan ustaz ini.... Zahirnya adalah sah. Bagi orang yang warak dan menjaga hati pasti dia akan menjaga diri daripada menggunakan perkara yang syubuhat... bimbang Allah SWt menolak doanya dan amalannya sepertimana yang nabi sebut dalam sebuah hadis qudsi..." seorang lelaki yang berjalan jauh, kusut masai pakaiannya dan keadaan dirinya; sedangkan makanannya, minuman dan pakaiannya adalah haram, bagaimana Allah SWT memperkenankan doanya..?"

hrp ustaz bleh bntu, agar hati yg kacau bilau ni sekurg2nya tnang dan tak gelisah mmikirkan bnde2 yg dsebut td.

Semoga jawapan saya ini memuaskan dan menghilangkan keraguan dan kegelisahan dalam hati saudara. Berubahlah kepada menggunakan produk yang suci dan halal walaupun harganya lebih murah dan kurang berjenama. Lihatlah kepada kualiti sesuatu produk bukan pada jenamanya sahaja.

Ubahlah sikap daripada mengagungkan barangan barat dan berjenama sahaja kepada barangan yang baik dan halal. Insya Allah kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT dalam urusan kehidupan kita seharian.

Sekian, Wassalam!!!


Yang Ikhlas'

Ustaz Rosli Dhoby
(isma daud)

Comments

isma daud said…
Jawapan lanjutan; kepada persoalan..
Penggunaan Produk Syubuhat.

Sebagaimana najis hukmi yang lain; jika kita yakin akan ada zatnya, sifatnya; bau dan rasa... wajib basuh. Tapi Kalau kita buat andaian saja kewujudannya sedangkan kita ragu tidaklah wajib basuh. Sesuatu yang asal tiada ; dikira tiada. Basuh di sini ialah basuhan 1 kali air tanah, 6 kali air mutlak. Jika kita "ragu saja akan adanya bahan asas babi" kerana kita tidak pasti adanya. tidak payahlah kita basuh sebagaimana basuh najis mughallazah.

Biasanya dalam minyak wangi tertentu ada alkohol yang najis. Di sini memadai basuh dengan air mutlak sahaja.

Sementara itu perkara syubuhat itu mesti ditinggalkan terus agar kita tidak terus berada dalam keadaan was-was. Kaedah usul fiqh : "Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu".

Wallahu a'lam!!!


Yang ikhlas;

ustaz rosli dhoby ( isma daud )

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?