Jika Benar Benarlah Ia...

Oleh isma daud

Sejak tiga minggu; perasaanku, pemikiranku dibeban dengan tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh majikanku. Dan saya telah melaksanakannya dengan hati yang penuh sedar dan tidak berbelah bagi.... segalanya saya curahkan berdasar ilmu dan kefahaman saya dengan bimbingan dan hidayah Allah SWT. Dalam doa saya; saya bermohon kepadaNya agar Allah SWT membuka jalanNya buat saya.

Hari ini tugasan ini telah saya dan "pasukan saya" jayakannya... Alhamdulillah!!!

Dalam pada itu; saya juga menjalani tekanan daripada pihak yang tidak mahu saya menyampaikan khutbah; namun masih ada pihak yang terus memberi jalan kepada saya untuk berkhutbah. Khutbah akan terus saya sampaikan sebagai wadah menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Tiada siapa yang dapat merubah pendirian saya. Suara yang tegas dan berani akan saya teruskan sehingga pihak-pihak yang berqiblatkan kepada benda ini kecewa dan putus asa.

Esok (Jumaat/1 Mei 2009) saya berkhutbah lagi.

Semalam pula satu ceramah yang disampaikan oleh seorang penceramah jemputan, Al-Fadhil Ustaz Shahip Bin Adol, daripada UMS, Sabah dan beliau menyampaikan satu ceramah yang sebiji macam khutbah saya; bezanya khutbah dan ceramah. Pada awalnya beliau menceritakan alquran sebagai mukjizat yang kekal sepanjang zaman, mengimbau sejarah kegemilangan generasi al-Quran, era kejatuhan kerajaan Islam dan bangkitnya sekularisme dan mendatangkan penjelasan termasuk contoh dan bahayanya kepada umat Islam hari ini.

Yang menariknya beliau beberapa kali menyebut contoh tentang memakai "seluar pendek", budaya yang tidak selaras dengan ajaran Islam dan kewajiban umat Islam mempelajari al-quran. Bukan sahaja membacanya sahaja tetapi perlu kepada pemahaman dan penghayatan umat Islam. agar dengan itu umat Islam akan kembali mengecapi kegemilangan dan tidak dagang lagi...

Yang menariknya lagi; saya nampak imam masjid adalah tetamu yang datang dan dia pun saya rasa teringat akan khutbah saya agaknya...harapannya begitulah. Kalau sesuatu yang benar tu; benarlah!!! Semoga dia juga mendapat kefahaman dan keyakinan baru. Semoga pihak yang menafikan saya sebagai khatib akan mendapat hidayah dan mereka juga mahukan kebenaran itu...Ketahuilah bahawa "Inna halqa Haqqan,Wa Innal Baathila Bathilaa" - "Yang Benar itu tetap benar dan yang bathil itu tetap bathil".

Wallahu A'lam!!!.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?