Dari Kata Hati Ke Layar Blog: Benarkah Saya tidak disukai?

Oleh isma daud

20/04/2009 - Seorang ahli jamaah tempat saya sampai kuliah atau ceramah agama memberitahu saya bahawa seorang imam dan guru mengaji bila main badminton ada masa tapi bertugas di tempatnya tidak ada masa, pastu main badminton pakai seluar pendek. JAIS, Sibu tidak mahu panggil imam ni ke? Rupa-rupanya isu pakai seluar pendek ni panas ye?

Selingan;
Ustaz Muda ada tulis dekat blognya pasal imam dan tudung... klik [sini]

Dia juga bercerita imam dekat masjid kawasannya hanya muncul hari jumaat masa dia bertugas sahaja... hari lain dengan sangka baiknya berjamaah dekat kawasan lain... hari Jumaat pun pergi masjid lain...

Maka berkata JAIs kepada saya bahawa Sibu ni ada golongan majoriti maka dengan satu undi pun ia diisytiharkan menang. Ustaz kena terima hakikat tu lagipun apa yang ustaz sampaikan tidak menepati waqie (situasi) setempat...orang tidak boleh terima ustaz.

Tapi saya memetik satu e-mel kepada saya daripada waini raha, katanya ;

Assalammualaikum wbt,

Saya sering mengunjung blog ustaz, dan saya rasa ustaz amat prihatin dengan perkembangan ilmu agama untuk masyarakat sarawak. Tahniah saya ucapkan, kerana saya juga anak jati sarawak yang tidak mampu untuk memajukan minda masyarakat saya sendiri.

Memandangkan ustaz telah bermastautin agak lama di sarawak, saya rasa ustaz adalah sebahagian dr masyarakat sarawak juga.


Saya macam dengar tidak dengar bicara sindiran....rasa macam terdengar saja;

Apa punya khutbah; benda remeh macam tu buat masuk khutbah; bincanglah isu besar-besar sikit macamana nak tambah kekayaan dan pelaburan kat muka bumi ni agar lebih kaya lagi... baru nampak kemajuan sikit. Takda isu lain ni sehingga pasal orang bertanding quran dan seluar pendek nak jadi isu...

Sindiran ustaz JAIS, Sibu kepada saya sebelum-sebelum ni... dalam majlis berbagai :

Sindiran 1 : " Khutbah dah elok dah tapi panjang sangat... " Bahasa lainnya : "Kami sibuk, banyak lagi masalah kami belum dapat di selesaikan.

Sindiran 2 : " Sebab orang tak ramai kuliah ustaz sebab orang kurang faham bahasa ustaz..." Dalam bahasa lain; berhentilah kalau orang tidak suka.

Sindiran 3 : " Baguslah kerja ustaz tu, orang ramai boleh tumpang ilmu ustaz..." Dalam bahasa lain, syukurlah kami tidak payah buat kerja tu lagi pula percuama tanpa bayaran. Kami tidak ceramah free ni...

Dalam Ijtimak Guru-Guru Islam Sibu, pegawainya yang diundang berkata; " Kami sangat memerlukan bantuan ustaz-ustaz di Sibu untuk memajukan lagi usaha dakwah di Bumi sibu ini ".

Tapi semuanya itu tinggal impian sahaja kerana mereka sendiri tiada keberanian untuk kedepan dalam isu-isu masyarakat Islam dan kepincangannya dengan berselindung di sebalik alasan seperti kami ni hanya minoriti, tidak cukup kaki tangan... tapi saya perhatikan mereka ini ada masa berjual kuih siang dan malam, melibatkan diri dalam MLM... yang mereka tidak terlibat atau terlibat sekali sekala ialah amal jamaie, kuliah agama mingguan, solat berjamaah di masjid surau... "letih benar agaknya".

Kalau kita tidak mampu buat, jangan halang orang lain buat...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?