Dana Wakaf Surau SMK Rosli Dhoby Terus Bertambah; Terima Kasih GPI& j-QAF Bahagian Sibu.

Oleh isma daud

04 MAC 2009

Ijtimak GPI&J-QAF.

Semalam berlangsung satu Ijtimak Guru-guru Pendidikan Islam Kali ke 2, Ijtimak kali ini dapat menghimpunkankan lebih 200 orang guru GPI dan J-QAF di Kingwood Hotel yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Azhar bin Hj Ahmad yang mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, JPN Sarawak. Di antara tetamu dan penceramah jemputan yang hadir ialah Yang Berbahagia Ust Mual Bin Suaud; JAIS, Sibu , Puan Malsiah binti Jamal; Timbalan Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah Sibu dan kaunselor Hj. Bugin. Turut Hadir ialah Tuan Hj Zaini bin Hasbollah yang diundang untuk membicarakan tentang PEKDIS.

Saya tidak mahu mengulas tentang ijtimak ini. Namun apa yang saya nampak betapa ramainya guru GPI&J-QAf. Saya harap penduduk Sibu dapat mengesan kewujudan mereka di kawasan mereka dan memanfaatkan mereka dalam program-program keagamaan dan kemasyarakatan. Saya harap GPI&J-QAF tidak mensia-siakan peluang mereka untuk berdakwah kepada masyarakat sekitar mereka dan bukan hanya datang memenuhi tuntutan makan gaji sambil melancung sementara mahu tunggu masa untuk balik Semenanjung semata-mata.

Ubahlah persepsi dan cara fikir kita. Betapa hebatnya gelaran anda iaitu seorang "ustaz/ustazah" yang bukan hanya untuk memenuhi perjawatan awam tetapi lebih daripada itu kerana anda semua adalah pewaris para nabi untuk mengajak manusia kepada mengenal Allah SWT, lalu menyembah dan mengesakanNya seterusnya menentang segala bentuk taghut yang ada dalam masyarakat...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan sekalung tahniah kepada kepada pasukan "think-tank" dan semua AJK yang bertungkus lumus bagi menjayakan ijtimak pada kali ini.

Dana Surau An-Nadwah (SMK Rosli Dhoby) , Sibu.

Dana derma kepada Surau SMK Rosli Dhoby terus bertambah.

Dalam majlis ini saya sekali lagi mengambil kesempatan untuk mendapatkan dana surau Rosli dhoby, Sibu. Sekali lagi saya lancarkan kutipan derma wakaf ini. Hasil keihlasan semua tetamu yang hadir dalam majlis ini mereka sekali lagi menghulurkan sumbangan hari ini setelah melakukannya pada hari yang lalu dalam MTQ Bahagian Sibu. Mereka yang hadir hari ini adalah orang yang sama saja.

Hasil kutipan derma hari ini sebanyak RM305.80 sahaja.

Saya mewakili warga SMK Rosli Dhoby mengucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah SWT jua yang akan membalas segala kebaikan dan kebajikan yang telah semua hulurkan.


03 MAC 2009


Untuk hari ini RM307.00 dapat dikumpul. Jumlah sumbangan hari ini datangnya daripada warga pendidikan dan peserta MTQ Bahagian Sibu yang berkumpul di majlis perasmian penutupan MTQ tersebut. Dua hari lalu; sebanyak RM300.25 dapat dikumpulkan. Sehingga kini jumlah derma yang dapat dikumpul ialah RM4622.00.

Sekalung penghargaan kepada semua penyumbang dan penderma yang ikhlas kerana menyokong usaha kami warga SMK Rosli Dhoby membina sendiri anjung surau ini.

Dan sejumlah dana ini telah dibelanjakan untuk proses pembinaan yang akan diadakan esok (Sabtu; 4/4/2009) secara gotong-royong. Sebahagian kerja telah dijalankan secara beransur-ansur mengikut keupayaan dana yang kita ada.

Diharapkan lebih ramai yang berminat untuk menyumbang kepada dana surau SMK Rosli Dhoby yang dibina secara konsep ta'awun dan gotong-royong tanpa mengharap bantuan kerajaan maupun orang politik...

Sehingga kini usaha pembinaan pembinaan telah dimulakan.

Kepada pengunjung blog ini yang mungkin mahu menanam sumbangan khairat dan mempermudahkan lagi proses pembinaan ini bolehlan menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut ;

NAMA AKAUN : BADAN AGAMA ISLAM (BADAI).

NAMA BANK : CIMB ISLAMIK BANK.

NO AKAUN : 1107-0000476-20-4.



Juga saya mewakili warga SMK Rosli Dhoby mengucapkan jazakumullahu khairal jazaa' kepada saudara Hasbullah Pit kerana turut menghebahkan tentang dana surau ini dalam blognya. Terima Kasih!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?