Posts

Showing posts from April, 2009

Jika Benar Benarlah Ia...

Oleh isma daud Sejak tiga minggu; perasaanku, pemikiranku dibeban dengan tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh majikanku. Dan saya telah melaksanakannya dengan hati yang penuh sedar dan tidak berbelah bagi.... segalanya saya curahkan berdasar ilmu dan kefahaman saya dengan bimbingan dan hidayah Allah SWT. Dalam doa saya; saya bermohon kepadaNya agar Allah SWT membuka jalanNya buat saya. Hari ini tugasan ini telah saya dan "pasukan saya" jayakannya... Alhamdulillah!!! Dalam pada itu; saya juga menjalani tekanan daripada pihak yang tidak mahu saya menyampaikan khutbah; namun masih ada pihak yang terus memberi jalan kepada saya untuk berkhutbah. Khutbah akan terus saya sampaikan sebagai wadah menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Tiada siapa yang dapat merubah pendirian saya. Suara yang tegas dan berani akan saya teruskan sehingga pihak-pihak yang berqiblatkan kepada benda ini kecewa dan putus asa. Esok (Jumaat/1 Mei 2009) saya berkhutbah lagi. Semalam pula satu cer

Menjaga Alam Sekitar Tanda Iman

Image
Oleh isma daud Petang tadi saya dijemput untuk menyampaikan kuliah tafsir di kelas anjuran Urusetia Saudara Baru Kita, Hikmah, sibu; yang mana turut dihadiri oleh saudara baru yang baru menganut Islam sejak tiga minggu yang lalu. Dalam kuliah petang ini saya membicarakan persoalan iman sebagai asas penerimaan Allah SWT kepada seluruh amal ibadah kita. Tanpa iman maka seluruh kebajikan kita akan tertolak dan menjadi sia-sia sahaja. Di antara tanda beriman ialah kita menghubungkan diri kita dengan Allah SWT yang mencipta kita dan alam maya ini. Allah swt mencipta kita dan alam ini dengan kebijaksanaanNya dan kasih sayangNya. Sebab itu Allah SWT sangat murka kepada kita jika kita mengkhianati diri kita sendiri seperti kita melakukan kerosakkan kepada akal, tubuh badan, ruh dan jiwa, nasab keturunan maupun agama yang fitrah yang diredhai oleh Allah SWT. Allah SWT juga sangat murka jika kita melakukan kerosakkan atas muka bumi ini seperti mencemarkan alam ini dengan pelbagai pencemaran sa

Status Agama Kanak-Kanak apabila Ibu atau Bapa Menukar Agama

Syeikh Teluk Intan menulis; Fatwa Terbaru Kabinet Tuan Haji Najib!!! Mungkin kawan-kawan dah tahu tentang fatwa kabinet Tuan Haji Najib yang terbaru. Kalau tak tahu silalah baca berita yang teman kutip kat Berita Hairan hari ini seperti di bawah ini. KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah,terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil. "Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Bagi pasangan yang bercadang menukar agama, mereka sepatutnya menyelesaikan terlebih dulu s

Saya Sedikit Kepenatan....

Oleh isma daud Dua minggu mutakhir ini saya sedikit kepenatan dengan tanggungjawab yang bertambah. Semuanya berjalan dan berlaku serentak dan bertimpa-timpa.... Pertama ; Amanah kerja!!! Amanah yang diberikan oleh jabatan kepada saya dalam beberapa tugasan baik di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Ini menyebabkan saya rasa sedikit tertekan kerana ianya ada "dateline" yang perlu saya siapkan. Syukurlah saya ada rakan-rakan sekerja yang komited dengan kerja dan sanggup bekorban masa dan tenaga membantu saya. Saya bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah SWT dengan kehadiran teman-teman seperjuangan mengharungi detik mencabar ini. Kedua : Pembinaan surau An-Nadwah terus berjalan walaupun agak perlahan kerana terlalu banyak komitmen yang ditagihkan. Sehingga kini ada beberapa pihak yang menghantar emel untuk memasukkan derma dan sumbangan ikhlas tetapi belum nampak hasilnya. Saya berharap mereka ini bertanggungjawab atas apa yang mereka janjikan. Bebarapa orang ada meminta n

Dari Kata Hati Ke Layar Blog: Benarkah Saya tidak disukai?

Oleh isma daud 20/04/2009 - Seorang ahli jamaah tempat saya sampai kuliah atau ceramah agama memberitahu saya bahawa seorang imam dan guru mengaji bila main badminton ada masa tapi bertugas di tempatnya tidak ada masa, pastu main badminton pakai seluar pendek. JAIS, Sibu tidak mahu panggil imam ni ke? Rupa-rupanya isu pakai seluar pendek ni panas ye? Selingan; Ustaz Muda ada tulis dekat blognya pasal imam dan tudung... klik [sini] Dia juga bercerita imam dekat masjid kawasannya hanya muncul hari jumaat masa dia bertugas sahaja... hari lain dengan sangka baiknya berjamaah dekat kawasan lain... hari Jumaat pun pergi masjid lain... Maka berkata JAIs kepada saya bahawa Sibu ni ada golongan majoriti maka dengan satu undi pun ia diisytiharkan menang. Ustaz kena terima hakikat tu lagipun apa yang ustaz sampaikan tidak menepati waqie (situasi) setempat...orang tidak boleh terima ustaz. Tapi saya memetik satu e-mel kepada saya daripada waini raha , katanya ; Assalammualaikum wbt, Saya serin

Puak Ulama Suu' Sentiasa Diam Kepada Isu Songsang; Cepat-cepat bertindak kepada Yang Jujur dan Benar

Image
isma daud.... Malam ni malas nak cerita pasal diri sendiri. Cukuplah layar blog lain sana sini... Saya malas nak ulas tindakan buat sekatan kepada saya untuk terus menyampaikan mesej Islam melalui mimbar khutbah; lalu dibina fitnah dan saya difatwakan membaca khutbah yang boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana tidak tenteram dalam masyarakat. Tapi apa ulsan puak-puak ni jika isu yang ditulis dalam blog al-banjari online ni... Wa caya lu laa..AlFadil Sahibus Samahaha..Ostad Awie, wa pon rock beb ! Kah kah kah !! malam tadi aku nengok program mentor ni terbitan TV3 (dah takde citer nak tengok). Ada simamat Awie ni cakap dekat remaja yang tengah ujibakat kununnya saper penyanyi rock boleh masuk syurga. Fatwa baru dari Ustaz Rock Awie dan Mufti-mufti brand @#$! tolong nasihatkan kat Ustaz Awie ni jangan babitkan agama kalau anjur program maksiat sebegitu. Terpekik terlolong tiba2 pandai keluar fatwa agama. Geleng kepala aku dan isteri dengar Awie cakap macam tu. Ustaz Awie cakap l

Semua Kuliah Diteruskan macam Biasa

Oleh isma daud Tiada apa yang dapat menghalang kerja-kerja dakwah. Beberapa imam dan JK surau dan masjid terus memberi keyakinan kepada saya bahawa saya akan terus diberi peluang berkhutbah dan memyampaikan kuliah. "Sabar Ustaz, kami sentiasa menanti-nanti kedatangan ustaz". Saya teringat semasa saya selesai mengimamkan solat jumaat beberapa orang penting terus berkumpul disaf pertama tanpa bersalaman dengan saya dan ada ditengah mereka orang JAIS dan dia saya fikir pencetus sebenar yang membakar rasa marah ahli jamaah yang konon-konon khutbah saya mencetus rasa tidak aman kepada ahli masyarakat kerana menyentuh persoalan "sekularisme" semasa berkhutbah. Mungkin JAIS, Sibu mahu jadi juara kerja maksiat kerana terpaksa tunduk kepada golongan arahan supaya saya direhatkan daripada terus dijemput berkhutbah di Masjid An-Nur, Sibu. Kesalahan saya hanyalah kerana berani menegur maksiat dan membuka daya fikir masyarakat akan bahayanya sekularisme dan membiarkan maksiat t

Terima Kasih Atas Sokongan Tuan....

Blog Asal : Risalah kebenaran: Terimalah walaupun ianya pahit Kenapa bila ada seseorang yang cuba mengajak tentang perkara-perkara kebaikan wujudnya pula penentangan. Masyarakat Islam Sibu seharusnya banyak bermuhasabah diri bahawa sesuatu kebaikan itu memang sukar untuk kita terima. Apatah lagi bila sesuatu itu telah menjadi suatu kebiasaan bagi kita dan telah pula menjadi suatu budaya dalam kehidupan kita. Hari ini teman terima sms dari seorang sahabat yang sangat ingin melihat Islam subur di bumi Sibu dan nilai-nilai Islam itu menjadi budaya dalam cara hidup masyarakat Islam Sibu. "Saya di"rehat"kan drpd membaca khutbah kerana "suara majoriti orang SIBU" sukakan sekularisme . Inilah alasan yg diberikan JAIS wlpn mengakui khutbah saya tidak ada salah apa2.." Sungguh malanglah bagi masyarakat Islam Sibu bilamana adanya guru-guru agama yang aktif menyampaikan risalah Islam dibisukan.. Teman difahamkan ada terdapat lebih 200 orang guru agama di sekitar

Harinya Sudah Tiba... Ujian Datang Juga

Oleh isma daud Dua tiga hari juga saya tidak sempat menjenguk laman blog saya. Agak sibuk sedikit mutakhir ini dengan tugasan yang dibebankan di bahu ini. Dalam keadaan itu Allah mentakdirkan saya untuk menyampaikan khutbah jumaat (tanpa teks) di Masjid an-Nur, Sibu. Maka terpancullah di mulut saya persoalan "Ubudiyyah Kepada Allah SWT" melalui ayat; 73, Surah Al-Anbiyaa'. وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ Maksudnya: "Dan Kami jadikan mereka (Nabi-nabi dan Rasul-rasul) sebagai pemimpin yang mereka itu mendapat pimpinan hidayah dengan perintah kami, dan Kami wahyukan kepada mereka pekerjaan yang baik-baik, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. (Dengan mereka berbuat demikian) Jadilah mereka itu hamba-hamba yang benar-benar menyerah diri kepada Kami" . Surah Al-Anbiyaa'; ayat 73. Lanjutan ayat ini secara ringkasnya; saya membangkit

Nyanyian Rock, Mengalir Air Mata Saya.. MB Kelantan

Image
BY AsyokKumar KOTA BHARU, April 11, 2009: MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian ikon rock negara Amy Saerch, terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. "Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya. Demikian menurut BERNAMA hari ini. Datuk Nik Abdul Aziz (tengah) bersama Amy Search (kanan) dan Renggo (kiri). Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keIslaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. "Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya. Sementara itu, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pem

Kamus Arab al-Munjid agenda Kristian, Yahudi kelirukan ummah

Image
Oleh Ibrahim Abdullah TAHUKAH anda, kamus Arab tersohor sedunia al-Munjid disusun oleh dua orang pendeta (rahib) Katolik? Kamus itu dianggap paling lengkap dan komperensif, yang dihiasi gambar, yang dijadikan kamus utama di pelbagai kampus Islam dan pondok seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam menggunakan kamus al-Munjid ini tanpa disedari mereka. Penyusun kamus ini terdiri daripada dua orang pendeta Katolik bernama Fr Louis Ma'luf al-Yassu'i dan Fr Bernard Tottel al-Yassu'i. Kamus berkenaan dicetak, diterbit dan diedarkan oleh sebuah percetakan Katolik sejak tahun 1908. Penggunaan Kamus al-Munjid yang sudah sekian lama dan masih digunakan sampai sekarang bukanlah tanpa penentangan dan cabaran. Sebahagian ulama menganggap kamus itu adalah sebahagian daripada gerakan orientalis yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap dunia Islam. Sekurang-kurangnya ada dua kitab yang ditulis ulama Islam yang menentang terhadap isi dan kandungan yang terdapat dalam Kamus al-Munjid, iait

Rakyat Di"Dahulukan!!!"?

Image
Oleh isma daud Saya benar-benar teruja mendengar slogan baru Kabinet Datuk Seri Najib ialah; " satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan! " Berdiri juga bulu roma ketika mendengar Najib memberi huraian mengenai harapannya kepada barisan Kabinetnya itu. Nampak kesungguhan dan ketulusan Najib yang mengharapkan menteri berkerja untuk rakyat dan mendahului rakyat dari segala-gala kepentingan lain. Sepatutnya slogan Datuk Seri Najib yang baru diutarakan ini mestilah memperlihatkan contohnya daripada penampilan isterinya pada hari beliau mengumumkan slogan itu. Jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan betul. Nanti slogan itu entah ke mana-mana perginya. Akhirnya sejarah kerosakan dalam barisan kerajaan terdahulu akan berulang lagi dan jadi lebih buruk lagi. Gambaran awal ini sudah menunjukkan kepada rakyat PM gagal pada hari pertama untuk menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat untuk hidup besederhana dan isterinya benar-benar ingin mendokong inspirasi suami ya

Bila Hijau Dipilih !!!

Oleh isma daud Apabila menyemak barisan kabinet yang diperkenalkan oleh PM sejak jam 3:00 ptg 09/04/2009; saya tertarik dengan satu Kementerian iaitu "Kementerian Teknologi Hijau". Tertanya juga saya apa maksud dan tugasan kementerian ini. Tapi kenapa pula hijau? Biasanya sesetengah orang fobia sebut warna hijau. Pernah dulu bila pengetua sekolah mengecat bangunan sekolah dengan warna hijau; ada pihak mengarah supaya ditukar warna hijau itu... Jika ada masjid yang dicap hijau diarah tukar warnanya..... kalau atap hijau mesti tukar atap tu ke warna biru. Begitu hebat penangan hijau sehingga sesetengah orang fobia sangat dengan warna hijau... peliknya kali ini PM berminat dengan hijau ni.... Saya perhatikan pun PM acap kali guna baju melayu hijau... Harap selepas ini orang lebih peka dengan warna hijau kerana warna hijau ini warna ketenangan dan bersih. Jelasnya hijau ini warna sarwajagat bukan milik sesiapa tertentu sahaja. Dalam saya memikirkan untuk berceloteh tentang kement

Barisan Anggota Kabinet 2009

Image
Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya. Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam Timbalan-timbalan menteri: Datuk Liew Vui Keong Datuk Dr Mashitah Ibrahim Datuk SK Devamany Ahmad Maslan T Murugiah Menteri kewangan I Datuk Seri Najib Razak Menteri kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung (timbalan) Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan) Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan) Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan) Menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan) Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbala

Barisan Kabinet Terbaru Ustaz Rosli Dhoby

Image
BismiLLAHirrahmanir rahim.. ( tak semena2 terjumpa sajak penuh makna ini . Khas buat isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang ) Isteriku... Apabila kusentuh telapak tanganmu... Ku usap-usap, ianya semakin kasar dan keras.... Apabila kurenung wajahmu.... Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu... Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat.... Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing.. . Aku terpana dek munajatmu yang syahdu. Isteriku... Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping... Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka.. Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu. ... Hanyasanya untuk Islam... Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti... Pelbagai hiasan yang indah... Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas... Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan... Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama... Kau umpama ladang ummah... Kau menginfa'kan seluruh jiwa da

Tinggalkan Perkara Syubuhat

Jawapan lanjutan; kepada persoalan.. Penggunaan Produk Syubuhat . Sebagaimana najis hukmi yang lain; jika kita yakin akan ada zatnya, sifatnya; bau dan rasa... wajib basuh. Tapi Kalau kita buat andaian saja kewujudannya sedangkan kita ragu tidaklah wajib basuh. Sesuatu yang asal tiada ; dikira tiada. Basuh di sini ialah basuhan 1 kali air tanah, 6 kali air mutlak. Jika kita "ragu saja akan adanya bahan asas babi" kerana kita tidak pasti adanya. tidak payahlah kita basuh sebagaimana basuh najis mughallazah. Biasanya dalam minyak wangi tertentu ada alkohol yang najis. Di sini memadai basuh dengan air mutlak sahaja. Sementara itu perkara syubuhat itu mesti ditinggalkan terus agar kita tidak terus berada dalam keadaan was-was. Kaedah usul fiqh : "Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu". Wallahu a'lam!!! Yang ikhlas; ustaz rosli dhoby ( isma daud ) 2009/4/6 mohammad hafeez akmal wsalam ustaz. jadi, stela

Penggunaan Produk Syubuhat

Salam Mohammad Hafeez Akmal; Assalamu alaikum w.m.t.!!! Zaman sekarang ini terlalu banyak perkara yang syubuhat baik dalam makanan dan alat-alat atau bahan-bahan kegunaan harian. Perkara pertama yang mesti kita faham bahawa adakah sesuatu najis itu 'aini ( zat asal) atau hukmi ( sudah hilang sifat asal tetapi dapat dikesan melalui zat, bau dan rasa) . Jika kita tidak dapat mengesan "zat, bau dan rasa" ; kita tidak wajib membasuhnya. Sebagai contoh ; "A" makan daging babi, memegangnya, memasakkanya atau menyuapkan dengan tangan. Tangan "A" nyata najis mungallazah. Dia mesti membasuhnya dengan sekali air tanah dan 6 kali air mutlak. Tapi "A" tidak bersuci tiba-tiba dia bertemu dengan anda lalu bersalaman dengan anda; apakah anda kena membasuhnya juga? Jawabnya tidak bukan? Tapi tangan "A" tetaplah najis kerana dia terkena "babi'. Sementara anda tidak terkena babi tapi kena tangan "A". Jadi anda tidak perlu basuh. Da

Siapa wanita pertama dunia paling menarik?

Image
Oleh isma daud Dalam persidangan G20. Ada sesuatu yang boleh kita buat penilaian. Dalam sebaris isteri pemimpin dunia bergambar, muncul soalan siapa di antara mereka yang paling menarik ? Who's the most stylish G20 wife? (listed from left in above picture) Ban Soon Taek, wife of UN Secretary-General Ban Ki-moon Chikako Aso, wife of Japanese Prime Minister Taro Aso Laureen Harper, wife of Canadian Prime Minister Stephen Harper Gursharan Kaur, wife of Indian Prime Minister Manmohan Singh Michelle Obama, first lady of the USA Kim Yoon-ok, First Lady of Korea Sarah Brown, wife of the British Prime Minister Margarita Zavala, First Lady of Mexico Svetlana Medvedeva, wife of Russian President Dmitry Medvedev Emine Erdogan, wife of Turkish Prime Minister Tayyip Erdogan Margarida Barroso, wife of Jose Manuel Barroso President of the European Commission Therese Rein, wife of Australian Prime Minister Kevin Rudd Dr Pimpen Vejjajiva, wife of Thai Prime Minister Abhisit Vejjajiva Pilihan Saya

Aktiviti Hujung Minggu

Image
Oleh isma daud Aktiviti 1: Ke Bukit Aup, Sibu Aktiviti 2 Artikel ehsan blog; destinasiku ; Gotong royong di Surau An Nadwah Sabtu 4 April 2009, J/Kuasa Surau An Nadwah telah menganjurkan majlis gotong royong bagi menyiapkan kerja-kerja pembesaran surau. Guru-guru dan kakitangan Islam SMKRD ramai yang hadir. Teman rasa berbangga walaupun ini bukanlah tugas rasmi, guru-guru dan kakitangan SMKRD telah menunjukkan satu sikap terpuji kerana dapat mengetepikan urusan-urusan peribadi mereka. Gambar-gambar sekitar gotong royong; Ustaz Rosli Dhoby sedang "pasak bumi" Berta'awun Dan Bergotong-royong Buat laluan baru Bagi tujuan membesarkan surau ini kos pembinaannya dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan ikhlas dari penderma-penderma perseorangan, ahli kariah surau dan masjid dan terbaru kutipan semasa MTQ sekolah-sekolah daerah Sibu. Alhamdulillah sumbangan yang diterima oleh Surau An Nadwah amat menggalakkan. Semoga bila siapnya projek pembesaran surau ini nanti pelbagai aktiviti

Dana Wakaf Surau SMK Rosli Dhoby Terus Bertambah; Terima Kasih GPI& j-QAF Bahagian Sibu.

Image
Oleh isma daud 04 MAC 2009 Ijtimak GPI&J-QAF. Semalam berlangsung satu Ijtimak Guru-guru Pendidikan Islam Kali ke 2 , Ijtimak kali ini dapat menghimpunkankan lebih 200 orang guru GPI dan J-QAF di Kingwood Hotel yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Azhar bin Hj Ahmad yang mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, JPN Sarawak. Di antara tetamu dan penceramah jemputan yang hadir ialah Yang Berbahagia Ust Mual Bin Suaud; JAIS, Sibu , Puan Malsiah binti Jamal; Timbalan Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah Sibu dan kaunselor Hj. Bugin. Turut Hadir ialah Tuan Hj Zaini bin Hasbollah yang diundang untuk membicarakan tentang PEKDIS. Saya tidak mahu mengulas tentang ijtimak ini. Namun apa yang saya nampak betapa ramainya guru GPI&J-QAf. Saya harap penduduk Sibu dapat mengesan kewujudan mereka di kawasan mereka dan memanfaatkan mereka dalam program-program keagamaan dan kemasyarakatan. Saya harap GPI&J-QAF tidak mensia-siakan peluang mereka untuk berdakwah kepada masyarakat sek