Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Sunday, March 15, 2009

Ustaz Rosli Dhoby Berada di Terengganu

isma daud

15/03/2009

Petang ini masih ada kuliah saya dengan pihak Hikmah, Sibu. Selesai sahaja kuliah tafsir petang nanti saya akan bergegas ke airport pula untuk kembali ke Terengganu sehingga hujung minggu ini. Saya balik ke Terengganu atas hal peribadi.

Semenjak berada di Sibu, Sarawak inilah kali pertama balik tanpa anak dan isteri. Saya kalau balik tidak akan balik keseorangan; tapi kali ini lain sikit. Balik pun tiada dalam perancangan awal.

Penerbangan dari Sibu ke Kuala Lumpur mula jam 9.00 malam.

Terima kasih kepada Ustaz Mohammad bin Abdullah kerana menghantar saya ke Airport Sibu.


16/03/2009

Catatan sebelum berangkat ke Kuala Terengganu

Buat pertama kali juga saya balik menggunakan Air-Asia dengan bermalam di Terminal Airport LCCT/KLCC; sampai di sini sekitar jam 11.oo malam dan akan menyambung perjalanan ke Kuala Terengganu jam 7.05pagi/16-3-09. Tersengguk-sengguk juga saya di atas kerusi menunggu pagi. Tidur-tidur ayam begitu.

Tengah lesu-lesu tu; tetiba ayah mentua saya beritahu melalui talian telefon, salah seorang ahli keluarga saya meninggal dunia jam 10.00 malam.

Kepada isteri dan anak-anak; harap sabar menunggu kepulangan abah ke Sibu nanti. Jangan nakal, degil dan jaga diri selalu. Dengar kata ummi ye...

Salam!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails