Sebuah Sketsa : Lelaki Panas Baran

Oleh isma daud

Malam ni saya tidak menyampaikan kuliah walaupun sepatutnya saya kena berkuliah di sebuah masjid dekat Sibu ni. Nampaknya pada malam ini saya perlu melayan kerenah anak-anak dan isteri saya. Anak-anak mengadu banyak keperluan persekolahan mereka yang diperlukan pada hari esoknya. Setiap orang ada permintaannya. Nak tak nak saya perlu memenuhi keperluan keluarga mengatasi keperluan ahli masyarakat pada malam ini.

Isteri saya juga malam ni mahu saya berada di rumah. Pengalaman dimarahi oleh seorang lelaki yang tiba-tiba keluar daripada keretanya dan memanggil isteri saya; lalu dimarahinya sewaktu menghantar anak ke tadika pagi tadi masik mengusik hatinya. Apa punya lelakilah dengan orang perempuan pun boleh berkasar. Isteri saya meletakkan kereta ditempat yang biasa tetapi lelaki yang kali pertama isteri saya tengok menghantar anaknya ke tadika ini. Entah apa angin yang merasuk lelaki ini, dia keluar dan memanggil isteri saya dengan kurang sopan dan memarahinya. Lelaki ini tidak senang kerana merasakan isteri saya tidak patut meletakkan kereta yang mungkin dia berniat untuk meletakkan kereta di tempat yang sama. Mana ada tulis nama di tepi jalan tu bahawa kereta tertentu saja yang berhak diletakkan di situ.

Sebenarnya lelaki ini bengang dengan anaknya yang mengamuk tidak mahu masuk ke kawasan tadika; tapi masalahnya itu tidak mewajarkannya untuk memarahi isteri saya. Dia merasakan dia terpaksa pimpin anaknya itu berjalan lebih jauh agaknya. Jadi itulah sebabnya dia nak letak kereta dekat dengan pintu masuk tadika. Dengan sekecil masalaah itu lelaki ini tidak dapat mengawal emosinya dan merasa puas dapat marah orang biarpun orang itu tidak dikenalinya.

Yalah ; isterinya ni pun boleh tahan mulutnya.... tidak sempat habis lelaki ini membebel, isteri saya cepat menjawab kata-katanya. Terpinga lelaki itu dan terus diam. Dia mula sedar dan malu sendiri... Dia ingat dia lelaki boleh buli orang perempuan begitu saja. Sebenarnya saya sokong apa yang dibuat oleh isteri saya. Lelaki sebegini sebenarnya sanyat lemah. Dia ingat keretanya lebih besar, dia ada anak merajuk, dia sudah ada kelebihan dan masalahnya seolah sebesar bukit; dia boleh marah-marah begitu saja...

Lelaki ini adalah satu contoh lelaki lemah dan tiada keyakinan diri.

Lepas itu; isteri saya bercerita; lelaki itu bukan saja panas baran dengan kerenah anaknya bahkan tidak semena-mena memarahi guru tadika supaya mengambil segera anaknya. "Nah! Ambil buat masuk ke dalam".

Sambil memandang kepada saya isteri saya mengetapkan bibirnya tanda kesal dengan apa yang terjadi.

Saya hanya berkata : "Sabarlah Sayang... tapi abang respek kat sayang kerana dapat meleburkan ego dan bongkak lelaki itu. Terus lebur dek rasa bersalah...".

Sebenarnya isteri saya ni seorang yang tidak banyak mulut dan pendiam orangnya. Tidak sangka dia dapat menggunakan kebijaksanaannya tepat pada masanya...

Abang Cayalah Sayang!!!

Comments

zool said…
Wah.. Sekarang ni dunia banyak tekanan.. Kadang2 manusia yang baik boleh jadi jahat..

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?