Nik Nur Madihah - BEST STUDENT MALAYSIA - ref malaysiakini

klt000018411
(kredit untuk Hafiz Johari - Photographer Utusan)

Siapa Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ???????

Bangsawan..anak Tan Sri..cucu Datuk..saudara golongan Elit..waris Ahli Parlimen..sepupu Ahli Dewan Undangan Negeri..

Dia hanya menumpang kasih sementara berkesempatan pada ibunya, seorang Tukang Sapu..bapanya seorang Nelayan..

Dengan rumah yang boleh dianggap pondok, Nik Nur Madihah mampu memanipulasikan nikmat ciptaan Tuhan..kepandaian yang ada..mengembeleng keringat..memperoleh keputusan SPM 20 A…(19 A1, 1 A2).

Hidup serba kekurangan, tanpa suapan kemewahan, tanpa dilimpahi kekayaan wang ringgit..mampu mencernakan kejayaan gemilang dalam sejarah pendidikan di Tanah Melayu, tersohor dengan nama Malaysia..

klt000018405


Pelajar Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan ini menjadikan ruang tamu yang sempit di rumahnya sebagai tempat inspirasi..titis hujan mengenai atap zink rumahnya sebagai muzik penenang jiwa..alunan angin menghembus sebagai ‘kipas’ tatkala jasad dijamah bahang..

Belanja sehari..RM5..Tambang bas RM4..lebihnya RM1..

“Makan roti saya tiap-tiap hari di sekolah..di rumah, dapat makan nasi dengan telur, pun saya telan,” katanya dengan tenang.. dah la.. sedih wei nak cerita pasal nih.. dapatkan naskah Kosmo! Ahad, baca garapan nukilan Khairi Mohamad... - Blog Cabuk

Comments

assalamualaikum.....tahiniah buat junior maahad...

kdg2 kesusahan adalag baik utk kita.....sebab saya sbg guru melihat..ramai budak2 melayu hanyut dgn kemewahan yg diberikan...contohnya pelajar kwsn felda...
isma daud said…
Nur Madihah sembahyang istikharah tentukan pilihan

KOTA BHARU – “Saya akan sembahyang istikharah untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah bagi membuat pilihan terbaik di mana tempat untuk melanjutkan pelajaran.”

Begitulah pendirian pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, ketika ditanya sama ada dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level di Timur Tengah atau United Kingdom.

Nik Nur Madihah yang bercita-cita menjadi ahli fizik berkata, pilihan awalnya ialah Timur Tengah kerana ia memberi peluang kepadanya untuk mempelajari bahasa Arab dengan lebih mendalam.

Bagaimanapun, katanya, selepas mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk beberapa profesor dalam bidang fizik, mereka mencadangkannya menyambung pelajaran ke London.

“Saya juga akan berbincang dengan guru sekolah sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Terdahulu, Nik Nur Madihah menerima borang biasiswa tajaan penuh daripada Mara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi yang disampaikan oleh Pengarah Mara Kelantan, Abdul Rahim Taha.

Nik Nur Madihah berkata, dia akui belajar di Timur Tengah akan dapat meningkatkan pemahamannya dalam bidang agama dan bahasa Arab manakala United Kingdom pula merupakan tempat belajar terbaik untuk memenuhi cita-citanya menjadi ahli fizik.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?