Dimana Letaknya Iman Di Hati Orang Islam? Bersukan Atasi Tutup aurat

Komentar isma daud

Bernama siarkan berita "bapa terkejut anak tidak dibenarkan bersukan kerana pakaian tidak menutup aurat" dan sikap tidak puas hatinya dibawa ke atas kerana tiada undang-undang yang boleh menghalang anaknya bersukan walaupun tidak menutup aurat. Manakala pihak sekolah pula tidak berani menegakkan kebenaran bila berdolak-dalih siapa yang halang dan siapa yang larang...???

Persoalan saya di sini ialah; Dimanakah letaknya pertimbangan iman kita bila bertembung di antara nafsu dan iman?

Seruan Saya;

Ayuhlah kita membina kesedaran dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT agar kita mendapat kebaikan baik dari segi rohani dan jasmani, antara mendapat pahala dan keredhaan Allah SWT dan mendapat keselamatan di dunia dan di akhirat.

Saya ketengahkan beberapa paparan di sini untuk kita lebih berfikir dan membuang khurafat dan tahayul bahawa jika mahu bersukan mesti mendedahkan aurat.

Kita semua tahu bahawa menutup aurat adalah perintah Allah SWT yang wajib. Marilah kita menghayatinya tidak kira lelaki ataupun perempuan tanpa berdolak dalih lagi.

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai Nabi! Katakanlah bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan (sehingga menutupi ke atas mereka jilbab mereka) (surah al-Ahzab ayat 59) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya (An- Nur ayat 31).

Ruqqaya Al Ghasara, pelari pecut wanita dari Bahrain yang menjuarai lari pecut di Sukan Asia di Doha tahun 2006. Beliau membuktikan bahawa pakaian bukan faktur kejayaan tetapi kebolehan, bakat dan keyakinan diri.

“Menutup aurat tidak boleh dijadikan penghalang kepada wanita Islam aktif dalam bersukan kerana ia sedikit pun tidak menganggu seseorang maju dalam sukan”

[roqqaya_1.jpg]



Ruqayya pernah di undang oleh kerajaan Kelantan sempena Nisa' Games 07. Beliau berharap tindakannya itu dapat dijadikan contoh kepada semua atlet Islam supaya menutup aurat termasuk di Malaysia.

“Saya juga berharap atlet iltizam dengan pakaian Islam serta menutup aurat walau di mana sahaja berada, termasuk ketika bersukan, sebab ia jelas tidak menghalang seseorang itu aktif dalam sukan,” katanya.


Berikut adalah berita yang disiarkan bernama;

PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt.

Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan.

Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut.

Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor.

“Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu,” kata Mohd Asrul.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan.

“Yang menjadi kemarahan pihak kami, guru sukan kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua, pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan,” katanya.

Mohamad Asrul berkata, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut hadir dalam perbincangan itu dan beliau yang enggan namanya dinyatakan, berjanji akan menyiasat.

Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad, ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu yang kini dalam siasatan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?