Budak kena buli dan belasah di Dalat Mukah

Berita Minggu Online

RENTETAN gambar seorang pelajar Tingkatan Tiga dipercayai dibuli 10 pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Oya Dalat di Mukah, Sarawak, dirakamkan menerusi telefon bimbit dan disiarkan di internet. 1. Mangsa dipijak walaupun meraung kesakitan. 2. Pelajar yang langsung tidak melawan itu ditendang beberapa kali 3. Mangsa ditampar. 4. Tanpa simpati mangsa terus dipukul dengan cerek air.

Pelajar dituduh curi kena belasah 10 senior

KUCHING: Sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak bukan saja berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube, sejak kelmarin.

Rakaman klip video tiga minit itu dipercayai berlaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah.

Ia memaparkan mangsa yang lengkap berpakaian seragam, dibelasah kira-kira 10 pelajar senior, termasuk dipukul dengan cerek sehingga menyebabkan mangsa cedera di muka dan badan.

Mangsa buli berkenaan dipercayai seorang pelajar Tingkatan Tiga manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah sama.

Mangsa merayu supaya tidak dipukul, tetapi tidak diendahkan pelajar yang sebaliknya secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa. Difahamkan, kejadian yang mendapat liputan meluas media tempatan itu, membabitkan kes curi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Martin Khoo mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu Isnin lalu dan pihaknya sudah memulakan siasatan.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, bersama ibu bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Dalat pada jam 12 tengah hari 23 Februari lalu. Kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan seterusnya," katanya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah berkata kerajaan negeri memandang serius kes buli berkenaan.

"Ia memalukan dan tidak wajar berlaku. Saya kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini dan hanya mengetahui mengenainya selepas membaca laporan akhbar.

"Saya sudah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pelancaran Program Pengurus Kediaman Kebangsaan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU), di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata, pihaknya akan mengarahkan pengetua sekolah itu menjalankan siasatan dan jika kejadian itu terbukti benar, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung sekolah.

"Jabatan akan melakukan siasatan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Maklumat awal menyatakan perkara ini sebenarnya sudah diselesaikan di peringkat sekolah namun pihak yang merakam aksi itu bertindak menyebarkan rakaman ke internet," katanya.

Comments

MAWAR PUTIH said…
SANGAT KEJAM KAKI BULI, KALAU NAK HUKUM ORANG YANG BERSALAH BUKAN MACAM TU CARANYA..., HANYA KERANA TUDUHAN MENCURI..BUKANNYA BENAR MENCURI..DIA DITUDUH, BUKAN SAH2 DIJUMPA MENCURI
MAWAR PUTIH said…
ini hanya komen dan tiada kena mengena urusan peribadi.
WASSALAM

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?