Ya Allah!! Engkau Bukakanlah Pintu HikmahMu

Oleh isma daud

Dalam situasi kemelut politik negeri Perak, tiba-tiba Allah SWT mengambil seorang Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk rakyat Perak menjadi hakim dalam PRK nanti. Mudah-mudahan berita sedih kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang mengandung seribu rahmat di sebalik kesedihan yang berlaku.

Kepada keluarga Allahyarham YB Roslan Shaharum, saya ucapkan takziah, semoga banyak bersabar. Saya berdoa agar allahyarham dirahmatNya dan diletakkan bersama-sama para auliya', para shuhada' dan muqarrabiin, amin.

Barangkali kita perlu anggap ini sebagai lorong yang dibuka oleh Allah swt. Diambilnya Allahyarham untuk mendahului kita, kemudian dibukanya peluang buat kita untuk membuktikan kepada rakyat Perak, melalui “politik pintu belakang” yang kotor kita kehilangan negeri, sekarang kita berpeluang buktikan yang rakyat tetap bersama kita. Lalu diberi peluang kepada kita untuk tunjukkan kepada rakyat Perak dari hutan, desa, pekan sehingga ke istana, bahawa sokongan rakyat tetap di belakang kita.

Video berkaitan: Ust Roslan Shahrum kembali ke rahmatullah



YAB Nizar membacakan talkin di pengkebumian Allahyarham YB Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak...


Video diambil pada 9 Februari 2009 pada jam 6.20 ptg di Tanah Perkuburan Islam Kg. Changkat Larang, Lahat, Perak, berhampiran rumah Allahyarham.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?