Perjuangan Mula Me"Rakyat" - Kembalikan Bahasa Ibunda

Diciplak dari pelbagai sumber
oleh isma daud

Perhimpunan bantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris( PPSMI).

gmp protest 310108 samad saidMalaysiakini dalam siaran blog bahasa melayunya melaporkan;

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".

Memetik apa yang ditulis oleh MSO (Mohd Sayuti Omar), PERJUANGAN GMP MULA MERAKYAT. Sila klik tajuk untuk baca seterusnya.


Kata MSO dalam blognya;

"Bagi saya himpunan di Sogo petang tadi walaupun kecil (hambar) tetapi ia memberi erti dan signifiken tersendiri. Himpunan hari ini mencatat sejarah tersendiri kerana inilah kali pertama para pejuang bahasa Melayu turun ke kaki lima bagi menggerakan perjuangan mereka - meraih simpati dan sokongan orang ramai untuk GMP.

Sebelum ini mereka hanya melaungkan di dalam bilik hawa dingin ataupun bertengek di majlis-majlis anjuran NGO dan parti politik atau di bilik-bilik seminar atau konvensyen saja. Kali ini mereka sudah tidak boleh sabar dan turun sendiri ke bawah untuk mengajak rakyat bersama mereka. Apabila pejuang bahasa dan sastera sudah hilang sabar ia menandakan sesuatu keadaan bahasa Melayu sudah begitu parah."

Baca juga topik berkaitan : Kenyataan Media Dato' Dr Hassan Ahmad; Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) di sini. atau gambar-gambar perarakan bantahan di hadapan Sogo, semalam di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?