Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, February 02, 2009

Pada Firasatku Akan Hilangnya Dua Exco Perak

Berikut apa yang saya tulis di blog saya : kww;


2 exco Perak pemegang Cek bersyarat belum bertarikh; Penculikan tidak menjadi...
>> Sunday, February 01, 2009

oleh isma daud

Setelah 2 exco Perak dilaporkan hilang selama 5 hari ; semua orang riuh rendah membicarakan kehilangan 2 exco Perak itu, baru hari ini tiba-tiba muncul menyatakan mereka masih ADUN, belum letak jawatan. Mana pergi weh sejak 5 hari lepas? Dengar khabarnya kena colek oleh pencolek yang diarah oleh pengarah penculikan itu.

1 Feb : Dalam laporan malaysia kini; Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.


Bila orang semua duduk cari mereka senyap saja. Tapi bila diumum bahawa mereka berdua hilang jawatan lantas kedua-duanya muncul.

Dua jam berikutnya;

1 Feb : Menurut laporan The Star Online, Jamaluddin dilaporkan menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai Adun. Beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu.

Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing.

"Saya masih Adun Behrang," Jamaluddin dipetik sebagai berkata.

Oleh itu, katanya, beliau dan Osman masih Adun PKR dan tidak pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu atau menjadi wakil bebas, atau hendak menyertai Umno, lapor Bernama.

Ini merupakan kali pertama beliau memperjelaskan keadaan sejak dilaporkan hilang lima hari lalu, di tengah-tengah spekulasi yang mereka menyertai BN.

Jamaluddin juga berkata, beliau mengambil cuti sakit sejak hari Rabu, dan menafikan beliau hilang.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan di mana beliau berada semasa dikatakan 'hilang' itu.


Menurut firasat saya;

Kenapa dalam diam-diam tiba-tiba muncul? Kenapa selepas 5 hari orang kecoh mencari? Kenapa setelah diumumkan hilang kerusi ADUN?

Lakonan apakah ini? Adakah pengarah wayang penculikan ini tiba-tiba tersedar bahawa permainan mereka akan menjerat diri sendiri? Tiba-tiba kepanasan lalu mengarahkan pelakonnya itu membuat kenyataan. Belum letak jawatan... tidak melompat dan tidak hilang...

Nampak sangat alasan sakit itu tidak siapa pun yang ada akal dapat menerimanya.

Penculikan yang tidak menjadi?

Kita tunggu dan lihat siapa main siapa? Siapa yang melopong sekarang ini?

Tidakkah penculik itu sedar 2 exco perak itu ada dua keping cek bersyarat yang boleh ditulis tarikhnya untuk ditunaikan. Tidakkah pengarah kepada penculik itu sedar akan hal ini? Baru sedar agaknya... sedar dalam tersepit. Nak tidak nak terpaksa melepaskan orang yang kena culik tetapi sudah diajar skripnya supaya berkata saya tidak diculik. Ada tapi sakit...

Ha...ha..ha.. Pengarah penculikan yang mengharapkan sesuatu yang menggegarkan, menggemparkan dan menguntungkan akhirnya mengalah awal. Skrip drama tidak menjadi nampaknya bila skrip itu dilihat tidak menguntungkan pengarah skrip tadi.

Yang nyata 2 pertempuran sebenar akan terjadi. Dua PRK di Perak. Itu yang terjadi.

Dua orang yang diculik itu ada memegang cek yang sudah ditulis isinya tanpa tarikh yang ditentukan. Bila tuan sebenar yang membuat janji dengan orang yang diculik tadi sedar, terus menunaikan cek tersebut, orang yang kena culik sedar dia tidak ada kepentingan lagi kepada penculiknya. Penculik tadi pun nampak mereka tidak dapat faedah besar di atas penculikan ini... Buat sementara lepaskanlah dulu..

Permainan apakah ini? Sebuah skrip drama yang sungguh bodoh dan membodohkan. Tidak sanggup kita menontonnya...

Tunggulah sedetik dua hari nanti; akan terdedah yang tersirat daripada apa yang telah tersurat. sama-sama tunggulah...

Pada saat dan ketika itu ; Kebenaran akan terserlah dan Kebathilan akan kalah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails