Monolog Hati : Oh Blogku...!!!

Oleh isma daud

Sedih!!! Itulah gambaran perasaan saya. Apakan tidak paparan blog saya semalam tidak muncul dengan elok. Berterabur. Sudahlah semalam talian internet begitu teruk. Sekejap-sekejap putus. Boring dan mengambil masa yang lama dan banyak masa dibazirkan untuk mengakses sesuatu bahan.

Biasanya paparan itu teratur dalam tiga kolum. Apa dah jadi ini; sekejap ke bawah, sekejap keluar putih saja. Tinggal "header"nya saja.

Dahlah saya ni tidak mahir sangat komputer, tahu guna sikit-sikit saja. Itupun tidak berguru pakai redah dan belajar sendiri-sendiri saja. "Ilmu ibarat kail sejengkal, mahu menduga lautan yang dalam pula". Bila timbul masalah begini tidak tahu apa nak buat. Akhirnya "templete" yang paling lama saya bertahan dengannya hilang dari pandangan.

Dalam usaha saya meng"edit", tetiba saya diminta oleh isteri saya untuk menyiapkan kerja dapur dan menyidai pakaian yang sudah di basuh. Nampak cahaya matahari dan ada cuaca panas sedikit hari ini. Belum pun setengah jam tetiba hujan turun, saya terus bergegas mengangkat balik pakaian di sidaian daripada basah. Terlupa saya kepada "templete blog" saya, rupa-rupanya sudah terdelete. Mujurlah saya simpan satu "file" kandungan blog saya secara berasingan dalam komputer saya.

Alang-alang sudah berubah maka rupa barulah paparan blog saya. Semuanya terang biarpun cuaca diluar sana sentiasa mendung akhir-akhir ini. Lagi pun jiran-jiran saya semua mewarnakan suasana rumah mereka dengan warna ini. MERAH.

Saya ucapkan bye...bye kepada "templete" lama saya.

Teringat saya kepada kata-kata Kassim Selamat dalam cbox saya : "Salam ustaz...blog semakin cantik dan banyak pengisian..tahniah!". Pujian itu untuk templete lalu yang hanya bertahan beberapa jam sahaja.

Rupa-rupanya itu salam yang terakhir untuknya.

Sedihnya!!!

Comments

Kassim Selamat said…
Salam Ustaz,

Template baru ni pun okay gak.Background warna hijau....redup mata memandang.

Sy pun mcm ustaz, buat blog nii pun main redah saja dan belajar sendiri.
isma daud said…
Wa 'alaikumus salam, Kassim Selamat;

Saya selalu bertandang ke blog tuan kassim selamat sebelum buat blog dulu.

Terfikir saya jika kassim selamat dapat buat blog maka mengapa tidak saya?

Dari situlah saya ada keinginan membuat blog dan beriltizam dengannya.

Dalam erti kata lain tuan kassim selamat jadi sumber inspirasi kepada saya jugalah. Pembakar semangat.

Moga Allah SWT memberkati tuan kassim selamat.

Ya lah...kalau tunggu belajar rasanya sukar dah sekarang ni...kerja banyak, jadi kena berdepan terus dan buat terus... sambil belajar sikit-sikit.

Alhamdulillah!!! Dengan sedikit keberanian, dapat saya berbakti dengan cara ini untuk Islam.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?