Kerna Terlanjur Mencintai....

Oleh isma daud

Catatan ini adalah nasihat kepada insan yang terlanjur mencintai isteri orang bahkan terjebak dalam noda kerana belas kasihan. Izinkan saya berkongsi nasihat untuk pedoman kepada yang lain.

Kepada isteri-isteri; setialah kepada suami dan dengarlah pesanan nabi Muhammad SAW; "Seorang perempuan itu apabila dia solat sempurna lima waktu sehari semalam, berpuasa penuh bagi puasa ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati akan suaminya; nescaya akan masuk syurga tuhannya".


Wa alaikum salam saudaraku!

Pertama saya memang merasa syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi iman ke dalam hati saudara sehingga masih ada rasa menyesal atas setiap keterlanjuran yang saudara lakukan.

Saudara;

Saya cuba bermuhasabah segala masalah yang saudara hadapi sekarang ini. Jelasnya ianya berlaku kerana kita lupa bahawa diri kita ini adalah hak atau milik Allah SWT. Setiap inci yang ada pada tubuh badan kita merupakan amanah yang akan disoal-siasat dihadapan Allah SWT dan akan ditayang semua amalan kita baik kecil atau besar dan semuanya akan dipertontonkan oleh Allah SWT di mahkamah Allah, dipadang mahsyar, di hari akhirat nanti. Pada masa itu tiada apa yang dapat kita lakukan melainkan mengiyakan apa yang dikemukakan oleh Allah SWT. Dan disaat itu semua anggota badan kita bercakap kecuali mulut akan memberitahu apa yang pernah kita lakukan semasa hidup di dunia. Baik yang kita buat secara senyap-senyap, sembunyi-sembunyi maupun terang nyata.

Inilah perkara yang mesti ada pada diri saudara iaitu iman dan percaya kepada Allah SWT yang maha melihat apa yang kita lakukan.

Tanpa iman saudara tidak akan mampu berubah apa-apa lagi pun masalah nafsu ini tiada rawatan mujarab melainkan dengan mengawalnya dengan iman. Di antara orang yang istimewa menjadi tetamu Allah SWT di padang mahsyar nanti dengan merasa teduh dibawah naungan bayangan Allah SWT ialah seorang lelaki yang berjaya melawan nafsunya bila diajak oleh seorang wanita berkedudukan, jelitawan untuk melakukan zina, lalu dia berkata, saya takutkan Allah SWT.

Saudara, kembalilah kepada Allah SWT. Bertaubatlah dan berhentilah daripada dosa dan maksiat ini. Apa yang saudara buat itu adalah dosa besar yang tidak terampun melainkan dengan taubat nasuha,

Perkara pertama yang saudara perlu lakukan telah saudara lakukan iaitu menyedari kesilapan yang telah saudara pilih, bercinta dengan isteri orang. Memang melakukan yang haram ini seronok pada nafsu tetapi tidak pada jiwa. Percayalah perasaan bersalah saudara akan membelenggu saudara sepanjang hayat. Dosa dan maksiat tidak akan membawa ketenangan. Keseronokannya hanya sementara. Sesungguhnya yang halal itu lagi meneyeronokkan.

Ada beberapa alternatif boleh saudara lakukan;

Pertama: Taubat dan banyakkan berdoa; berdoa yang paling baik ialah kembali kepada solat atau sembahyang. Kegagalan kita dalam menjaga solat atau sembahyang boleh mencampakkan kita ke dalam maksiat. Kerana Allah swt menjelaskan di dalam al-quran bahawa solat dapat mencegah perbuatan keji (fahsya') dan mungkar. Menurut kebanyakkan ulama tafsir bahawa perkataan fahsya' itu adalah dosa daripada kemaluan manusia, seperti berzina, rogol, hubungan sejenis dan sebagainya. Jadi, solatlah!! Sembahyanglah!!!. Jaga solat yang difardhukan oleh Allah SWT insya Allah saudara dapat menghadapi musiabah yang saudara hadapi sekarang ini.

Kedua: Saudara perlu tegas. Tidak ada tolak ansur dan belas kasihan dalam usaha maksiat. Usah bermain api kelak membakar diri. Perasaan kita kalau kita terlalu ikut nanti akan membinasa diri kita sendiri. Katakan ; STOP!!! BERHENTI!!! Tutup buku.
"keterlanjuran kami dah tak dpt nak halang bila kami berdua duaan.. saya sebenarnya dah beberapa kali minta putus dengan kekasih saya kerana dia hak kawan saya tetapi jawpan darinya dia tak nak.. saya juga dah beberapa kali bergaduh akan hal ni tapi lepas tu baik semula..

untuk pegetahuan semua; suami dan kekasih hari hari datang kerumah saya.. setiap kali mereka datang pasti tangan saya merayap rayap pada badan kekasih saya.. itu tanpa pegetahuan suami kekasih saya.. sekarang saya buntu nak lari dari sini saya rase seperti tak bertanggungjawab pula.. kalau saya disini megundang maksiat lagi..
kawan saya tersangat baik pada saya.. tapi silap saya kerana menyintai isteri kawan saya,dan cinta saya dibalas..

dan menurut kekasih saya dia tak pernah miliki kebahgian bila berada dengan suaminya.. saya serba salah ... saya berdosa pada kawan saya,, saya berdosa dengan Allah.."
Saudara; saudara masih muda dan pasangangan saudara pula bermasalah dengan suaminya. Bagi pihak saudara dan pasangan melihat ini jalan keluar tetapi sebenarnya tidak. Jalan saudara itu percayalah jalan kehancuran. Bagi orang muda, bila orang dah hulur masakan kita tidak sudi. Hidangan sudah terhidang. Peluang di hadapan mata. Bagi pasangan pula; kegersangan jiwanya kini di isi oleh saudara. Apa yang tidak dapat daripada suaminya dapat daripada saudara, sebab itu dia tidak mahu lepaskan saudara.

Saudara nampak tak bahawa saudara kedua-duanya sedang mengambil peluang di antara satu sama lain. Bukan CINTA tetapi NAFSU semata-mata. Percayalah kata saya; jika masalah pasangan itu selesai dengan suaminya, dia kan tinggalkan saudara...
Dia sedang asyik dengan nafsunya dan sedang mempergunakan saudara.

Jadi saya nasihatkan saudara putuskan saja. Jangan sayang pada yang HARAM.

Ketiga: Saudara mengapa tidak berkahwin. Saudara carilah pasangan yang sesuai. Dalam keadaan sekarang ni mana saudara dapat lari daripadanya sebab saudara masih bujang. Jika dapat segeralah berkahwin. Insya Allah SWT dengan berkahwin saudara dapat mengelak daripada maksiat sebesar ini.

Memanglah sukar buat masa ini. Mana ada kejayaan datang dengan mudah. Saudara perlu bina kekuatan diri untuk melawan nafsu.

Saudara; saudara fikirkan perempuan ni sampai menjejaskan kesihatan diri dan kerjaya pun terlibat sama. Kenapa saudara boleh membutakan hati suadara dengan berkhayal hal yang demikian. Keluar segera dari perangkap nafsu ini. Saudara sudah mula ketagih nikmat kerana pernah bersamanya. Itu sebenarnya.

Sekarang bagi saya; saudara telah berusaha merawat diri saudara, Alhamdulillah.

Keempat: Perkara seterusnya ialah merawat pasangan anda. Saudara tidak akan berjaya jika pasangan anda tidak ada kerjasama untuk berhenti mendesak anda memuaskan kekosongan jiwanya. Pasangan anda ini sebenarnya perlu rawatan sekarang. Dia isteri orang. Dia ada amanah dan tanggungjawab kepada suami dan menduakan suami adalah dosa besar yang tidak akan diampun oleh Allah SWT kecuali diampun oleh suaminya.

Walaubagaimana pun; beriktiarlah menyedarkan pasangan saudara juga. Buat masa sekarang tidak perlu beritahu suaminya. Kalau dia sanggup bertaubat, biarlah ianya menjadi rahsia buat selama-lamanya. Bertaubatlah mudah-mudahan Allah SWT akan mengampun dosanya.

Adapun perihal suaminya, jika dia benar bermasalah; dia tidak akan duduk diam begitu. Saya rasa pelik dari cerita saudara seolah tiada perasaan cemburu langsung dengan isterinya sehingga saudara boleh mengambil kesempatan di saat keberadaannya.

Jika masalah dengan suaminya tidak selesai mengapa tidak dirujuk kepada Pejabat Agama, isteri boleh menuntuk cerai fasakh melalui mahkamah. Kalau mereka ini tidak bercerai; maknanya masalah yang dinyatakan oleh pasangan anda itu alasan sahaja untuk dia seronok bersama anda sahaja.

Apalah jenis suami jika dia pun tahu hubungan saudara dengan isterinya dan redha dengan tindakan isterinya? Betapa dayusnya jika begitu.Saudara mahukah saudara membantu pasangan saudara itu dengan ikhlas tanpa mengharap balasan termasuk seks? Bantuan apa yang telah saudara berikan ini? Saudara boleh tolong dia dengan mencari seseorang yang boleh saudara percayai, yang boleh memberikan nasihat kepada pasangan saudara sehingga dia juga insaf suatu hari nanti. Perbetulkan kesilapan dan mengaku kesilapan adalah amalan mulia.

Ingatlah kenikmatan hidup di dunia ini sekejap sahaja tetapi kehidupan akhirat itu kekal abadi. Saya yakin masih ada iman di hati sanubari saudara. Kembalilah kepada Allah SWT.

Saya doakan agar saudara kuat dalam menawan runtunan nafsu dan berusaha mendidiknya dengan agama agar dia kenal yang halal dan yang haram.

Pintu TAUBAT terbuka luas buat saudara dan pasangan. Asalkan kita mengenal Allah SWT. Keampuanannya terhampar luas buat orang-orang yang ingin bertaubat. Usah berputus asa dan bertawakkallah kepada Allah SWT. Insya Allah saudara berjaya. amiin, ya rabal alamiin.

Jika perlu bantuan nasihat lanjutan, boleh hubungi saya lagi, insya Allah SWT saya cuba bantu mana yang terdaya.

Wassalam!!!

Ikhlas; Ustaz Isma Daud.
12:48am/9/2/2009.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?