Hulurkan Sumbangan Khairat Kepada Surau AL-Nadwah, Sibu

Oleh isma daud

Baru sekejap sekitar satu jam yang lalu saya mempengerusikan satu mesyuarat dengan rakan-rakan JK Surau Darul Nadwah, Sibu, Sarawak. Kali ini kami membincangkan khusus akan tujuan kami yang sekian lama iaitu untuk memperluaskan kawasan surau yang semakin hari kian tidak mampu menampung jumlah jamaah pelajar dari dua buah sekolah yang turut solat Jumaat di sini.

Kami berbincang bagaimana kami dapat mencari dana tambahan bagi menambah serambi surau itu. Setakat ini kami baru ada sedikit peruntukan yang sekadar mampu membina bahagian bumbung dan atap sahaja. Bakinya terpaksa kami mencari sedikit dana lagi.

Kalau cukup dana yang kami perlukan djangka seawal bulan April atau Mei, pembinaan akan dapat dilakukan. Cara binanya melalui konsep gotong-royong. Untuk memudahkan kerja kami telah melantik seorang ketua dikalangan kami yang berkebolihan bagi memudahkan segala urusan.

Kepada pengunjung blog ini yang mungkin mahu menanam sumbangan khairat dan mempermudahkan lagi proses pembinaan ini bolehlan menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut ;

NAMA AKAUN : BADAN AGAMA ISLAM (BADAI)

NAMA BANK : CIMB ISLAMIK BANK

NO AKAUN : 1107-0000476-20-4

Jika ada yang turut sudi membantu, saya mewakili AJK Surau An-Nadwah, ucapkan jutaan terima kasih, jazakumullahu kharal jazaa'.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ditalian : 6019-8460609(h/p)

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?