Hanya "Seratus" Untuk Bantahan PPSMI ; termasuk Polis?

Pelbagai sumber oleh isma daud

Komentar awam:

[Dalam negara Malaysia ini, memang sepatutnya mana-mana himpunan yang bertujuan untuk membela rakyat sepatutnya mendapat sokongan dan pemantauan daripada pihak berkuasa terutamanya pasukan polis. Namun, dek kerana kepentingan politik mengatasi segalanya maka akhirnya pihak polis dijadikan "kambing hitam" untuk menyerang dan melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak berdosa dan hanya menyatakan suara mereka untuk didengari. Maka itu, kami yakin himpunan PPMSI yang bakal dilakukan di Sogo esok bakal menjadi satu lagi medan pertarungan antara pihak polis terutamanya FRU dengan rakyat marhaen].

Apa yang berlaku?

Sebagaimana dilaporkan dalam Malaysiakini;

Kempen memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meningkatkan tahap bantahannya hari ini dengan melangkah ke tahap baru - berhimpun di jalan raya.

Perhimpunan julung-julung kali itu dilancarkan petang ini di perkarangan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman - simbol lazim siri bantahan era reformasi 1998.

Bagaimanapun, hasrat penganjurnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengumpulkan 500 pencinta bahasa tidak tercapai walaupun kelibat beberapa tokoh terkenal bahasa dan sastera dalam program itu menyelamatkan keadaan.

Program itu hanya dikerumuni kira-kira seratus orang yang lalu-lalang bagi membeli-belah di kompleks popular itu.

Perhimpunan itu bermula dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun sejak jam 1 tengah hari lagi.

Bagaimanapun ia berakhir tanpa sebarang masalah dengan polis, walaupun permohonan permit berhimpun tidak dibuat.

Malaysiakini seterusnya melaporkan;

Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan.

gmp protest 310108 photo sessionPengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.

Tindakan itu menyebabkan sebahagian daripada kira-kira 30 yang hadir terlepas sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas pelancaran itu.

Program yang kelihatan tidak tersusun itu menyebabkan orang ramai yang hadir terpinga-pinga dan tidak terarah, termasuk wartawan yang berkeliaran mendapat komen daripada beberapa tokoh yang hadir.

Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan.

Kumpulan tokoh bahasa dan sastera itu kemudiannya hanya duduk di sebuah restoran di hadapan kompleks berkenaan.

Orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu MSO menulis dalam blognya bagi menggambarkan tindakan PDRM;

Jumlah polis hampir sama ramai dengan mereka yang menghadiri himpunan itu. Layanan polis juga baik dan mesra! PDRM telah menghantar dua orang pegawai berbangsa India untuk memantau himpunan tadi. Saya kira polis ada strateginya kenapa tidak hantar pegawai polis berbangsa Melayu.

Mungkin kalau polis mengirimkan pegawai berbangsa Melayu kekok juga untuk mereka bertindak jika perhimpunan itu melarat. Masakan polis berbangsa Melayu bersedia untuk menyuraikan perhimpunan yang bertujuan untuk memperkasakan bahasa mereka!

Dengan menghantar pegawai berbangsa India, mereka fikir tidak timbul masalah sebab polis itu berbangsa India! Tetapi sesuatu yang ironis berlaku petang tadi apabila menurut Hassan kedua pegawai polis berbangsa India itu mengucapkan tahniah kepadanya kerana menjadi penggerak GMP itu. "Polis ucap terima kasih kepada saya, you tulis ini," begitulah bisik Hassan kepada saya.

komentar isma daud : "Orang melayu masih belum prihatin dengan bahasa melayunya. yalah cakap pun lu, gua, i, you, ana anta. Malu nak sebut saya, aku, awak. Mungkin masih ada di istana kot; patik beta... Tahniah kepada GMP, nyatakan kepada orang melayu mereka perlu kembali kepada bahasa ibunda. Bahasa Melayu.

Apa bahasa pun memang tidak merubah bangsa; namun Bahasa Mencerminkan Bangsa, Bahasa Jiwa Bangsa. Fikir-fikirkan!!!"

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?