Bila Isteri Beralih Cinta Dan Berubah Selera

Catatan ini adalah nasihat kepada insan yang terlanjur dan terjebak dalam noda dek kecurangan. Kadangkala suami terlanjur, kadangkala isteri yang terlanjur. Izinkan saya berkongsi nasihat untuk pedoman kepada yang lain.

Kepada isteri-isteri; setialah kepada suami dan dengarlah pesanan nabi Muhammad SAW; "Seorang perempuan itu apabila dia solat sempurna lima waktu sehari semalam, berpuasa penuh bagi puasa ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati akan suaminya; nescaya akan masuk syurga tuhannya".



RESPOND - isma daud

Waalaikumus salam! Alhamdulillah saya ada sedikit masa nak layan emel ni. Sekarang ni sibuk sikit. Tiap malam ada kuliah , ceramah di Masjid, surau dan Kem PLKN. Apa pun terima kasih kerana menghantar emel dan beberapa soalan kepada ustaz.

Masalah kehabisan cinta dan curang ni bukan sekali yang diajukan kepada ustaz. Saya sendiri pun sedih bila berlaku hal seperti ini. Bila nafsu dah berada di saf hadapan akal tidak berguna lagi. Jelasnya bukan senang nak jadi suami dan isteri yang soleh dan solehah. Pokok pangkalnya dek kerana kita dah tinggalkan ajaran agama kita. Bukan tidak tahu tapi sengaja lupakan agama kerana sudah hanyut dengan nafsu.

Secara peribadi saya nasihatkan eloklah berterus terang saja biar suami dia buat keputusan. Dayus sangat si suami kalau masih simpan isteri macam ni. Kata orang makan luar lagi sedap. Manusia sering macam tu tidak pernah puas dengan apa yang dia ada. Yang haram memang lebih diingini nafsu.

Ustaz yakin kalau perempuan ni bercerai dengan suaminya dan kahwin pun dengan lelaki tu dia tidak akan puas juga. Anjing tu sekali dah jilat tahi akan jilat tahi juga.

Kiasan ni sama juga lah untuk orang yang berlagak alim tu. Ubah pakaian saja tidak taubat nasuha tiada maknanya. Semoga Allah sentiasa memberi hidayat kepada kita semua.

Carilah yang beragama, sederhana dalam segala hal..... Assalamu alaikum!


Surat dari: emel;

A'kum ustaz, ya..Ustaz,saya masih nak tanya beberapa perkara dengan ustaz.

Kalu ada masa ustaz tolong jawab ya.

1.Perkara ni berlaku dalam satu rumahtangga yang saya lihat,so saya nak tahu pandangan/nasihat dari ustaz.Ni kisah isteri yang berlaku curang di belakang suami,dalam masa yang sama suami bukan seperti yang dia harapkan(Saya pun tak pasti apa yang kurang pada si suami tu). Kadang2 si isteri ni berkongsi cerita dengan saya yang tak tau sangat nak menasihat orang. Curang yang saya maksudkan si isteri
ni bercinta dengan lelaki lain sampai sanggup buat apa saja dengan boyfren dia tu tanpa fikir dosa-pahala.

Ustaz.. malu saya nak katakan,mmm.. dia juga tidur dengan boyfrend dia tu. Sampai satu ketika dia nak ambil keputusan untuk berpisah dengan suami dia kerana tak nak lihat suami dia kecewa dengan sikap dia yang semakin hari semakin lupakan tanggungjawab dia sebagai isteri.Tapi,si suami ni lagui kesian sebab tak tahu apa apa dan tak nak berpisah,malah cuba bersabar w'pun si isteri tak nak layan dia.

Si isteri ni pernah tanya saya, apakah dia patut berpisah saja dengan suami daripada menanggung dosa yg byk terhdap suami?tambah pula,sangat cintakan boyfren dan tiada lagi cinta pd suami.Ustaz rasa patut tak dia terus terang bagitau suami dia apa yang berlaku dan minta dilepaskan.Ustaz jangan marah ya dengan fkiran saya.(saya rasa lagi baik dia berpisah dengan suami sebab dia dah byk buat salah kat suami,tak cintakan suami,abaikan suami.So,dengan tu suami boleh cari wanita lain yg boleh jaga dia,cintai dia dan lebih baik dari makan hati berulam jantung dengan sikap isteri. Isteri tak layan,isteri juga yang tmbah dosa kan ustaz,berpisah mungkin alternatif yg teruk tapi......

Ustaz tolong jawab utk saya ya, mana tau saya boleh sampaikan pula..jadi ustazah yang tak bertauliah.

2.Ustaz,apa akan berlaku pada lelaki yang nampak baik,alim,beriman,mulia...tapi sebenarnya adalah jahat,hina dan keji.Malah melakukan zina.Setiap kali saya nampak 'lelaki' ni,saya jadi sakit hati dengan dia dan rasa meluat. pandainya dia berlakon, tunjuk baik,alim, sembayang pakai jubah lagi..(sorry ya ustaz,teremosi)saya ingin sangat kalu one day orang tau sapa dia.

ok,ustaz...ada masa nanti saya email ustaz lagi ya.. saya sorang kat ofis ni, rasa tak selesa pula. A'kum...


Ini satu lagi emel daripada pengunjung blog ini;

Ustaz , tolong saya;

Saya megenali perempaun , sejak awal tahun 2008 secara Alam maya di internet... dan mengenali beliau secara real bulan 11 thn lepas kerana beliau mengambali saya sebagai manage duit clent di johor kerja saya pegenalisys forex market,, pada masa tu saya di Sabah,, jujur saya katakan sukar untuk saya bagitau ustaz permulaan saya mengenali prmp ni ..

ustaz tahu tak.. sebenarnya pada permulaan saya tak tahu yang diorg ni dah kawin... kawan saya yang berada di johor yang bagitau diorg tu suami isteri.. dan suami isteri tu pada mulanya didepan saya memang berlakon mcm orang asing.. tapi lakonan diorang tak lama.. sebab kawan saya bagitau saya kerana megenali laki bini tu terlebih dahulu dari saya..

ustaz saya tak pernah menjijakkan kaki kerumah dia.. tidak pernah.. perempuan dan suaminya yang selalu datang kerumah saya.. dan bila melakukan hubungan maksiat prmp yang datang.. time lelaki dia pergi kerja dia datang.. dan kalau laki dia ada sama pun kami sempat meraba raba.. dalam kereta .. dan kami penah berpelokan bercium semasa suaminya solat meghrib.. sememangnya kami tak dapat dikawal lagi bila kami berjumpa.. nafsu syaitan meguasai kami... suaminya kerja di bahagian port bahagian kontena pelabuhan..

penyesalan tu datang dah lama ustaz.. sejak saya tau dia dah kawin saya halang diorg datang rumh ... tapi diorg berdegil.. skrg saya takut dengan dose.. sejak akhir akhir ini la..saya takut dengan dose ini akan megundang padah saya seumur hidup.. kadang2 saya ingin menjalani hulum hudud agar dosa saya terhapus...


RESPOND - isma daud

Berdoalah kepada Allah SWT, Pintu Taubat sentiasa terbuka dan jangan putus asa. Nasihat saya jangan masuk lagi dalam kandang mereka...kerana dunia sudah terbalik.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?