Benarkah Guru Pendidikan Islam Sibu LESU?

Oleh isma daud

Sudah beberapa kali saya merungut betapa tandusnya tenaga penceramah di masjid dan surau sekitar bandar Sibu. Ahli masyarakat pun ada merungut perihal yang sama.

Apa yang menyedihkan apabila orang yang bertanggungjawab kepada guru-guru Islam di Sibu mengakui bahawa Guru Pendidikan Islam (yang selepas ini saya sebut GPI) dalam fungsinya masih boleh diperbaiki walaupun ada perkembangan baik selepas beberapa siri aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan tahun lepas. Namun pada aya GPI perlu bergerak dengan lebh aktf bukan bergantung dengan program yang diaturkan kepada mereka sahaja.

Berikut gambaran program yang dijalankan tahun lepas.
Ihsan Gambar : http://darulfirdaussurau.blogspot.com/


Program di pengerusikan oleh Ust Nusyirwan (SK Sacred Heart) dan ceramah disampaikan oleh Ust Khairul Suhaimi (SMK Sungai Merah)



Masyarakat setempat turut serta mendengar ceramah



Warga Ustaz-ustaz yang terlibat malam ini

Depan Dan Belakang


Dari Sudut Sisi


Jamaah Ustazah Dan Muslimah Setempat


Muslimah Lebih Ramai Daripada Muslimin


Satu Garis Lurus - Satu Hati


Khusyuk!!!


Di antara usaha murni yang digerakkan ialah membuat mesyuarat khas dengan JAIS, JAKIM , PERKIM dan Baitul Mal; agar ustaz-ustaz boleh menyumbang bakti sebagai tenaga pengajar dalam program mereka dan aktiviti masyarakat setempat. Hasilnya; syukur kehadrat Allah SWT apabila masyarakat setempat begitu mengalu-alukan program ziarah dan dakwah yang diadakan oleh GPI di sekitar Sibu ini.

Hari ini (13/02/2009); satu mesyuarat khas membincangkan perkara ini untuk meningkatkan motavasi GPI demi memartabatkan GPI di mata masyarakat Islam.

Di antara tindakan yang telah diputuskan ialah satu pasukan "think tank" yang pernah ditubuhkan sejak julai tahun lepas (2008)dikekalkan sehingga 2012;

1- menghantar GPI sebagai penceramah dalam sambutan hari kebesaran Islam serta menghasilkan bahan edaran sesuai dengan keadaan semasa

2- menubuhkan program "Opp's Imam!"

3- kursus yang meningkatkan penguasaan ilmu dikalangan GPI termasuk kursus Pengurusan Jenazah, tazkirah dan pengucapan awam bagi membina keyakinan diri

4- meneruskan program menadah kitab kepada mayarakat Islam dan program tarbiyah di kalangan muslimah.

5- mengadakan hari keluarga GPI bagi menyatukan hati dan silaturrahim di kalangan ahli dan keluarga GPI, Sibu.

6- meneruskan kelas bagi pemulihan al-Quran dan penguasaan jawi di kalangan pelajar Islam dan beberapa program lagi....

Jika ini dapat dijayakan, insya Allah GPI dapat keluar daripada tanggapan kelesuan itu....

Benarkah tanggapan bahawa GPI Sibu lesu dan bisu?

Pada pandangan saya jika gambaran ini diambil kira, ada benarnya tanggapan itu. Masih ramai tenaga yang di"bazir"kan. Hanya segelintir yang bermotivasi melakukannya, sementara yang lain lebih kepada pemerhati dan penonton sahaja.

Pada tahun lalu (9/7/2008) ; Sungguh mengejutkan saya apabila buat kali pertamanya satu ijtimak(perhimpunan) GPI diadakan berjaya menghimpunkan seramai 201 orang (senarai nama; ada beberapa orang yang tidak dapat hadir) memenuhi dewan sebuah sekolah dekat Bandar Sibu ini. Satu angka yang besar dan mampu menggegarkan bandar Sibu dalam usaha menyampaikan dakwah jika tenaga seramai ini digunakan sepenuhnya dan tidak dibazirkan begitu sahaja.

Mengapa sekian lama tenaga mereka dibazirkan dan suara lesu membawa syiar dan dakwah Islam sahaja yang mewarnai kehidupan masyarakat Islam Sibu?

Tiada kesedarankah dihati nurani mereka untuk melihat Islam hidup subur di tengah bumi Sibu ini? Saban hari kita dikhabarkan betapa keruntuhan moral muda-mudi dan kepincangan masyarakat berlaku. Kejahilan masyarakat yang tidak tahu itu dan ini dalam masalah agama dan kehidupan seharian mereka sebagai Muslim dan Muslimah.

Saya cukup terkilan jika para GPI ini adalah mereka yang telah membenarkan anggapan sebahagian orang bahawa mereka adalah lesu. Lesu kerana tidak kelihatan dalam masyarakat, tiada kelihatan di surau, tiada hangat dalam majlis ilmu, dalam usrah dan sebagainya. Di manakah mereka bersembunyi selama ini?

Kepada semua GPI ; ayuh bangkitkah dari lena dan lesu yang mengulit dan menyelimutimu. Ayuh kita mulakan langkah baru untuk melaksanakan usaha dakwah dan jihad yang diperintahkan oleh Allah SWT. Jadilah penolong agama Allah di sekolah dan ditengah masyarakat yang teramat kehausan kepada bimbingan dan asuhanmu. Keluarlah daripada persembunyian anda dan melangkah megahlah menyahut seruan Allah SWT.

Hayya Alal Solah, Hayya Alas Solah dan Hayya Alal Jihad. Allahu Akbar...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?