Posts

Showing posts from February, 2009

Dakwah Kepada Non-Muslim

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM; 11:06:00 Tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua umat Islam. Ianya bukan kerja khusus untuk golongan tertentu sahaja. Jika kita beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit ". Kehidupan berbilang bangsa di negara kita Malaysia adalah sesuatu yang sangat unik.Percampuran budaya antara berbagai bangsa berlaku tanpa disedari. Islam tidak melarang kita untuk mengamalkan budaya bangaa mana pun asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Demikian hebatnya Islam yang telah memurnikan apa sahaja budaya bangsa didunia menjadikan ianya sebagai budaya Islam. Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujurat ayat 13: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّه

DOA Qunut Nazilah

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

Ya Rasulullah!!! Tubuhmu Tegap Jiwamu Berani

Oleh isma daud Sejak saya menulis tentang keluhuran dan keunggulan Nabi Muhammad SAW ; nampaknya semacam ada pihak yang tidak bersetuju. Manakan tidak??? Saya telah melebihkan Nabi Muhammad saw mengatasi segala manusia dan makhluk yang lain, meletakkan segala idola mereka semua berada di tahap yang lebih rendah berbanding Nabi Muhammad saw. Sejak itu blog saya menjadi sasaran mereka yang merasakan diri mereka tercabar kerana mereka jauh berada di bawah. Saya membesarkan nabi Muhammad saw kerana saya cintakan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman yang membawa rahmat kepada sekelian alam. Saya memuliakan baginda bukan secara membabi buta tetapi dengan hujjah dan dalil baik daripada Al-Quran dan as-Sunnah; dua sumber yang melemahkan semua pihak untuk menidakkannya. Kerana Allah swt menjamin ketulinan dua sumber ini dengan firmanNya; " Kamilah yang menurunkannya dan Kamilah yang menjaganya daripada sebarang perubahan ". Maka saya akan terus menulis bagi menzahirkan kasih sayang

Penafian - CBox yang tercemar kerana dicemari

AWAS!!! ; CBox yang tercemar, saya harap tiada yang terpedaya - isma daud (ustaz rosli dhoby) Kenyataan: Mereka ini mungkin orang yang sama menyamar macam-macam... isma daud palsu yang menulis dengan bahasa lucah, menghina orang lain , menyentuh sensitiviti agama dan tidak berakhlak. isma daud palsu ini adalah penyamar. Nama-nama lain itupun juga mungkin sengaja diwujudkan bila dilihat pada masa. isma daud kpdPelajarSMKRD Ko tu budak lagi..Mana tahu apa-apa ... 2009-02-22 4:36 PM # PelajarSMKRD Ustaz,nape ustaz nie?Kenapa ustaz x betul hari nie? 2009-02-22 4:35 PM # isma daud kpd taufan Ko duli apa!Aku ustaz,ko sembah aku ..Nanti ko ku tumbuk kang 2009-02-22 4:34 PM # taufan Nape blog ustaz ada anasir jahat seperti Anti-Islam?Ustaz sendiri pun dah merapu mengeluarkan kata-kata lucah???Nie dah x betul 2009-02-22 4:33 PM # ProIslam kpd Isma Daud Ustaz,apa yang ustaz merapu nie.. x baik lah

Ya Rasulullah !!! Engkau Bersikap Pemaaf Terhadap Orang Lain

Oleh isma daud Saya menerima emel daripada seorang muslimah yang merintih jiwanya kerana tidak dapat memaafkan kesalahan orang yang mengkhianati dan telah menyakitkan hatinya. Biarpun saya memberi pandangan agar beliau membuka sedikit ruang kemaafan agar dia lebih adil dan mampu bertindak dengan lebih rasional namun muslmah ini menyatakan bahawa ianya tidak mudah dan mungkin mustahil. Apakan daya saya, saya hanya pemberi nasihat kerana diminta dan tidak semestinya pandangan saya sesuai dengan orang tu. Hanya bergantung pada pandangan di alam maya ini , mana mungkin segalanya dapat diselesaikan sebegitu mudah. Bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Harapan saya hanya satu, kita semua jangan cepat berputus asa daripada rahmat Allah SWT, kerana Dialah pemliik dan pemutus bagi segala sesuatu. Menjelangnya hari sambutan Maulidur Rasul, mengenang hari keputeraan baginda yang akan tiba beberapa hari lagi saya mengenangkan jasamu ya Rasulullah saw yan

Rasulullah SAW ; engkau insan Tawaadhuk (تواضع)

Oleh isma daud Saban hari, kita sering disibukkan dengan dunia glamour dan dan tidak pernah berhenti mengejar hidup yang penuh dengan kemewahan. Kadangkala kita lupa untuk bermuhasabah diri betapa kita ini akan meninggalkan setiap usaha yang kita lakukan itu. Namun kita tetap berusaha mengukuhkan diri dengan cengkaman penguasaan dunia agar nafsu kita puas tanpa menghiraukan amaran-amaran tuhan agar kita berwaspada dengan tipu daya dunia. Bukan salah kita mengejar dunia, yang salah kalau kita terpesona dengannya sehingga lupa jalan menuju yang Esa dan kehidupan yang kekal buat selamanya. Saya suka memetik kata-kata penyair dalam muqaddimah kitab Riadhus Solehiin (taman-taman Orang Yang Soleh) karangan Imam An-Nawawi r.h. dengan kata bicara yang cukup berkesan; إن لله عبادا فطنا * طلقوا الدنيا وخافوا فتنا ونظروا فيها فلما علموا * أنها ليست لحي وطنا جعلوها لجة واتخذوا * صالح الأعمال فيها سفنا Dalam kata syair ini ia membicarakan akan orang yang bijaksana iaitu orang yang berjaya mengh

Ya Rasulullah SAW; engkau insan Zuhud !!!

Oleh isma daud Tidak berapa hari lagi akan muncul hari memperingati keputeraan nabi kita Muhammad saw. Saya suka mengajak saudaraku SeIslam yang tengah kalut dengan krisis berkerajaan dan kemuliaan sultan yang tercalar agar tidak lupa kepada insan yang akan membawa kesejahteran buat kita dan alam buana ini sejagatnya. Insan yang akan menyelamatkan kita dengan syafaat uzma di akhirat nanti. Dalam kita mengenangkan kebesaran pemimpin dan kerajaan yang ada suka saya menyemak dan menjejak satu sifat yang mulia yang ada pada badan tubuh Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama menjejak qudwah hasanah akan kezuhudan baginda saw yang meletakkan baginda sebagai insan terpilih. Terpilihnya baginda kerana baginda yang jika dia mengkehendaki nescaya datang menyembah kepadanya alam dunia dan buana yang ada tetapi baginda memilih jalan zuhud. Zuhud bukan menolak dunia tetapi pandai memanfaatkan dunia menjadikan ianya sebagai akhirat. Zuhud bukan bermakna berbaju buruk dan compang-camping tetapi memil

Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah dalam Ibadah

Oleh isma daud Rasulullah SAW adalah "icon" dan contoh terbaik yang lebih mesra kita bahasakan sabagai "Qudwah Hasanah" yang mengatasi seluruh cerdik pandai dan segala tokoh yang wujud di alam buana ini...baginda saw sentiasa menjadi menara yang mampu menunjuk arah tuju dengan cara memancarkan cahayanya bagi menyuluh kegelapan buana dan jahiliyyah yang melingkari hidup manusia, biarpun telah berlalu lamanya masa dan zaman; keperibadian Rasulullah SAW masih mengungguli sebagai contoh teladan unggul bagi manusia; ikutan yang paling baik dan masih menjadi penunjuk arah bagi penyelesaian hidup manusia. Ianya amat menepati apa yang dijelaskan oleh allah SWT; اللّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُ * (124) سورة الأنعام maksudnya: " Allah SWT lebih tahu dimana perutusanNya akan diletakkanNya " - surah al-An'aam; ayat 124. Ciri-ciri contoh unggul ini; telah berjaya dicernakan oleh peribadi yang membawa risalah yang kekal sehingga hari kiamat; iaitu nabi M

Warisan Negara

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM tarmizi.rahim@utusangroup.com.my Nasi lemak, teh tarik makanan warisan KUALA LUMPUR 14 Feb. – Seratus jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia termasuk nasi lemak, nasi kerabu, char kuetiau Pulau Pinang, kari kepala ikan, akok serta tapai diumumkan sebagai Warisan Kebangsaan 2009 hari ini. Pengisytiharan mengenainya dilakukan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Victoria Institution di (VI) sini hari ini. Keseluruhannya, terdapat 172 butiran yang diumumkan sebagai Warisan Kebangsaan merangkumi Tapak Warisan - monumen atau bangunan, arkeologi dan alam semula jadi; Objek Warisan - artifak, kerja seni, manuskrip, lagu rakyat, puisi, tradisi lisan, tarian dan seni mempertahankan diri; serta Tokoh Orang Hidup. Dalam pada itu, Mohd. Shafie juga mengumumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria kini dikenali semula sebagai Victoria Institution, iaitu nama asal yang diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan. Selai

Besarnya Kudrat Ilahi!!!

Image
Kiriman e-mel , Bayangkan jika anda berada dalam sebuah restoran; anda melihat pengelola restoran tersebut sentiasa bekerja, sentiasa kelihatan orang yang sama. Betapa hebat tenaga orang tu. Apabila disingkap, rupanya mereka kembar... Makanya mereka dinamakan robot. Kenapa dinamakan robot? Kerana restoran ini buka sepanjang hari selama 21 jam, pengelolanya "bekerja seolah-olah tanpa mengenal lelah". Pekerja restoran juga sekilas terlihat sama, namun ini adalah pasangan suami isteri kembar identik! Orang2 sekitar menyebutnya ' robot couple restaurant ' kerana mereka melihat orang yang sama bekerja seperti robot dalam menjalankan restoran dari jam 5 pagi sampai jam 3 dini hari. Namun saya sendiri tidak pasti mereka bekerja di restoran mana? negara mana? sudut dunia mana? Jelasnya oh betapa besarnya kudrat Ilahi!!!

Golongan Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

Oleh isma daud Nabi Muhammad SAW bersabda: Ahli Syurga ada tiga golongan; 1. Orang yang mempunyai kekuasaan - berhukum dengan keadilan hukum Allah SWT dan bersedekah kepada yang fakir dan miskin serta mendapat pertolongan Allah untuk berbuat taat dan bersikap adil dalam melaksanakan sesuatu hukum. 2. Orang yang penuh kasih sayang - hatinya diliputi belas-kasihan terhadap sanak-saudaranya dan orang-orang Muslim. 3. Orang yang soleh - iaitu orang yang dapat menahan dirinya dari segala sesuatu yang tidak halal dan tercela, yang cintakan ahli keluarganya sehingga tidak mendorongkannya mendapatkan harta daripada yang haram dan sentiasa mendahulukan cintanya kepada Allah SWT daripada cintanya kepada ahli keluarganya. Dan sabda Baginda SAW lagi; Ahli neraka itu ada lima golongan; 1. Orang yang lemah - Iaitu orang yang yang tidak mempunyai kesabaran sehingga dapat menahan diri tatkala didatangi nafsu syahwat, tidak mahu berkahwin dengan mendatangi perempuan yang haram baginya dan suka

Kem Ibadah Solat Dan Motivasi Jati Diri

Image
Oleh isma daud Kem Ibadah Solat Dan Motivasi Jati Diri khusus kepada sebahagian pelajar Tingkatan Dua SMK Rosli Dhoby, Sibu. Program ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Pengerusi , AJK dan Ahli Jamaah Surau Darul Firdaus , Jalan Apollo yang telah membenarkan surau menjadi lokasi perkhemahan pelajar ini. Pihak lain yang terlibat secara langsung ialah pihak JAKIM, Sibu, SMC, Pejabat Belia Dan Sukan, Polis Peronda PDRM , SK Deshon, Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu, guru-guru SMK Rosli Dhoby yang bersedia menjadi Fasilitator sepangjang program ini dan pelbagai pihak yang tidak dapat saya sebutkan di sini. Hanya Allah yang dapat membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Syukur program ini mendapat sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi ahli masyarakat setempat. Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan program ini berjalan dengan lancar dan teratur sepertimana yang telah dirancang.

Hari Valentine bukan daripada Islam

Hassan Basri HJ Abdullah Islam yang menjadi agama yang diredai oleh Allah s.w.t adalah satu agama yang sempurna. Tidak perlu ada penambahan di dalamnya, Islam telah mengatur seluruh kehidupan penganutnya daripada perkara yang paling kecil hinggalah yang paling besar, dalam semua urusan samada ibadah, muamalah, ekonomi, politik dan sebagainya. Umat islam tidak perlu lagi mencari cara hidup yang lain selain Islam. Firman Allah s.w.t ; al-Maidah :3 “pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Oleh itu sesiapa yang mencari agama lain atau cara hidup lain selain daripada islam ia tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t ; an-Nisa’:85 “dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”. Di dalam Islam ada perkara yang halal dan ada perkara yang haram. Perkara yang