Ulasan : Orang pompuan (perempuan) Takut Kepada PAS?

Oleh Penarik beca
Baca artikel beliau di Tranungkite.

Dalam tulisannya bertajuk "Light and darkness: Reflections on KT" yang disiarkan Malaysiakini hari ini, pakar Asia Tenggara di Universiti John Hopkins (dia reti cakap Melayu) menyatakan:


(Umno mendapat undi kaum wanita - Cina dan Melayu. Orang pompuan, terutama di pusat bandar, takut kat PAS (guane tu?)

Ulasan isma daud
Catatan : Ulasan saya tidak melibatkan muslimah solehah ...., dari pemerhatian saya sahaja.

Biasanya perempuan yang undi UMNO ialah perempuan yang takut kepada tudung labuh, pakai menutup aurat secara sempurna, perempuan seksi, takut tidak dapat berdua-duaan dengan pakwe (kekasih hati) di taman-taman, tidak boleh ber"jom heboh", takut nanti tidak boleh berpesta tari menari, dll. Pokok persoalan yang utamanya takut kena tutup aurat dengan sempurnalah!!! Kalau tutup kepala tubuh boleh seksi-seksi , kalau pakai baju elok-elok kepala pula, dibiarkan terdedah atau berjambul di depan...sekadar letak selendang nipis je...

Hanya UMNO yang kita lihat wanita melayu-islamnya (sebahagian besar) masih suka buka rambut dan takut untuk bertudung dengan sempurna. Isu lain tidak rasanya. Takut untuk tutup kepala elok-elok. Sedikit sangat wanita UMNO atau sokong UMNO yang sanggup menutup aurat dengan sempuna.

Hanya UMNO yang masih takut dengan hukum dan hudud. Jadi yang tidak faham hukum hudud ini ialah sebahagian besarnya wanita yang tidak tutup aurat dan UMNO. Orang cina kita fahamlah mereka bukan Islam. Bahkan orang cina sebahagiannya lebih faham daripada wanita yang tidak tutup aurat ini.

Kepada wanita/perempuan yang tidak tutup aurat tu buatlah penilaian semula akan pendirian anda kepada hukum Allah SWT yang satu ini.

Berhentilah takut kepada PAS, Takutkanlah Allah SWT tuan punya hukum itu....

Wallahu a'lam!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?