Mengamalkan "Talfiq" dalam agama : Haruskah?

Ustaz,
Bagaimana kalau kita talfiq dalam satu permaslahan. contohnya wuduk.
Saya mengambil wuduk cara syafei tetapi tidak batal wuduk bersentuh dengan perempuan kerana mengikut hanafi. Bolehkah?

Anonymous,
December 22, 2008 6:33 AM

Contohnya dalam bab zakat fitrah kita sudah lama menggunakan kaedah membayar zakat fitrah dengan mata wang sedangkan dalam mazhab kita as-Syafie (r.h.); wajib membayarnya dengan bentuk bahan ruji atau makanan asasi. Perkara ini kita namakan "mazhab mufti"


Oleh isma daud

Saudara/saudari yang bertanya;

Maaf kerana terlepas pandang kepada permasaalahan yang saudara/i kemukakan.

Walaupun ada emel, pandangan dan soalan datang daripada pengunjung di blog atau kotak e-mel saya, yang tdak mahu memperkenalkan dirinya (walau hanya sekadar nama samaran@nickname), saya tetap melayan persoalan mereka. Jika saya rasa ianya bermanfaat, saya "post"kan di blog saya ni untuk perkongsian bermakna. Namun dalam perkara yang sensitif dan peribadi , saya akan jaga rahsia itu sebaik mungkin.

Lagipun dalam persoalan agama, mungkin ramai yang rasa malu untuk memperkenalkan diri. Kalau dalam isu politik boleh jadi kerana seseorang itu takut dikenanli dan sebagainya.

Jawapan yang saya berikan sekadar maklumat yang saya ada. Lagipun saya bukan orang yang sebenar-benarnya layak untuk menjawab persoalan agama. Saya hanya seorang ustaz di sebuah sekolah. Ustaz Rosli Dhoby.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan di atas; kita ini seharusnya faham bahawa ber'amal dengan talfiq (melampaui mazhab @ tanpa mazhab)tidak boleh melainkan dengan prinsip dan disiplin ilmu yang tertentu. Kerana mereka yang arif sudah tentu mampu berpegang kepada nas dan dalil serta hujjah-hujjah yang kukuh yang mereka kuasai.

Bagi orang awam memadailah mereka itu mengikut pandangan yang dikeluarkan oleh "mereka yang berautoriti dalam perkara agama". Ini kerana mereka tidak berkemampuan mendatangkan nas, hujah atau dalil. Contohnya dalam bab zakat fitrah kita sudah lama menggunakan kaedah membayar zakat fitrah dengan mata wang sedangkan dalam mazhab kita as-Syafie (r.h.); wajib membayarnya dengan bentuk bahan ruji atau makanan asasi. Perkara ini kita namakan "mazhab mufti". Setelah dibincangkan dan disepakatkan maka hukum mengenainya diguna-pakai demi kemaslahatan orang-orang Islam dan keperluan semasa.

Adapun bagi orang awam adalah tidak harus bagi mereka meng'amalkan "Talfiq" dalam amalan keagamaan mereka sehari-harian seperti mengambil wudhuk dalam mazhab Syafie tetapi batalnya wudhuk itu mengikut mazhab lainnya. Ini adalah "Talfiq Bathil".

Orang awam; mereka adalah dalam kelompok mereka yang tidak mampu mendatangkan hujah, jadi mereka hanya mampu bertaqlid dalam sesuatu hukum. Jika mereka mahu beramal dengan sesuatu mazhab juga hendaklah mengambil keseluruhan mazhab tersebut seperti mengambl wudhuk dalam mazhab hanafi dan batalnya dalam mazhab hanafi juga. Ini diharuskan. Ianya banyak diajar kepada para jamaah haji yang hendak mengerjakan haji dalam kursus-kursus haji.

Saya berharap kita dapat ber'amal dengan sesuatu amalan dengan pengetahuan dan mematuhi prinsip serta disiplin ilmu bukan sekadar ikut-ikutan semata-mata. Jika kita tidak berkebolehan usahlah kita mengamalkan "talfiq" dalam perkara agama. Seperti apa yang digambarkan dalam persoalan di atas "mengambil wuduk cara syafei tetapi tidak batal wuduk bersentuh dengan perempuan kerana mengikut hanafi". Ianya tidak harus diamalkan dalam situasi masyarakat kita yang tidak menguasai prinsip-prinsip ilmu tadi. Jika diamalkan banyak kekeliruan mayarakat akan timbul. Namun jika ia sesuai dengan keperluan masyarakat pada suatu hari nanti, mungkin ia dapat diamalkan seperti kaedah bayar zakat fitrah itu.

Kepada sesiapa yang lebih arif dalam hal ini bolehlah memberi pandangan mereka. Saya amat alu-alukan pandangan tuan-tuan.

Wallahu A'lam Bis Sowaab!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?