Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, January 26, 2009

Menanti Gerhana

Oleh isma daud

Cuaca hari ini terang sebelah pagi dan mula menitiskan manik-manik hujan menjelang tengahari. Sehingga masuk waktu asar cuaca masih redup dan awan hitam membalut ruang angkasa. Mengikut maklumat PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA akan berlaku fenomena gerhana matahari. Jika berlaku kita sunat melaksanakan solat sunat gerhana matahari secara berjamaah. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Cuma apa yang saya ingin betulkan cara solat yang dicatatkan oleh razor bahawa pada rakaat kedua kena niat solat sunat gerhana. Sebenarnya ia tidak perlu kerana ia masih dalam solat yang sama. Cuma istimewanya solat ini ianya mengandungi dua rakaat, empat rukuk dan empat sujud.Selepas solat sunat dibacakan khutbah bagi memperingatkan akan kebesaran Allah SWT.


Semoga Allah SWT merahmati razor atas maklumat yang bermanfaat dan berguna. Harap kesilapan itu dapat diperbetulkan.

Sementara itu saya sempat tergelak baca pandangan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang mengenai minatnya membuat blog. Dia takut nanti jika dia buat blog; blognya macam gerhana. Tidak kiralah gerhana bulan atau matahari. Pandai-pandai saya buat cerita.

Saya dapati ramai juga YB buat blog tapi macam hidup segan mati tak mahu...

Sebenarnya beliau dilaporkan berkata : "...tidak mahu 'leka' dengan blog nanti akan melalaikan dirinya daripada menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri."

Yalah kalau ada macam tidak ada baik tidak payah... Macam orang Iban kata : "Semadi Nadai". Betul ke saya ni???

Disini saya ciplak maklumat sedikit dari blog GB tentang gerhana matahari yang berlaku petang tadi.

Gerhana Matahari Separa telah dapat dilihat di langit Malaysia pada petang 26 Januari 2009 tadi. Ia berlaku apabila bulan merentasi di hadapan matahari tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz bulan yang lebih kecil secara komparitifnya dengan saiz matahari.
Info : Oleh kerana gerhana matahari tidak kelihatan di tempat saya tiada solat gerhana dilakukan. Solat gerhana matahari dilakukan jika gerhana itu kelihatan ditempat itu, tidak memadai dengan penentuan berita semata-mata atau perkhabaran. Wallahu A'lam!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails