Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, January 03, 2009

Kampungku (siri 5) : Orang kampungku Menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Oleh isma daud

Dengan kehendak Allah SWT; tiada siapa yang dapat menduga, bahawa rakyat kawasan parlimen Kuala Terengganu akan menghadapi pilihan raya sekali lagi selepas 8 Mac tahun lalu. Sekali lagi pentas politik tanahair akan melihat cara demokrasi dilaksanakan dengan telus atau sebaliknya. Rakyat Kuala Terengganu akan memilih siapa akan mewakili mereka ke Dewan Rakyat nanti menggantikan penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; yang meninggal dunia secara mengejut baru-baru ini pada 27 Oktober lalu.

Kedua-dua parti yang akan bertanding telah mengumumkan calon masing-masing. Dengar khabarnya ada pihak Bebas akan turut bertanding. Namun tumpuan sudah tentu terarah kepada dua parti utama iaitu BN diwakili UMNO lawan Pakatan Rakyat diwakili PAS.

Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan, mencalonkan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh manakala PAS pula mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Saya cuba cari gambar calon BN yang elok tidak jumpa, yang ini ada. Saya minta maaflah jika gambar ini tidak sesuai. Tapi inilah wajah Senator Wan Farid; calon BN dalam PRK Kuala Terengganu nanti.

Walaubagamanapun bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, tidak bertanding.

Kepada pengundi berdaftar bagi kawasan ini gunakanlah hak dan kebijaksanaan anda untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili anda dan kawasan anda ke Parlimen nanti.

Selamat Mengundi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails