Kampungku (siri 4 ) : Bila Hudud menjadi persoalan?

Oleh isma daud

Dalam ketenangan saya menghabiskan hari-hari bercuti sesama ahli keluarga dan orang kampung, tiba-tiba isu hudud kembali mendapat tempat dalam perbualan harian masyarakat di warong-warong kopi. Semuanya angkara debat antara Husam Musa dengan Khairi Jamaluddin. Bagi saya elok juga isu ini dihangatkan agar kita tidak alpa dalam memahamkan diri kita terhadap hukum tuhan; Hukum Allah SWT.

Hukum Allah SWT; biar sekecil manapun hukum itu tetap hukum yang wajib kita imani. Perkara pertama kepada umat Islam ialah menerima dahulu ianya sebagai hukum yang wajib sepertimana kita menerima wajibnya solat, puasa dan kewajian yang lain. Bezanya hukum hudud berada dalam hak dan wilayah hukumah sementara hukum solat adalah dalam hak individu. Kita tidak dapat melaksanakan hudud kerana kita mahukan ianya berlaku dan dilaksanakan. Kita perlukan kekuasaan dan kerajaan yang mahukan hukum itu dilaksanakan. Sayangnya hukum ini tidak disukai oleh kerajaan yang memerintah di peringkat pusat sebaliknya pihak pusat pula bermain api mengatakan kerajaan negeri tidak mahu melaksanakannya.

Sebenarnya; hukum hudud ini mendedahkan kepada kita siapa yang mahu bermain api. Isu hudud adalah isu keimanan dan keyakinan kita terhadap Allah SWT sebagaimana Allah SWT sifatkan bahawa tidak beriman seseorang itu sehingga dia menerima dan berhukum dengan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT dengan sebenar-benar keimanan.

Menerima hukum Allah bukan sekadar menyebutnya tetapi meyakininya. Yakin bahawa hukum Allah SWT sebagai yang terbaik dalam menyelesaikan segala persoalan dan kemusykilan hidup manusia. Yakin bahawa hukum Allah SWT mampu mencegah manusia daripada melakukan kebejatan, maksiat dan perkara mungkar.

Ini bukan lagi masalah melaksanakan hukum itu tetapi menerimanya pun tidak. Pada peringkat asas pun memadai. Menerimanya terlebih dahulu, sepertimana kita menerima solat itu sebagai perintah yang wajib. Tiba-tiba orang itu tidak berkemampuan bersolat; maka orang tu tidaklah melaksanakan solat itu dengan sempurna tetapi mengikut kemampuan yang ada padanya seperti bersolat secara duduk, berbaring hatta dengan niat sekalipun. Maka orang itu tidak melaksanakannya bukan kerana tidak mahu melaksanakannya tetapi tiada kemampuan. Ini amat berbeza dengan orang yang ada kemampuan tetapi tidak mahu melaksanakannya. Hukumnya turut berbeza. Begitulah dalam persoalan melaksanakan hudud amat berbeza di antara tidak mahu melakanakan hudud dengan tiada kemampuan melaksanakan hudud.

Kepada umat Islam; bukakanlah hatimu terhadap hukum Allah SWT dan malulah kepada orang bukan Islam yang kadangkala terlebih faham dan merasakan kebaikan hukum Allah SWT. Jika bukan Islam menentang hudud tidaklah pelik bunyinya kerana mereka tidak faham akan hukum Allah SWT. Tapi jika umat Islam yang mempersoalkannya apa maknanya tu???

Berimankah orang Islam itu???


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?