Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, January 16, 2009

Hanya untuk orang Islam sahaja?

hukum hudud dan qisas hanya untuk orang Islam sahaja dan perkara ini tiada kena-mengena langsung dengan DAP???


isma daud : Hukum Hudud hanya untuk orang Islam? Saya berpendapat bahawa hudud adalah hak Allah untuk manusia. Menjadi tugas kita menjelaskannya kepada mereka yang belum faham mengenainya baik kepada orang Islam dan bukan Islam. Presiden PAS perlu menilai kembali kenyataannya bukan untuk kepentingan politik sahaja. Walaubagaimanapun saya bersetuju bahawa betul perlaksanaan hudud hanya kepada orang Islam sahaja. Kefahamannya tidak begitu. Hudud untuk manusia seluruhnya.

Namun; tindakkan TV3 yang cuba memburukkan hudud, seolah-olah TV3 kehabisan isu sehingga pergi temuramah Karpal Singh yang sudah semua orang tahu dia anti Hudud. Karpal anti hudud tidaklah menghairankan tetapi TV3 turut sama sependapat dengan Karpal cukup menghairankan. Tapi lebih hairan saya tu bersungguh benar TV3 cuba besarkan isu ni dengan menyiarkan tajuk berita PR RETAK. TV3 ni anti hudud juga ke... Biasanya kenyataan TV3 selari dengan taukeh mereka UMNO.

Pada sayalah TV3 patut kena tanya pendirian UMNO sebaliknya pergi tanya DAP. Kira-kira TV3 banggalah jika ada orang anti hudud. Siarkanlah banyak lagi supaya orang benar-benar yakin bahawa TV3 anti hudud.

Hudud: UMNO perlu nyatakan pendirian

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas
, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa hukum hudud dan qisas hanya untuk orang Islam sahaja dan perkara ini tiada kena-mengena langsung dengan DAP.

Menurutnya, isu hudud sepatutnya dijawab oleh UMNO yang menjadi sebuah parti Melayu Islam dan bukan dijawab oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa hukum hudud dan qisas hanya mempunyai kaitan dengan orang Islam dan ia tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam, khususnya DAP.

“Kenapa masih memperbesarkan isu ini, kita sudah menjelaskan pendirian kita dengan jelas dan terang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Memorandum bantahan PPSMI (Pengajaran/Pembelajaran Sains/Matematik dalam Bahasa Inggeris) di sini semalam.

Kelmarin, Karpal mengeluarkan kenyataan mengulangi pendirian DAP bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar parti serta tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, malah mengancam untuk menarik diri daripada PR sekiranya Pas tetap mahu melaksanakan undang-undang tersebut.

Sementara itu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengulangi pendirian Abdul Hadi bahawa hukum ini hanya akan dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak harus berasa takut kepada undang-undang ini.

Selain itu, Anwar mempersoalkan kenapa UMNO terus senyap mengenai isu hudud dan sekiranya UMNO memperjuangkan Melayu Islam, mereka harus mengeluarkan pendirian mengenai cadangan Pas yang akan melaksanakan hudud dan qisas sekiranya menjadi Kerajaan Pusat.

“Apa erti hanya solat sahaja, tetapi mempersoal dan mempertikaikan hukum Allah. Dalam PR, semua suara boleh mengeluarkan pendapat masing-masing dan tugas kita adalah berbincang bersama-sama.

“Apa yang penting, kita perlu hormat pendirian Pas yang akan menjalankan hukum hudud sekiranya menjadi Kerajaan Pusat,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails