Erti Membazir

Oleh isma daud

Sambil-sambil berehat bersama isteri; saya sempat menonton rancangan "Fenomena Seni" yang dihoskan oleh Rosyam Nor di RTM1, membincangkan tajuk Wedding Of The Year, yang tetamunya yang sempat saya ingat ialah (wartawan Hiburan lupa namanya), Ustazah Zawiah Hassan dan Datuk Shah Reza.

Banyak komen penonton dan ahli penal sendiri tertumpu kepada majlis persandingan MAWI-EKIN yang tengah berlangsung. Ramai yang menyifatkan ianya satu pembaziran sehingga 74% penonton bersetuju ianya membazir. Tidak kurang berpendapat majlis persandingan itu adalah untuk perniagaan sehingga seseorang itu diekploitasi dan diperkudakan dirinya sebegitu rupa.... bla...bla...

Yang penting dan menarik minat saya ialah pandangan Datuk Shah Reza yang memberi makna membazir dengan pandangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katanya "Seringgit pun kalau tidak digunakan secara betul ianya satu pembaziran, kalau banyak pun (contoh seribu riyal) tapi guna tempat betul...tidaklah membazir".

Rupanya membazir itu dipulangkan kepada bagaimana sesuatu itu digunakan, dimanfaatkan dan dilaksanakan. Pulang balik kepada penggunaan atau perlaksanaannya...bukan terpulang kepada sedikit atau banyaknya.

Elakkanlah Pembaziran dalam sesuatu urusan kita kerana setiap amalan kita yang baik adalah Ibadah. Lagi pun membazir itu amalan syaitan...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?