Calon PAS kini dahului kiraan undi

mStar
Oleh G. MANIMARAN

TERKINI
[DIKEMAS KINI, 8.25 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut kini mendahului calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 168 undi.

Perkembangan terbaru itu adalah berdasarkan pengiraan 85 daripada 144 peti undi yang selesai dikira sebentar tadi.

Mohd Abd Wahid memperoleh 18,532 undi mengatasi Wan Ahmad Farid dengan 18,364 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 119 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan kira-kira pukul 8.20 malam tadi.

Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 undi.

Sementara itu, Mohd Abd Wahid hanya memperoleh 86 undi manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas kematian ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Oktober lalu ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.


Keputusan Berkaitan: Malaysiakini (8:10pm) - Sila klik disini

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?