Bezanya Nasib Pemakai Serban Berbanding Turban Dalam Perundangan Negara

Oleh isma daud

Sumber : ( Harakah )

Under the law, helmet exemptions are given to Haji and Hajjah (Muslim men and women who had performed their pilgrimage in Mecca), lebai (religious person) who wear serban and Sikhs who wear turbans.

Gambar di atas: Ahmad Nasir Darus, 27, Pelajar dari Madrasah Al-Diniah Al-Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh, dihukum bersalah kerana tidak memakai helmet sebaliknya serban ketika menunggang motosikal. Tetapi dia telah memilih penjara kerana mempertahankan haknya sebagai orang Islam dan menganggap pemakaian serban adalah sunnah nabi Muhammad saw.

Jika "orang sikh" diiktiraf turban mereka; mengapa undang-undang kita tidak boleh menerima serban sebagai pakaian beragama bagi orang Islam khususnya bagi pelajar pondok dan aliran agama. Mungkin Ahmad Nasir tidak kelihatan lebai agaknya sebagaimana yang diiktiraf undang-undang bahawa lebai sebagai" religous person". Mungkin polis yang menangkapnya tidak dapat membezakan perkataan "lebai" atau memang muka Ahmad Nasir ketara dia tidak lebai. Maka dia disaman dan didapati bersalah oleh undang-undang.

Ahmad Nasir Darus telah memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Malangnya nasib agama Islam di dalam sebuah negara umat Islam bila haknya tidak diiktirafkan oleh undang-undang negaranya sendiri....

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?