500 pencinta bahasa Dijangka Hadir Ke Himpunan Bantah PPSMI

Eksklusif: Sasterawan Negara Dijangka Hadir Ke Himpunan Bantah Pembelajaran Matapelajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris !!

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) esok. Beberapa tokoh utama bahasa seperti bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta. Keempat-empat mereka menganggotai jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), penganjur tunjuk perasaan itu yang dinamakan majlis pelancancaran perhimpunan besar 100,000 rakyat. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (foto) turut diura-urakan akan menyertai majlis pelancaran itu. Dihubungi hari ini, beliau bagaimanapun masih berteka-teki dengan berkata: "Awak tengoklah esok." Setiausaha GMP Hasni Abas memberitahu, tokoh-tokoh itu akan berucap menolak PPSMI dan program ringkas ini yang bermula jam 3 petang diakhiri dengan acara pelancaran oleh Dr Hassan sebagai pengerusi jawatankuasa induk GMP.

GMP merancang menganjurkan perhimpunan besar-besaran awal Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Majlis pelancaran itu yang turut disertai beberapa ahli politik PKR dan PAS akan dimeriahkan dengan bacaan sajak bertemakan perjuangan bahasa. Hasni, juga presiden Kesatuan Pekerja-pekerja DBP berkata, sebanyak 2,000 risalah menentang PPSMI akan turut diedarkan kepada orang ramai di sekitar kompleks tersebut. Mengulas sebab Sogo dipilih sebagai tapak pelancaran perhimpunan GMP dua bulan lagi, beliau berkata: "Tempat itu ramai orang. Perjuangan kita perjuangan rakyat. Kita kena pergi kepada rakyat." Tambahnya, majlis pelancaran itu tetap dilangsungkan walaupun tanpa permit polis. "Polis kena lebih faham. Kita pun warganegara juga yang ada hak (berhimpun)," katanya. Ahad ini, PAS yang bergabung dalam GMP akan mengadakan ceramah berhubung isu PPSMI di Markaz Tarbiyyah, Gombak.


Komentar awam:


[Dalam negara Malaysia ini, memang sepatutnya mana-mana himpunan yang bertujuan untuk membela rakyat sepatutnya mendapat sokongan dan pemantauan daripada pihak berkuasa terutamanya pasukan polis. Namun, dek kerana kepentingan politik mengatasi segalanya maka akhirnya pihak polis dijadikan "kambing hitam" untuk menyerang dan melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak berdosa dan hanya menyatakan suara mereka untuk didengari. Maka itu, kami yakin himpunan PPMSI yang bakal dilakukan di Sogo esok bakal menjadi satu lagi medan pertarungan antara pihak polis terutamanya FRU dengan rakyat marhaen].

Pahang Daily Online

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?