Posts

Showing posts from December, 2008

Kampungku(3) : Siri Kuliah, Ceramah Dan Amal Jamaie

Oleh: isma daud Malam ni sudah masuk tahun baru Hijrah. Bermakna kita sudah berada dalam tahun 1430H. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H kepada semua umat muslimin umumnya dan mereka yang bertandang ke blog saya ini khususnya.Dan malam ni juga saya berkesempatan menyampaikan satu kuliah khas sempena kehadiran tahun baru hijrah di sebuah surau. Kuliah saya ni adalah mata rantai kepada kuliah saya yang telah lalu sepanjang saya berada di daerah ini. Satu perkara yang tidak terduga oleh saya ialah keberadaan saya di kampung ; tidak disia-siakan oleh masyarakat setempat sekitar kediaman dan kedaerahan tempat saya berada. Saya kira; dari malam pertama saya pijak kaki ke kampung, pelbagai program kemasyarakatan maupun amal jamaie telah diaturkan kepada saya seperti kuliah maghrib , ceramah, majlis tazkirah, kuliah subuh, usrah, perkhemahan remaja maupun belia seperti "Kem Anak Soleh" dan paling berkesan ialah kelas al-Quran bagi jamaah dewasa yang bermula ma

Keputusan PMR 2008 Diumum Selasa Ini

Ini berita yang mendebarkan buat anak-anak didik saya yang belajar di SMK Rosli Dhoby dan semua calon yang menduduki PMR 2008 tempohari. Setelah mereka bertungkus lumus belajar dan tekun menduduki peperiksaan tempohari; kini keputusan peperiksaan PMR akan diperolehi pada hari selasa ini; 30 Disember 2008 . Tapi pada masa tu saya masih di kampung lagi. Doa saya agar anak-anak didik saya akan memperolehi keputusan yang cemerlang nanti. Tahun lepas keputusan di peringkat sekolah amat membanggakan kerana ramai juga yang mendapat "A" dalam semua mata pelajaran. Harapannya tahun ini kejayaan itu dapat diteruskan lagi, insya Allah. Ketua Pengarah Pelajaran , Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataannya pada 24 Disember lalu berkata semua calon boleh mendapatkan keputusan tersebut di sekolah masing-masing pada hari berkenaan mulai jam 10 pagi. Peperiksaan ini telah berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober 2008 di 3,458 pusat peperiksaan seluruh negara. Doa saya agar mereka akan berjaya d

Kampungku (siri 2): Berita Banjir dan Kisah Kematian

Oleh : isma daud Dalam minggu pertama berada di kampung; sehari selepas kami berada di sini, hujan turun mencurah-mencurah sehingga banyak kawasan di landa banjir dan ramai pula yang terpaksa berpindah. Syukur alhamdulillah kawasan saya tinggal ni masih selamat daripada ditenggelami banjir. Dalam pada itu; saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk berziarah ke rumah-rumah sanak saudara yang telah setahun genap tidak berjumpa. Bertandang ke rumah ibu saudara saya sebelah ibu; menemukan saya dengannya dengan sedikit rasa hiba; matanya sudah tidak dapat melihat macam dulu lagi. Tapi dia masih mengenali saya dan kenal suara saya. Begitulah bila usia sudah senja semua nikmat tuhan yang elok kian ditarik daripada hambanya. ini mengajar kita agar kita sentiasa bersyukur atas nikmatnya dan redha pula dalam menerima segala ketentuannya. Saya juga terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan beberapa saudara yang telah pergi menghadap Ilahi. Namun saya tetap berkunjung ke pusara mereka bersam

Kampungku (Siri 1) : Percutian Yang Dinanti

Oleh isma daud Assalamu alaikum w.m.t. Hampir sebulan penuh saya tidak bangunkan blog kesayangan yang telah saya mulakan sejak Oktober 2007 yang lalu. Sejak pulang bercuti ke Terengganu; saya tidak memiliki kemudahan itu. Laptop saya rosak ”motherboard”nya dan talian telefon pula tiada di rumah ibu saya yang sudah lanjut usia itu. Dengan pertolongan seorang saudara laptop saya itu dapat dibaiki dengan harga yang berpatutan. Dalam tempoh saya bercuti di kampung halaman yang hanya sekali setahun saya jenguk; saya cuba manfaatkan cuti itu sebaik mungkin. Dari hari pertama saya bersama isteri dan anak-anak saya jejak kaki ke bumi Terengganu; rumah ibu dan keluarga mentua menjadi tempat perkampungan saya. Keluarga sebelah isteri saya menyambut kami di Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang cukup berubah wajahnya. Yalah dah jadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Setelah bermalam di rumah keluarga sebelah isteri; kami berkampung pula di rumah ibu saya. Ibu saya sudah berusia lewat 70an; me