Warkah Bolhassan Bin Ainnie Dhoby

Assalamualaikum Ustaz Rosli Dhoby,

Apakah pandangan atau komen ikhlas dari Ustaz tentang perjuangan Allahyarham Rosli Dhoby?


Yang benar,

B.A.Dhoby
albida3@yahoo.com
22/10/2008



isma daud menulis;

Wa alaikumus salam w.m.t

Maaf kerana saya agak terlambat membalas emel tuan. Ini kerana saya agak lama tidak membuka emel saya di yahoo.com. Sehingga emel ini tidak berbalas sehinggalah ke hari ini.

Secara ikhlas; saya tidak mengenali peribadi dan keluarga Rosli Dhoby. Mungkin saudara/tuan salah seorang daripada ahli keluarganya.



Bagi saya Rosli Dhoby adalah seorang pejuang sejati yang patut kita berbangga dengan perjuangan dan pengorbanannya.

Saya ada membaca wasiat-wasiatnya dan saya amat teruja dengan insan sepertinya di dalam usianya. Pesanan beliau yang mengingatkan kita tentang solat, setia kawan dan perjuangan yang mesti dilangsungkan; amat mengesani diri saya. Saya tidak tahu sejauh mana orang Sarawak berusaha menghayatinya atau ahli keluarganya sendiri dapat memahaminya. Sepanjang saya bertugas di SMK Rosli Dhoby dan saya menggunakan "nickname" saya dengan "Ustaz Rosli Dhoby" sebagai penghormatan kepada perjuangannya; namun tiada pula saya temui ahli keluarganya atau cucu-cicik dari saudara-maranya yang bersekolah di sekolah yang menamakan SMK Rosli Dhoby. Jika ada maafkan saya; mungkin terlepas pandang.

Walaupun Rosli Dhoby dikenang sebagai pemberontak dan penjenayah kerana membunuh penjajah; sebagaimana dikenang dengan cara yang sama terhadap perjuangan Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dsb.nya. Sebagai anak bangsa dan pencinta agama; saya menganggapnya sebagai pejuang yang rela mati untuk anak bangsa dan agamanya. Semoga Allah meletakkannya sebagai orang beriman yang tinggi darjatnya di kalangan mereka yang syahid dan solehiin, insya Allah.

Akhirnya; saya ingin melahirkan rasa bertuah kerana tuan sudi menghantar emel kepada saya. Saya menganggapnya sebagai satu penghormatan pula. secara jujurnya saya menganggap Rosli Dhoby bukan budak nakal tetapi seorang yang berani dan berwawasan jauh. Begitu juga sahabat-sahabatnya yang lain.

Saya mengenangnya sebagai insan yang penuh pengorbanan dan berkebajikan.

isma daud
(ustaz rosli dhoby)

Kepada sesiapa yang yang mencintai sejarah dan perjuangan Rosli Dhoby; saya titipkan sedikit maklumat mengenai beliau;

Rosli Dhoby


Mengimbas kembali peristiwa berdarah pada 3hb Disember 1949 yang telah mengemparkan dunia. Seorang pemuda berumur 19 tahun telah menikam Gabenor Sarawak, Duncan George Stewart. Beliau telah meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi 1949 di Singapura. Perjuangan yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Sarawak. Anthony Brooke pernah berkata Jikalau British tidak menjajah Sarawak, perbuatan jenayah ini tidak akan berlaku.

Semangat yang ada pada Rosli Dhoby ini sangat luar biasa. Kalau Hang Jebat dianggap penderhaka. Rosli Juga dulu dianggap penjenayah. Tapi kini dia adalah pahlawan muda yang sentiasa dikenang. Al-fatihah.


Beberapa maklumat tambahan yang ada kaitan dengan Rosli Dhoby

Hajjah Ani(foto sebelah kiri).

Beliaulah wanita yang berjaya memikat hati Rosli Dhobi. Beliaulah yang banyak menyimpan rahsia hidup Rosli Dhoby.

Namun cinta mereka tidak berakhir di jinjang pelamin. Seperti yang diketahui, Rosli Dhobi mati digantung selepas berjaya dalam misinya untuk membunuh Gabenor British yang kedua Sir Duncan Steward.

Cinta mereka terhalang antara kehendak diri atau negara. Terhalang antara terjajah atau merdeka.

Cinta mereka terhalang kerana kehidupan dan kematian.

Uniknya, sehingga hari ini – Hajjah Ani masih belum berkahwin. Cintanya pada Rosli dibawa hingga hari ini walaupun jasad Rosli telah lama dimamah bumi.

Inilah yang dikatakan, Cinta – tidak semestinya bersatu. Paling penting, sejauh mana menghargai insan yang pernah kita cintai.

Ada sesiapa yang punya cinta sedemikian?


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?