Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Sunday, November 02, 2008

Wali Bagi Anak Luar Nikah & Status Pak Sanggup

Oleh isma daud

Pagi tadi semasa menyampaikan Kuliah Subuh di Masjid Darul Halim, Sibu dalam Bab Edah, tetapi soalan berkaitan anak luar nikah menjadi kemusykilan salah seorang ahli jamaah; ianya berkaitan bila keadaan anak luar nikah itu boleh diwalikan secara walim hakim atau ada situasi ia boleh diwalikan oleh lelaki yang mengahwini ibunya sedang ibunya sedang mengandung anak luar nikah daripada hubungan dengan lelaki tersebut?

Bagaimana pula kedudukan "pak sanggup" dengan anak yang dikahwini ibunya itu sedangkan dia mengandung dari perhubungan dengan lelaki lain?

Semoga "posting" bagi persoalan ini bermanfaat, insya Allah.

Berwali hakim Kepada Anak Luar Nikah.

Status anak luar nikah ini ialah anak yang tidak sah taraf kerana keterlanjuran orang tuanya sebelum berlaku akad nikah yang sah menurut syarak. Sebagaimana buruknya zina itu maka sangat buruklah pula padah dan nasib yang menimpa kepada masa depan ibubapa dan anak malang itu. Sesedaya mana pun seseorang itu mahu menutup pekung di dadanya; akhirnya akan terbongkar jua. Bila anak itu besar mereka akan berkahwin dan kalau anak itu perempuan pasti dia mencari walinya dan jika tiada wali terpaksalah berwali hakim. Apa yang menyedihkan ialah bila anak itu tahu dia anak luar nikah dan bapanya yang sepatutnya menjadi wali pada hari yang bersejarah dalam hidupnya tidak mampu melakukannya. "Yang busuk itu Terbongkar Jua".

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih untuk berwali hakim kepada masalah nikah anak luar nikah.

1. Bila perkahwinan ibubapa mereka? Jika berlaku persetubuhan haram atau zina yang menyebabkan siibu itu hamil dan mereka segera berkahwin dengan lelaki yang menyebabkan kehamilannya; maka hukum nikah mereka itu sah. Dan anak itu adalah dikira sah taraf dan diiktiraf sebagai anak halal; maka bapanya berhak mewalikannya. Dalam situasi ini tidak sah berwali hakim dalam keadaan wujud bapanya yang sebenar.

2. Tempoh melahirkan anak dengan tarikh berkahwin. Jika siibu yang hamil tadi berkahwin dengan lelaki yang menghamilkannya sedang tidak mencapai enam bulan qamariah; siibu tadi melahirkan anaknya (perempuanlah katakan); maka anaknya itu hanya sah taraf sebelah ibu sahaja dan tidak boleh dinasabkan anaknya itu kepada bapanya yang menghamilkan ibu tersebut walaupun secara biologynya anak itu anak lelaki tersebut. Namun di sudut syarak anak itu tidak sah taraf dan walinya ialah wali hakim untuk menikahkan anak perempuan tersebut.

Walaupun perkahwinan lelaki dan perempuan hamil tersebut sah dari segi syarak tetapi anak itu tidak dapat dinisbahkan kepada bapanya. Walaubagaimana pun dalam pergaulan dengan bapanya itu tidak menimbulkan masalah kerana bapanya itu telah berkahwin dengan ibunya dan telah menggauli ibunya secara sah. Maka kedudukan anak perempuan itu dengan bapanya seperti masalah anak tiri. Teruknya ya Allah; status anak sendiri jatuh status anak tiri saja.


3. Siibu berkahwin dengan lelaki lain (Pak Sanggup) ; Jelas anak itu statusnya seperti anak tiri sahaja. Tiada hak bapa tadi ke atas anak tersebut dalam apa situasi pun walaupun perkahwinan lelaki itu dengan perempuan yang hamil dengan lelaki lain itu dihukum sah di sudut syarak. Bapa tiri tidak boleh menjadi wali dan dia tidak boleh mem"bin"kan anak lelaki atau mem"binti"kan anak perempuan tersebut.

Saya cuba mencari sokongan kepada hujah saya itu dan saya dapati ada dibicarakan oleh sahabat saya dalam tajuk berbeza tapi masih ada kaitannya ;

Ustaz Muda : ZiNa DaLaM pErKaHwInAn...

Sila klip untuk maklumat lanjut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails