Keputusan UPSR esok penentu Sains, Matematik dalam BI

Sumber : Berita Harian Online / Bernama

MIRI: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok akan menjadi salah satu faktor penentu Kementerian Pelajaran untuk memutuskan sama ada meneruskan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata kementerian akan mengambil kira keputusan itu dengan faktor lain sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pengajaran subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.


Bercakap kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa mengenai Guru Asli Yang Tegas mengikut Peraturan dalam Konteks Pelbagai Budaya di sini hari ini, beliau berkata, keputusan akhir akan dibuat dan tentunya oleh Kabinet.

Sejumlah 518,616 murid yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini merupakan kumpulan pertama yang mula mengikuti pembelajaran subjek Matemtik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada 2003.

Sementara itu, katanya sehingga Jun lalu, kementerian berkenan telah menyiapkan 2,875 daripada 12,905 projek infrastruktur sekolah luar bandar yang dirancang untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?