Cuti Sekolah Akhir Tahun Telah Bermula

Oleh isma daud

Bermula hari ini (8 Nov) ; SMK Rosli Dhoby telah mula bercuti walaupun sekolah-sekolah lain masih bersekolah macam biasa sehingga hujung minggu ini. Ini kerana pihak sekolah telah mengambil cuti berganti sebelum ini bagi memberi laluan kepada peperiksaan SPM dan STPM yang akan bermula pada 12 November nanti.

Ini kerana sekolah tidak mencukupi jumlah bilik untuk P&P dan bilik darjah akan digunakan sebagai bilik untuk peperiksaan tersebut.

Urusan mengatur bilik darjah bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telah siap dilakukan pada hari semalam ( Jumaat ) sebelum pelajar mula bercuti.

Saya berharap para pelajar dapat menggunakan ruang masa yang berbaki ini untuk mengulang kaji mata pelajaran yang akan diduduki dalam ke dua-dua peperiksaan nanti dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Bagi pelajar yang tidak menduduki peperiksaan pula janganlah terlalu leka sepanjang cuti ini sehingga terlibat dengan anasir-anasir negatif pula. Gunakan masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah untuk kemajuan diri, agama dan masa depan yang lebih bermakna.

Kepada ibubapa pula gunakanlah masa keemasan ini untuk mendidik anak-anak agar lebih tekun dalam beragama khususnya yang berkaitan dengan penghayatan solat lima waktu dan celik al-Quran. apa salahnya anak-anak dihantar ke kelas mengaji al-Quran dan kelas-kelas Fardhu Ain. Ibubapa ramai tidak lupa untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen tapi ramai yang alpa dalam memberi didikan agama yang sempurna. Jadikanlah ruang ini juga sebagai masa untuk bersama anak-anak agar kasih-sayang sesama ahli keluarga dapat terbina dengan lebih akrab lagi.

Kepada semua; masa cuti ini mungkin boleh kita jadikan ruang untuk bermuhasabah diri. Mungkin banyak yang dapat diperbaiki...

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberi hidayah kepada kalian semua.

Selamat Bercuti juga kepada rakan-rakan guru. Kepada Cikgu Eric Khoo yang telah berjaya dalam permohonannya bertukar ke Semenanjung, saya ucapkan selamat bertugas di tempat yang baru.

Akhirnya; Selamat Bercuti...



Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?