Bangsa melayu, Bahasanya Inggeris

Tranungkite
Oleh KERETABURUK
http://keretaburuk12.blogspot.com/

BERITA HARIAN 13 Nov;

"PPSMI tidak gagal, kata Hishammuddin-
"Ini bukti PPSMI ini tidak gagal tetapi saya tidak katakan dasar ini sudah lengkap atau tepat dan ia boleh diperbaiki,"


 Wei, bukti macam mana pihak KPM dapat? UPSR disediakan soalan dwi bahasa bagaimana KPM membuktikan anak-anak kita sudah menguasai bahasa penjajah? atau bukti tersebut KPM membuat tinjauan bahawa rata-rata calon menjawab soalan sains dan matematik sepenuhnya dalam bahasa penjajah? boleh jalan.


Bagaimana pula dengan bahasa melayu? betul kata Hishammuddin, PPSMI tidak gagal menjahanamkan bahasa ibunda, bahasa melayu. Simpan saja keris mu dipinggang jikalau bahasa sendiri ditelanjang. Perjuangkan bangsa? nak berkeris dengan siapa? keris atau kriss? orang melayu ada bahasa ke? bahasa jawi? berapa ramai orang melayu boleh membaca dan menulis jawi? salah siapa? nak tuduh salah kan pembangkang? boleh jalan.

Dasar pendidikan sekarang menekankan murid untuk lulus peperiksaan,berjaya hanya dalam akademik, perkara lain hancur kerana kurang didikan. (contohnya seperti doktor pakar yang tinggi akademiknya tanpa tudung membuat ulasan berkenaan dengan sajak kematian,hasilnya insan seperti ini. Faham? lu pikir la sendiri.) Bila mana pelajar peroleh keputusan peperiksaan, sepatah haram pun tidak diucapnya terima kasih kepada guru yang mengajar dan mendidik mereka disekolah, seolah-olah guru tuisyen yang membantu mereka berjaya selama ini.

Fokus ibu bapa terhadap anak-anak mereka hanya berlandaskan percapaian akademik lebih-lebih lagi dasar membahasakan penjajah dalam subjek sains dan matematik yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional membentuk sikap ibu bapa yang mementingkan akademik kerana bimbang anak-anak mereka tidak dapat bersaing kemudian hari. Berjayakah kerajaan Barisan Nasional untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek? Tokoh-tokoh dunia yang berjaya bukanya datang dari latar belakang akademik yang baik contohnya Bill Gates.

Sepatutnya kita, lebih-lebih lagi mereka yang mengaku diri mereka bangsa melayu sepatut malu dengan bekas bangsa penjajah kerana orang melayu khususnya kembali semula menjajah orang melayu sendiri dengan menjajah sains dan matematik, menafikah orang melayu menuntut ilmu sains matematik dalam bahasa melayu disebabkan dijajah oleh bahasa penjajah.


http://keretaburuk12.blogspot.com/"


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?