Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, November 10, 2008

Amalan Ritual Bercampur Khurafat; Apa Sudahnya?

Oleh isma daud

Saya membuka kotak pesanan telefon tangan saya (hp) ; ada satu pesanan daripada sahabat saya; Cikgu Mohd Ibrahim, di dalamnya ada pesanan;

"Salam Ustaz.. dlm pjlnn ke pasar saya jumpa satu upacara ritual di Kg Nangka (Sibu), org kampung buat majlis dpsimpgan jln kg nangka dn kg bandung. Nampak orang Islam dn bukan Islam dsana.... ini mungkin boleh jadi sumber berita dlm blog ustaz. tq."

07:10:52am / 09-11-2008


Saya agak terlewat membuka hp saya, jadi tidak berkesempatanlah ke tempat yang dinyatakan oleh kawan saya tu.

Memang banyak kali saya sendiri terserempak dengan aktiviti masyarakat Sibu yang melibatkan kepercayaan Khurafat dan Tahayyul; yang boleh menjatuhkan si pelakunya ke lembah Syirik. Kepercayaan karut ini masuh teguh di hati sanubari sebahagian masyarakat Islam di Sibu khasnya, Sarawak amnya. Bahkan aktiviti mereka ini kadangkala bersekutu di antara agama baik yang Budha, Tiada agama (Free Thinking), Kepercayaan masyarakat Iban dan pengaruh budaya tempatan sendiri. Malangnya orang Islam di antara mereka yang kuat berpegang dengan kepercayaan seperti ini.


Pihak Jabatan Agama Islam di Sibu; agak lemah dan amat lemah dalam apa tindakan mereka. Kalau saya kata tidak bertindak langsung nanti ramai yang melenting pula. Mereka ni banyak yang tunggu orang lapor saja. Kalau tiada laporan tu kalau nampak pun buat-buata tak nampak saja.

Maaflah terpaksa sentuh pasal JAIS sikit.

Sebenarnya umat Islam ; khususnya para ilmuan Islam dan pendakwah perlu lebih banyak usaha dan banayak bembahaskan persoalan ini dalam kuliah dan ceramah mereka. Hanya kesedaran masyarakat saja yang dapat merubah kepercayaan seperti ini. Namun tindakan pihak berwajib juga perlu demi membenteras amalan ritual yang secara terang-terangan dilakukan.

Tanpa tindakan pencegahan; mereka yang melakukan ini akan berpendapat tiada kesalahan dalam apa yang telah mereka lakukan. Jadi apa yang mereka buat itu seolah-olah menjadi betul.


Tahun lepas; Saya dengan beberapa ahli surau terpaksa bertegang leher sesama sendiri bila berdepan dengan masalah ini. Ahli surau yang saya bagi kuliah dan ada maklumat agama sedikit pun masih terlibat. Masakan mereka yang jahil terus di luar sana. Atas nama "Nak jaga Hati, tidak mahu berpecah belah".

Saya telah menyarankan kepada tuan Imam pada masa itu ; Al-Marhum Imam Bujang bin Karim supaya menyediakan alternatif kepada mereka yang percaya kepada ajaran seperti ini agar mereka diberi penerangan secara baik , secara fardiyyah (individu), agar merubah cara ibadah itu kepada kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Banyak upacara ritual ini adalah berkaitan dengan upacaya tolak bala, memohon hajat tertentu. Mereka ni suka buat upacara di tepi paya, tebing sungai, tempat berniat (spt atas Bukit Aup), persimpangan jalan dan lain-lain tempat lagi. Apa salahnya mereka ini kita jemput ke Masjid atau ke rumah yang lebih mereka suka; kita solat hajat, berdoa kepada Allah SWT secara berjamaah.

Namun halangannya mereka ni kalau kita sebut masjid, itu masalahnya.... fobia masjid masih tinggi di Sibu/ Sarawak ni. Kefahaman mereka masjid ni untuk orang baik saja, masa terdesak saja, nak kahwin saja,...... jauhlah lagi nak ke masjid untuk upacara seperti tolak bala ni.

Tambahan pula upacara ni dilakukan sepakat dengan pelbagai agama... mereka sama-sama keluar buat upacara ni, bawa makanan dan minuman dan berkumpul di tepi paya, jemput orang agama, tuan imam(tuan haji pun); baca doa dan mentera.

Secara sedarnya saya adalah salah seorang yang sentiasa menerangkan perihal ini. namun tidak mencukupi. Kesedaran ini mesti daripada pemerintah dan pihak yang berwajib. Mereka ada jentera kerajaan yang berkuasa untuk bertindak baik dari segi penerangan, dakwah dan tindakan undang-undang. Namun apa yang dapat kita harapkan daripada kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh melaksanakan agama dan mendidik rakyat dengan agama.

Kat Sinilah saya berpendapat peranan kita orang islam; ramai-ramailah kita kembali menghayati ajaran Islam. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Sedarlah Kerajaan dan mereka yang ada title "agama", ulama dan pendakwah.

Di sini Tugas kamu? Tugas Kita? Kita Semua umat Islam....

1 comment:

Anonymous said...

saya amat bersetuju dengan Pendapat Ustaz. walaupun saya masih baru memeluk agama Islam (kira Mualaf lah tu) tetapi saya melihat ramai umat Islam di Sibu dan di Sarawak amnya cuma Islam pada nama dan keturunan sahaja. Pada mereka Melayu itu automatik Islam. Pernah seorang teman bertanya kepada saya (apabila di mengetahui saya memeluk Agama Islam) "Bila masuk MELAYU tek????
JAIS pun begitu juga, bagi dia orang Quantiti yang penting dlm Agama Islam (Lg ramai yang masuk lg bagus) tetapi tidak pernah pun membimbing seseorang Mualaf itu ke arah yang "betul". Sebab itulah ramai yang Mualaf di Sarawak ni murtad ( Masuk Islam cuma nak Kawin, tapi bila tak jadi kawin meraka murtad lah.) Didik yang Mualaf ni dengan mengadakan kelas Khas untuk mereka.. supaya JAIS boleh menerangkan Hukum Hakam sebagai seorang Islam dsb.. Do & Dont's...
Saya Berharap agar Ustaz terus kekal di Bumi Kenyalang untuk masa yang lebih panjang lagi. Sebab saya amat minat mendengar ceramah-ceranah ustaz.(minta PR lagi baik)
Assalamulaikum....

Related Posts with Thumbnails