Adab Berdagang Di Rantau Orang...

Oleh isma daud

Saya pernah dengar lagu Allahyarham Sudirman: " Anak dagang di rantau orang, mesti pandai membawa diri...jaga tutur kata...jaga budi bahasa..

Sudirman - Anak Dagang





Pejam celik; sudah masuk 9 tahun saya dan keluarga berada di Bumi Sibu. Syukur Alhamdulillah saya diterima baik dan seadanya. Berpegangkan prinsip "di mana bumiku pijak di situ Islam ku junjung"; tanpa mempedulikan tanggapan masyarakat kepada saya sejak sedari awal saya bertapak di bumi sibu, hari ini sudah ramai mula mengenali diri ini. Mereka yang pernah menjauhkan diri kini ada yang menghampir diri. Ada yang prejudis terhadap saya; hari ini semakin yakin dan percaya.

Tiada apa yang saya curahkan di sini melainkan sedikit daripada masa saya buat mereka. Masa saya untuk berkongsi ilmu kepada mereka. Saya amat tahu betapa saya bukanlah "seseorang" dari segi ilmu, peripadi yang unggul (semua itu tiada) namun saya boleh jadi "seseorang". Saya memberi secara ikhlas. Namun siapalah saya untuk menilai diri sendiri. namun saya yakin saya ikhlas.

Ramai yang mengharapkan saya tinggal lebih lama di Sibu ini. Itu harapan yang baru muncul buat saya. Sedangkan saya berada di sini bukan disebabkan oleh harapan mereka. Mungkin taqdir Tuhan menentukan kehadiran saya, bukan sama sekali kehendak saya.

Dalam bertahun itu sudah banyak airmata saya dan keluarga kecil saya di Sibu tertumpah. Kesedihan, kesukaran dan pelbagai tribulasi serta mehnah telah kami tempuhi. Senyum manis dan keramahan kami yang telah bertahun tiada siapa yang tahu akan getirnya jiwa kami. Mungkin hari ini baru ramai yang mula sedari akan kehadiran kami di sini. Baru berharap; "Ustaz Kami masih memerlukan khidmat bakti Ustaz di sini".

Setelah lapan tahun saya menongkah arus, memberi tarbiyyah baik fardiyyah atau jamaiyyah, berusrah, berceramah,dan berbagai usaha; baru masyarakat Sibu memberi "green light" untuk membaca Khutbah di Masjid dan surau mereka. Betul kata orang: "It's better to be late than never".

Banyak respond yang saya terima; pro dan kontra. Saya terima dengan hati yang terbuka. Namun apa yang menariknya, ramai yang tidak kenal saya telah mengata kepada saya di depan saya sendiri. Tidak terduga saya; saya sudah menjadi macam-macam. Saya sudah menjadi ustaz JAIS, pegawai JAKIM dan ini,itu,begini,begitu. Sedang saya hanyalah USTAZ ROSLI DHOBY. Kepada Allah SWT saya panjatkan istighfar dan syukur. Astaghfirullahal 'Adziim.

Kalaulah mereka ini rajin ke masjid atau surau; tidaklah mereka bersikap sebegitu. Dek kerana datang ke masjid hanya hari Jumaat saja, timbul macam-macam cerita tu. Syukur pada Allah SWT; khutbah yang saya sampai menjadi perbincangan masyarakat.

Bagi yang tidak senang tu kerana khutbah yang saya sampaikan sedikit panjang. Keluh-kesah, resah dan gelisah kerana dalam kepala mereka KERJA... MAKAN... ANAK... BINI... BOSS.. Punch CARD... dll... Mungkin ramai yang datang untuk Solat Jumaat saja tanpa ingin mendengar Khutbah Jumaat, nak solat Jumaat cepat-cepat... Sebab itu ada yang cakap dengan saya; "saya cabut biar tidak solat Jumaat..." . Bukan salah mereka juga. Mereka sudah terbiasa dan terbudaya; khutbah jumaat ambil syarat saja. "Ada tidak ada sama saja". Kerana syarat sah Jumaah; kenalah ada. Kadang kala khutbah itu disampaikan dalam bentuk tidak menghidupkan jiwa tetapi sebagai pengulit tidur sehingga ramai yang terlentuk atau ada yang terlena.

Atas kesilapan dan kelemahan saya ; ampun dan maaf saya pinta. Itu kesilapan dan kelemahan saya.

Buat semuanya; setelah ada detik di hati saya untuk kembali ke kampung halaman saya, hati saya mula dipenuhi rasa syukur kerana saya mula diterima di sini. Terima kasih semua. Saya berdoa agar saya dipanjangkan umur dapat kembali lagi ke sini.

Pulang sekadar bercuti... Awal tahun depan datang lagi, Insya Allah SWT.

Akhirnya; Kembali saya mengingatkan diri ini... anak dagang mesti pandai membawa diri...


ikhlas dari lubuk hati....isma daud...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?