Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, October 07, 2008

Replika Atau Berhala?

Oleh isma daud


Renungan daripada mufti perlis : "kehebatan politik seorang pemimpin itu bukan diukur melalui sejauh mana besarnya gambar pemimpin, sebaliknya kepada pemikiran dan wawasan" wajar jadi renungan kita. Dalam kita menuja pemimpin jangan sampai tergelincir pula aqidah kita. Buat apa ramai yang mula berdalih dia antara replika atau berhala. Kalau niatnya adalah untuk mengagung dan memuja pemimpin, jadi apa bezanya sebuah replika mahupun berhala.

Kepada mereka yang telah membinanya tidak salah kalau kalian merobohkannya. Biarpun andainya ia dibina oleh bukan Islam, kita tidak mahu mendidik rakyat kita membina berhala atas nama memuja seorang pemimpin.

Apalah ertinya kita menegur kezaliman di atas terbinanya kezaliman yang baru. Ayuh robohkan keberhalaan baru ini. Cukuplah kita menghormati pemimpin sebagaimana nasihat Mufti Perlis itu.

Robohkanlah khurafat baru yang melanda masyarakat Malaysia. Mungkin ya hari ini orang melihatnya sebuah replika, tapi suatu hari siapa dapat jamin bahawa falsafah dan pemikiran terbentuk menjadi ke arah mendewa dan menyembah berhala manusia pula.

Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib menegur pengikut fanatiknya sepaya kreativiti yang tidak secocok agama itu segera dirobohkan. Jika tidak anda hanya jadi pemimpin untuk bukan Melayu sahaja. Orang Islam akan lari daripada anda.

Mungkin anda sayang dengan replika sebegitu? Jalankanlah tugas anda sebagai pemimpin Islam agar memberi nasihat agar tidak membina perhambaan diri sesama manusia suatu hari. Mungkin tidak hari ini tapi tidak boleh dijangka suatu hari; sikap mengagung pemimpin bertukar kepada mendewa dan menyembahnya. Sudah banyak terjadi dalam siri sejarah manusia terdahulu. Itukah kita mahu ianya terjadi?

Mungkin niat orang yang membinanya adalah untuk memuliakan anda sebagai pemimpin tapi tidak salah anda memberi nasihat kepada mereka. Itu lebih ikhlas dan hampir kepada taqwa.


Biarpun ianya nampak isu kecil tapi mengabaikan nasihat mufti Perlis itu juga amat tidak wajar sama sekali.. Ulama PAS apa pendapat anda? Apa suara anda? Apa sikap anda? Berilah nasihat kepada mereka...

Nota:

"Mufti Perlis dalam sinar harian hari ini menyatakan replika DSAI di batu Caves, Gombak membawa unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan dengan segera. Menurut laporan replika tersebut dibina dengan kos lebih kurang RM 5000.00"

No comments:

Related Posts with Thumbnails