Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, October 10, 2008

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

isma daud - Tadika anak saya yang berusia 5 tahun di kunjungi oleh Kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dalam usaha menjelaskan tentang Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD). Satu pemakluman nasihat diberikan; sekiranya anak-anak mempunyai tanda-tanda seperti DEMAM, ULSER PADA MULUT, RUAM PADA TAPAK TANGAN ATAU KAKI Sila berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Alamat Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, Tingkat 5, Wisma Persekutuan Blok 3, Persiaran Brooke, 96000, Sibu, sarawak. No. Tel : 084-315494 / 084-345862 Dapatkan maklumat lanjut tentang penyakit HFMD ini; [PDF]KENYATAAN AKHBARFile Format: PDF/Adobe Acrobat - View as HTML

Siaran Akhbar Hari ini;

Berita Harian Online > Wilayah
Jumaat Oktober 10, 2008

21 hidap HFMD masih dirawat

Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my

JKN nafi wad pediatrik HUS penuh pesakit kanak-kanak dijangkiti wabak

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengesahkan sejumlah 21 pesakit kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) masih dirawat di beberapa hospital negeri ini.

Pengarahnya, Dr Mohd Kamil Hassan, berkata walaupun mereka dirawat berikutan HFMD, namun ia bukan membabitkan kes virus EV71 yang berbahaya selain keadaan mereka sudah beransur pulih.

"Setakat ini jumlah pesakit yang sedang menerima rawatan adalah di Hospital Sibu membabitkan 18 kes, di Hospital Umum Sarawak (HUS) terdapat dua kes dan di Hospital Bintulu hanya satu kes saja.

"Keadaan mereka dilaporkan beransur pulih dengan semua kanak-kanak berkenaan cuma diserang entrovirus biasa dan bukannya membabitkan kes virus EV71 yang boleh menyebabkan kematian," katanya ketika ditemui Berita Harian di pejabatnya di sini, semalam.

Sebelum ini, orang ramai memaklumkan Berita Harian wad pediatrik di HUS dipenuhi kanak-kanak yang menghidap penyakit berkenaan dengan pihak hospital terpaksa membuat ruang khas mengasingkan mereka dari pesakit lain.

Dr Mohd Kamil berkata, pihaknya menafikan perkara itu berlaku sama sekali dengan pesakit yang disyaki dijangkiti virus HFMD cuma diasingkan daripada pesakit lain bimbang penyakit itu tersebar kepada kanak-kanak lain.

"Itu tidak benar, keadaan di seluruh negeri adalah terkawal cuma ibu bapa yang bimbang tentang kesihatan anak mereka bertindak menghantarnya ke hospital bagi membolehkan ujian dignosis serta rawatan awal dapat dilakukan.

"Jumlah kes HFMD mencatatkan penurunan pada minggu ini kepada 116 kes berbanding waktu kemuncaknya dengan 423 kes dilaporkan berlaku sepanjang tempoh seminggu pada pertengahan Ogos lalu," katanya.

Mengulas mengenai kes kematian kanak-kanak berusia empat tahun yang menjadi mangsa pertama HFMD di Sarawak minggu lalu, Dr Kamil berkata, spesimen yang dihantar Hospital Sibu ke makmal di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) disahkan mempunyai virus EV71.

"Makmal di Unimas mengesahkan mangsa meninggal akibat dijangkiti virus EV71 dengan pegawai dari JKN sudah diarah melakukan pemeriksaan di rumah dan tadika kanak-kanak berkenaan belajar.

"Bagaimanapun keadaan di Sibu masih selamat namun orang ramai diminta mengehadkan pergerakan anak mereka dan elakkan daripada berhimpun dalam jumlah yang ramai berikutan virus ini boleh tersebar melalui udara," katanya.

Sehingga semalam, sejumlah 5,611 kes HFMD dilaporkan berlaku di seluruh Sarawak dengan Kuching dilaporkan mempunyai jumlah kes tertinggi iaitu 2,252 diikuti Miri (907), Bintulu (807), Sibu (536), Sarikei (182), Sri Aman (167) dan Mukah 137 kes.

No comments:

Related Posts with Thumbnails